بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
...sambungan...
6.0 Penjelasan Mi'raj Rasulullah - Tujuan dan Hikmah
Perbincangan dan Rumusan dari keseluruhan penjelasan di atas adalah :
Pertama :
~~~~~~~~
Tujuan utama Rasulullah ﷺ diangkat ke Arasy adalah sebagai suatu kemuliaan yang tiada terhingga kepada Baginda dan memperlihatkan segala tanda2 Kebesaran dan Keagungan Allah Ta'ala. BUKAN kerana Allah Ta’ala duduk di atas Arasy.
Dalam ertikata lain, Allah Ta’ala memperjalankan Rasulullah ﷺ ke Arasy adalah bertujuan memperlihatkan kepada seluruh alam semesta bahawa Baginda adalah insan termulia dan Arasy itu menjadi “lambang” kemuliaan tersebut.
Dijelaskan lagi maksudnya secara umum: Insan2 yang dipilih oleh Allah sampai ke Arasy-Nya adalah insan2 yang menerima kemuliaan yang tidak terhingga dari Allah Ta’ala. Mereka menjadi kekasih Allah yang sentiasa berdamping dengan-Nya, sentiasa menerima seruan2-Nya dan sentiasa di dalam pimpinan-Nya.
Kedua :
~~~~~~
Melalui peristiwa Mi’raj Rasulullah , Ummat manusia seluruhnya dapat mengetahui akan betapa luas, besar dan hebatnya sekalian ciptaan Allah Ta’ala.
Ketiga :
~~~~~~
Memang benar Rasulullah melihat Zat Allah ketika Baginda diangkat oleh Allah Ta’ala ke atas Arasy. Tetapi perlu di jazamkan (tanam kukuh di dalam hati), bahawa Zat Allah yang Baginda lihat adalah Zat Yang Laisa Kamithlihi Syai’un. (tiada umpama sesuatu seperti-Nya) yang tidak dapat disebutkan rupa-Nya atau tempat-Nya atau arah-Nya..!
Segala yang terlintas pada fikiran yang menggambarkan rupa, bentuk, arah atau tempat bagi Tuhan, maka itu BUKAN Tuhan Rabbul Jalil.
...bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
SIRI RENCANA PILIHAN : ARASY
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan