بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
5.0 Memecahkan Sangkaan "Allah Duduk Atas Arasy"
Golongan mujassimah dan Wahabiyah yang mengikut mereka pada zaman ini berpegang bahawa Allah Ta’ala duduk, tinggal, menetap, bertahta (seperti Raja dunia) di atas Arasy.
Dan sebahagian orang2 Islam awam terikut2 dengan pegangan tersebut tanpa mereka sedari.
Sebahagian Laman web / blog orang Islam juga menyebarkan fahaman tersebut tanpa mereka menyedari bahawa ianya pegangan yang batil yang membawa kepada Syirik Akbar (mempersekutukan Allah dengan makhluk).
Untuk memecahkan kebuntuan pemikiran bahawa Allah duduk / bertahta seperti Raja dunia /menetap/ tinggal dsb. di atas Arasy, cuba kalian renungi dasar2 hujjah ini…
Pertama:
~~~~~~~
Cuba teliti dalil2 berkenaan Arasy seperti yang kita jelaskan di atas. Dari keterangan tersebut kita fahami bahawa Kursi apabila dibandingkan dengan sekalian makhluk… sekalian makhluk hanyalah umpama sebentuk cincin di padang pasir.
Dan Arasy, apabila dibandingkan Kursi ..... Kursi itu hanyalah sebentuk cincin di padang pasir Sahara yang amat luas.
Ini bermakna sekalian kejadian termasuk Kursi apabila dibandingkan dengan Arasy hanyalah ibarat sebutir debu yang tidak kelihatan. Maka kita dapat bayangkan betapa besarnya Arasy.
Perhatikan dengan halus… di sini berlaku penyelewengan….!
Oleh kerana demikian luasnya Arasy, maka mulalah aqal manusia memikirkan /terbayang2 seolah2 Allah Ta’ala duduk di atas Arasy atau di dalam perkataan lain Arasy menanggung Zat Allah....!
Apakah makna pegangan ini?
Maknanya adalah : kamu sudah menjadikan Allah Ta’ala itu kecil dibandingkan dengan Arasy. Dan kamu sudah beri’tiqad bahawa Allah Ta’ala mempunyai jisim kerana tidak ada yang menempati jisim melainkan jisim. Dan kamu telah beri’tiqad bahwa Allah Ta’ala lemah kerana Dia memerlukan tempat duduk pada makhluk-Nya. Maha Suci Allah dari sekalian pegangan ini…!
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SIRI RENCANA PILIHAN : ARASY
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan