Ahad, 19 Januari 2025

ARASY (8)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



.... sambungan...


Kedua :
~~~~~
~~


Sekali lagi perhatikan dalil2 berkenaan Arasy.

Memang benar Arasy itu adalah ciptaan Allah yang terbesar sehingga tiada dapat dijangkau akan keluasannya.  Namun, Arasy dan sekalian makhluk pada pandangan Allah Ta’ala hanyalah sebutir debu yang tiada makna apa2..!  

Bahkan menurut pandangan hakikat kejadian, sekalian makhluk walau sebesar mana pun ia, semua itu hanyalah majaz (bayangan) – iaitu hakikatnya tidak wujud.

Jika demikian… jika Arasy dan sekalian ciptaan  itu hanya sebutir debu pada pandangan Allah,  adakah kamu katakan Allah duduk atas debu?  

Atau adakah kamu katakan Allah Ta’ala duduk atas ciptaan-Nya yang pada hakikatnya tidak wujud?

Apakah layak dikatakan Allah duduk atas debu? 

Cuba renungkan sedalam2nya….

Bersambung Insya Allah.



Catitan Penting :
~~~~~~~~~~~
~~


1) Penjelasan di atas BUKAN bermaksud merendahkan keagungan dan kemuliaan Arasy kerana ia tetap hebat dengan kemuliaannya sebagaimana ia dicipta oleh Allah Ta'ala.

Maksud kita yang sebenar adalah Maha Besar Allah yang tiada had, batas dan ukuran... berbanding dengan makhluk ciptaan-Nya yang mempunyai ukuran, batas dan hadnya.  Maka tidak layak dikatakan Allah Yang Maha Besar duduk atas ciptaan -Nya.

Jadi point sebenar di sini adalah :

Pentafsiran yang salah oleh golongan mujassimah dan wahabiyyah yang mengikut mereka pada zaman ini.

Mereka mentafsirkan "istiwa" dengan makna "duduk, tinggal, menetap dsb. yang membawa kepada penyerupaan dengan makhluk. Ini adalah kesalahan yang amat besar yang membawa kepada kesyirikan.

Wallahu A'lam



... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ




SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : ARASY
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 







 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...