بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ASAS TAZKIYYATUN-NAFS
Menurut Ulama yang Arif Billah, ASAS utama kepada Sistem Tarbiyyah unggul Rasulullah ﷺ yang membawa kepada kecemerlangan para Sahabat adalah Penyucian "HATI" melalui "ZIKRULLAH" serta Mujahadah melawan nafsu2 rendah / nafsu2 kejahatan di dalam diri. Dasar yang menunjangi kenyataan ini adalah Kalimat Allah Yang Maha Agung...
✨🕌✨Firman Allah:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق َ خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَق ٍ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
"Iqra’ (bacalah) dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Iqra’ (bacalah), dan Tuhanmu lah yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan Kalam. Dia Mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
[Al ‘Alaq (96) : Ayat 1-5]
Wahyu pertama [ ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ] — Iqra' "bi ismi Rabbikallazi khalaq" mengandungi dua makna:
🍁Makna pertama "baca" dengan pengertian "baca yang tersurat (yang nyata / yang tertulis).
🍁Makna kedua "baca" bermaksud "Zikir Ingat Allah" serta merenung kepada Allah.
Berkata Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu:
"Ya anakku, Wahyu permulaaan Risalah (Iqra') adalah menyuruh Zikr akan Kalimah Allah. Kerana makna Iqra' dan zikir bersamaan jua — yakni Kalimah yang muradif — berlainan lafaz bersatu makna."
[Risalah Ma'rifat : Siri 1, ms 26]
Proses ini berlaku selama 10 tahun sebelum turunnya wahyu memerintahkan supaya mendirikan solat 5 waktu sehari semalam. Ini bermaksud selama 10 tahun kewajipan Sahabat Rasulullah ﷺ ketika itu hanyalah melakukan ZIKRULLAH di dalam HATI serta terus-menerus mujahadah melawan keinginan2 nafsu kejahatan sehingga tumpas semuanya.
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
SIRI RENCANA PILIHAN : ASAS TAZKIYYATUN-NAFS
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
NOTA KULIAH
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan