بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
....sambungan...
✨🕌✨Firman Allah :
وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡۖ قَالُواْ بَلَىٰۛ شَهِدۡنَآۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Bahkan (Benarlah Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Qiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
[Al-A'raf (7) : Ayat 172]
Firman Allah ini mengandungi beberapa penegasan penting, bahkan antara yang TERPENTING di dalam memahami Sistem Tarbiyyah Ruhaniyah — Tarbiyyah Tazkiyatun-Nafs yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah ﷺ .
(1) Di dalam ayat ini terkandung pengisytiharan bahawa sekalian Ruh manusia telah bersyahadat akan Keesaan Allah, telah Ma'rifat kepada Allah, telah kenal Allah dengan sebenar kenal.
(2) Ruh-Ruh di alam Nur melihat Zat Allah tanpa sebarang hijab (pendinding / tirai / halangan ) apa pun.
(3) Ketika Ruh manusia dimasukkan ke dalam janin (rahim Ibunya), ia mula terhijab (terdinding) dari melihat Wajah Allah... disebabkan darah daging yang membalutinya. Kemudian ditambah lapisan2 hijab lagi akibat dari makanan, pergaulan dan dosa2.
(4) Manusia seluruhnya akan dihimpunkan semula di hadapan Allah untuk menerima Pengadilan-Nya. Beruntunglah mereka yang sucikan HATI dan RUHnya dan kembali kepada Allah sebelum dia dijemput kembali secara fizikal dengan dicabut ruhnya. Dan merugilah orang yang telah mengotori HATINYA serta membiarkannya di dalam kekotoran. (yang dimaksudkan adalah kekotoran ma'nawiyyah)
(5) Manusia tidak mempunyai alasan bahawa mereka tidak diberi peringatan berkenaan hari pertemuan di akhirat kerana awal2 Allah Ta'ala telah mengambil janji dengan mereka.
Renungkanlah dan mohon petunjuk Allah, moga diberi pertunjuk jalan yang lurus — Jalan Ahlus Sunnah yang benar (tulen) serta jauhi sekalian firqah2 yang terkeluar dari Ahlus Sunnah yang benar (tulen).
Maassalamah
SIRI RENCANA PILIHAN : ASAL INSAN SUCI KEMUDIAN DIKOTORI
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
NOTA
SEMINAR SYARI'AT & TORIQAT MENURUT AHLUS SUNNAH
BIMBINGAN
SHAIKH SAYYID ABU TOHIR
9.6.2023
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan