Khamis, 23 Januari 2025

ARASY (15)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


...sambungan...


6.0 Penjelasan Mi'raj Rasulullah - Tujuan dan Hikmah 


Kelima : Arasy adalah Lambang Kemuliaan Ahli Ma’rifat


Orang yang berjalan pada Jalan Ma’rifat Ilahiyyah, pada hakikatnya adalah mereka itu  “Mi’raj” ke Arasy Allah Ta’ala dengan “ruh” nya.  (kita telah huraikan sebelum ini, hanya Rasulullah   seorang sahaja kekasih Allah yang diperjalankan oleh Allah ke Arasy dengan jasad dan ruh. Selain dari itu sama ada mereka itu Rasul, Nabi atau Ahli Ma’rifat,,, kesemua mereka hanya sampai ke Arasy dengan ruh semata2)

Salikin (murid pada Toriqat Ahli Sufi atau disebut juga pengembara keruhanian pada Jalan Ma’rifat Ilahiyyah) akan melalui pengembaraan “ruh”  atau “ruhani” nya merentasi sekalian langit dunia menuju ke Arasy.

Maqam atau stesen perhentian terakhir bagi seseorang salikin adalah Arasy. Orang yang sampai ke Arasy (ruhaninya) dan sudah tetap kedudukannya di atas Arasy,  tidak lagi disebut “salikin” tetapi di sebut “Arifin”  (rujuk Penjelasan dan dalil2 berkenaan Arif Billah pada tajuk “Pembahagian Tingkatan Iman” ). 

Mereka diperlihatkan oleh Allah Ta’ala akan Zat-Nya Yang Laisa Kamitlihi Syai’un (Yang tiada umpama sesuatu seperti-Nya)  sebagaimana Allah Ta’ala memperlihatkan diri-Nya kepada Rasulullah 
ﷺ ketika Baginda Mi’raj. Pandangan ini adalah benar dan BUKAN khayalan.  Hanya saja pandangan ahli Ma’rifat (iaitu Rasul, Nabi dan Mu’min Sejati yang sampai maqam Quddus ini seluruhnya) adalah melalui pandangan “ruhani”  semata-mata. Ertinya walaupun jasad mereka di dunia, tetapi ruh mereka terbang ke angkasa raya, merentasi sekalian langit dunia, sampai ke Sidratul Muntaha  dan akhirnya sampai ke Arasy lalu diperlihatkan oleh Allah Ta’ala akan Zat-Nya Yang Maha Agung dan Maha Suci.  Maqam ini adalah Maqam Tauhid Zat yang sempurna..!  Atau disebut juga maqam “Tajalli"

Bagaimanakah ini berlaku?

Ini tidak dapat disebutkan di sini secara terperinci.  Memadailah difahami secara ringkas bahawa wujudnya Mu’min Sejati yang suci bersih diangkat oleh Allah Ta’ala ke Arasy dan dipakaikan dengan pakaian kemuliaan menjadi kekasih Allah.  Mereka adalah Ahli Ma’rifat atau disebut juga Arif Billah yang mewarisi Rasulullah 
 bagi mendidik dan memimpin Ummat Baginda. Mereka dizahirkan oleh Allah Ta’ala silih berganti pada setiap zaman sehingga ke Hari Qiamat.




...bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ




SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : ARASY
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 







 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...