بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
...... sambongan.........
Imam Mahdi Alaihis-Salam Mendirikan ( خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ) Khilafah 'Ala- minhaj An Nubuwwah
Penjelasan ringkas:
(1) Ahlus Sunnah berkeyakinan penuh bahwa penzahiran Imam Mahdi Alahis-salam menjelang akhir zaman adalah persoalan Aqidah kerana banyaknya riwayat daripada Rasulullah ﷺ yang sehingga sampai ke peringkat mutawathir. Ertinya mengengkari kedatangan beliau akan binasakan Iman seseorang.
(2) Imam Mahdi Alaihis-Salam adalah berbangsa Arab dan daripada keturunan Rasulullah ﷺ , iaitu daripada Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah dan Sayyidatina Fatimah Ridhwanullah. Maka tak mungkin beliau datang dari kalangan orang melayu, pakistan, india atau indonesia atau lain-lainnya.
(3) Wajah Imam Mahdi mirip kepada Wajah Rasulullah ﷺ. Wajah beliau bercahaya-cahaya gemilang seperti Wajah Rasulullah ﷺ. Nama beliau juga seperti Rasulullah ﷺ, Muhammad Ibnu Abdullah.
(4) Akhlaq dan keperibadian beliau sama seperti Rasulullah ﷺ
(5) Golongan yang benar-benar mengenali beliau adalah Ahli Ma'rifat. Orang Mukmin sejati juga mengenali beliau, Adapun orang Islam awam (termasuk Ulama-ulama zahir) tidak mengenal beliau. Akibatnya ramai akan menjadi penentang Imam Mahdi.
(6) Sebelum Imam Mahdi Alaihis-Salam yang sebenar menzahirkan diri, akan datang 70 Mahdi palsu. Yang menyokong Mahdi palsu adalah orang-orang awam yang jahil dan juga Golongan sesat (72 goongan). Sehingga kini, semua orang yang mengaku Imam Mahdi hanyalah Mahdi palsu, semua sudah mati.
(7) Beliau akan menzahirkan diri menurut Perintah Allah ketika seluruh dunia dipenuhi kefasikan dan kekafiran — Undang-undang kafir — Sistem Demokrasi, Sistem Otokrasi (Diktator), Sistem Kapitalis, Sosialis, komunis dan lain-lainnya sedang berkuasa di seluruh dunia.
(8) Beliau akan memerangi orang-orang kafir, fasiq, sesat dan Memerintah menurut Undang-undang Islam yang sebenar. Turutannya menurut Hadith:
■ Beliau akan memerangi Jazirah Arab dan mengalahkan mereka.
■ Kemudian beliau memerangi Farsi (Iran dan Iraq) dan
mengalahkan mereka.
■ Kemudian beliau akan memerangi Ruum (Rom, Itali, bangsa
orang putih) dan mengalahkan mereka.
■ Kemudian beliau akan memerangi Pemerintah-Pemerintah fasiq
dan kafir dan mengalahkan mereka.
(9) Menurut keterangan Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi _Radhiallahu anhu_ ( wafat pada 11 Syawal 1409 Hijriyyah, bersamaan 17 Mei 1989 Masihi), Imam Mahdi sudah ada pada zaman ini dan menetap di suatu tempat tersembunyi di sekitar Masjid Nabawi. Hanya Ahli Ma'rifat mengenali beliau. Ini mengesahkan keterangan Ulama-Ulama terdahulu seperti Imam Ghazali, Imam Sayuthi, Imam Haythami dan lain-lain bahawa Imam Mahdi sudah lahir namun disembunyikan oleh Allah sampai suatu masa yang hanya Dia Yang Maha Mengetahuinya.
(10) Menurut keterangan Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu lagi, ketika Imam Mahdi menzahirkan diri di Hijr Ismail, Makkatul Mukarramah, sekalian Auliya Allah seluruh dunia sudah berhimpun di sana dan mereka berbai'at kepada beliau dan berperang di bawah pimpinan beliau. Kemudian akan disusuli oleh sekalian Khalifah-Khalifah Toriqat. Bagaimana cara berlaku semua ini adalah sebahagian rahsia Ketuhanan yang tiada siapa tahu.
...bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
BIMBINGAN BERSIRI : PENYAKIT HATI MANUSIA YANG TIDAK DISEDARI
Dosa Besar Siri ke-752 : Prinsip Ahlus Sunnah ke-38 : Imam Mahdi Alaihis-Salam Mendirikan (خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ) Khilafah 'Ala- minhaj An Nubuwwah
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan