بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
...sambungan...
Mari kita lihat beberapa contoh.
Contoh 1 :
~~~~~~~~
Orang bernama Sultan Makmun telah didapati mencuri.
Hukum syari'at berkata : Pencuri yang telah disahkan mencuri ikut kadarnya, hendaklah dipotong tangannya. 👈 Ini adalah perdirian perkataan dan perbuatan.
Ertinya wajib dilaksanakan hukuman pada Sultan Makmun berdasarkan hukum syari'at. Pada masa yang sama, hati kita hendaklah berpegang kepada haqiqat bahawa perbuatan Sultan Makmun itu" mencuri" adalah di dalam qadha dan qadar ketentuan Allah.
Adakah Sultan Makmun bersalah pada hukum syara'? Ya, dia bersalah dan wajib dihukum.
Adakah Sultan Makmun salah pada sisi Haqiqat? Persoalan ini tak timbul kerana "pada haqiqat" adalah ketentuan Allah yang tiada siapa pun boleh persoalkan.
👉🏽👉🏽👉🏽Kamu akan ditanya apa yang kamu perbuat dan Allah TIDAK ditanya apa yang diperbuat.
👉🏽 Dengan demikian haram berkata : "Pencuri itu mencuri kerana sudah ditaqdirkan dia mencuri."
Mengapakah ucapan begini haram dan jatuh aqidahnya?
Kerana orang yang berkata demikian telah menafikan syari'at dan usaha ikhtiar manusia. Pendirian begini adalah faham Jabbariyyah.
Di satu sudut lain, sesiapa berkata : Pencuri itu mencuri atas daya usaha dia sendiri dan tiada kena mengena dengan Taqdir Allah. Maka ini adalah faham Mu'tazilah.
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
SIRI RENCANA PILIHAN : HATI BERPEGANG PADA HAQIQAT
PERKATAAN DAN PERBUATAN BERDIRI PADA SYARIA'T
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
NOTA KULIAH
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan