بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SOALAN:
Ramai
sekali hamba² Allah bertanya² apakah amalan terbaik dan ibadah terbaik kita
lakukan pada malam2 kemuliaan dalam Islam:
·
Sepanjang Bulan Ramadhan
·
10 Hari terakhir Ramadhan
·
Malam Hari Raya Idul Fitr dan
Idul Ad-ha
·
Malam Isra' Mi'raj
·
Malam Nisfu Sya'ban
·
Malam Awal Muharram
JAWAPAN:
Ini
penjelasan ringkas berkenaan amalan2 yang terbaik yang patut dilakukan oleh
hamba2 Allah yang ingin mencari Keredhaan Allah pada malam2 Ramadhan, 10 Hari
terakhir Ramadhan, atau malam2 Kemuliaan
Islam yang lainnya, bahkan juga
malam-malam lain seluruhnya.
Pertama: Zikrullah
Zikrullah
sebanyak2nya berserta syarat dan adab²nya adalah setinggi2 amal untuk mencapai
kesucian HATI, mencapai Tauhid yang murni dan sekaligus mencapai Keredhaan dan
Kasih Allah Ta'ala.
Kedua:
Solawat atas Nabi
Solawat
atas Nabi adalah sebaik2 amalan penyokong untuk menyucikan hati, mencapai
Tauhid yang suci murni serta Keredhaan dan Kasih Ilahi.
Ketiga:
Istighfar
Istighfar
— mohon ampun kepada Allah adalah
dilakukan serentak dengan Zikrullah dan Solawat. Atau didahului sekalian amal dengan
istighfar kerana setiap manusia dalam keadaan dosa. Cara adalah : Istighfar
mengikut kemampuan kemudian sambung dengan zikrullah, solawat, baca Qur'an,
solat sunnat dan lain-lain.
Keempat:
Solat Taubat dan Tahajjud
Solat
Taubat sebanyak mungkin. Solat Taubat
membersihkan diri dari sekalian dosa yang sengaja atau dosa2 yang tidak
sedari. Solat Tahajjud menyukakan Allah
Ta'ala.
Kelima:
Sedekah
Sedekahlah
ikut kemampuan. Orang kurang berada sedekahlah apa yang termampu. Orang yang mempunyai kelebihan harta wang
ringgit yang banyak, maka sedekahlah sesuai dengan Ni'mat yang Allah
Kurniakan. Jangan samakan diri dengan
orang miskin ketika bersedekah.
Ertinya, orang yang mempunyai keluasan rezeki yang banyak, maka
hendaklah sedekah lebih dari orang lain. Jangan pula sedekah sama macam orang
miskin. Misalnya orang yang miskin
bersedekah 10 ringgit. Orang kaya
/ mempunyai harta yang banyak hendaklah sedekah lebih dari itu menurut
kemampuan masing2. Bakhil bukan semata2 orang yang tidak mahu
bersedekah, tetapi bakhil yang sebenar adalah orang kaya yang pura2 tak ada
duit, pura2 susah, pura2 miskin sehingga berat tangan untuk sedekah. Orang bakhil tak masuk syurga.
Keenam:
Khatamkan Al-Qur'an
Khatamkan
Qur'an jika mampu, dengan cara Talaqqi
di hadapan Guru yang mahir atau bersama orang yang mahir mengetahui selok belok
Tajwid dan makhraj. Hal ini WAJIB
diperhatikan sungguh2.
Bacaan
Al Qur'an sepanjang Ramadhan adalah amalan yang sangat dituntut. Tetapi PASTIKAN hukum dan adab2nya dipatuhi. Ini kerana
Al-Qur'an itu Kalamullah, Firman
Allah Yang Maha Agung. Al-Qur'an BUKAN
majallah harian, BUKAN novel manusia, BUKAN cerita penglipur lara.... Maka
JANGAN pandang ringan akan hal ini.
Jika
seseorang salah baca Al-Qur'an satu huruf sahaja, boleh mengubah makna ayat
tersebut, dan ini dosa yang amat berat
kerana mengubah Firman Allah. Bahkan apa
yang lebih bahaya adalah : Mengubah ayat
yang berhubungan dengan Aqidah, Sifat
Allah, halal haram dan sebagainya boleh
membawa kepada binasa Iman / Tauhid. Wal Iyazubillah.
Ramai
sekali orang Islam berlumba² membaca ayat Qur'an yang belum pernah mereka baca
dan belum pernah pastikan betul bacaannya di hadapan Guru yang mahir
sedangkan mereka tidak sedar Al Qur'an
laknat mereka. Wal Iyazubillah
Demikianlah
amal ibadah terbaik yang patut dilakukan oleh setiap orang beriman sepanjang
Ramadhan, 10 hari terakhir Ramadhan atau malam2 keberkatan yang lainnya.
Kesimpulannya
jika ditanya apakah amalan paling utama untuk mencapai Tauhid murni / sampai
kepada Allah serta keredhaan Allah, jawapannya sudah tentu Zikrullah kerana
matlamat insan adalah Allah, hidup dan
matinya kerana Allah, setiap nafasnya mesti Allah, ruhnya sentiasa saksikan
Allah, hakikat kesudahannya Allah.…!
Dalilnya....
Firman
Allah:
وَلَذِكۡرُ
ٱللَّهِ أَڪۡبَرُۗ
"...dan
zikrullah itu sebesar-besar ibadah "
[Al-Ankabut
(29) : Ayat 45]
Menurut Tafsiran Ibnu Abbas dan Ulama Ahlus Sunnah lainnya, Ayat tersebut membawa beberapa pengertian:
(1)
Zikrullah (ingat Allah, sebut nama Allah, tafakkurkan nama Allah) adalah
sebesar2 Ibadah. Orang yang tekun
mengerjakan ibadah zikrullah siang malam tanpa berhenti dengan penuh ikhlas dan
menurut adab, hukum dan kaifiyyatnya, maka dia akan memperoleh darjat kedudukan paling tinggi di sisi Allah.
(2) Setiap ibadah yang dikerjakan dengan zikrullah (ingat Allah) di dalamnya, maka ibadah tersebut adalah ibadah yang terlebih baik, sempurna yang memperoleh redha Allah. Ibadah yang tiada zikir di dalamnya adalah "kosong" dan "kerugian".
(3)
Ingatan Allah terhadap hamba2-Nya yang zikrullah (mengingat Allah) adalah lebih
utama. Ertinya Limpahan Rahmat dan
Inayah (pertolongan Allah) terhadap hamba2-Nya yang zikrullah adalah jauh lebih
hebat dari ingatan hamba kepada Tuhannya.
Hamba cuma buat sedikit tetapi Allah Taala melimpahkan Rahmat yang
banyak.
Tafsiran2 tersebut menepati Hadith berikut:
Firman
Allah di dalam Hadith Qudsi:
Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عه bersabda : Allah Ta’ala ber-firman,
“Sesungguhnya Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hamba-Ku terhadap-Ku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingati Aku di dalam dirinya maka Aku mengingatinya di dalam diri-Ku dan jika dia mengingati Aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik ( jemaah para malaikat ). Apabila hambaku mendekati-Ku sejengkal maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta maka Aku dekati dia sedepa, dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan maka Aku dekati dia dengan berlari.”
[ Imam
Al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi]ۗ
dan Hadith ini…..
Hadith Rasulullah ﷺ
Abu
Darda Radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ
bertanya kepada para Sahabatnya
“Mahukah daku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat
suci di sisi Allah yang meninggikan darjatmu ke peringkat yang tertinggi
sekali, yang lebih mulia daripada menafkahkan emas dan perak di Jalan Allah,
yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka
kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para Sahabat
berkata, “Bahkan, apakah itu Ya Rasulullah?”
Nabi ﷺ bersabda:
“Zikrullah”
[Riwayat
Imam Ahmad, Imam Tirmizi]
Beberapa
Peringatan Penting:
(1) Perkara terpenting yang WAJIB ada di dalam ingatan setiap hamba
Allah ketika melakukan Ibadah Khassah (khusus) atau Ibadah 'ammah
(umum) adalah : Ikhlaskan niat kerana
Allah — semata2 mencari keredhaan Allah.
Buang jauh2 semua niat2 lain jika ada. Jika satu ketika dahulu, kita sering
melakukan amal ibadah kerana suatu tujuan duniawi atau mungkin tujuan ukhrawi
(akhirat) tetapi terselit di dalamnya niat kerana mencari
"pahala", "ganjaran" dan sebagainya, maka pada hari ini
cuba ubah semua macam niat2 lain yang bercampur2 itu kepada Niat semata2
mencari "Keredhaan dan Kasih Allah".
(2) Semua amal ibadah yang telah dihuraikan di atas (Zikrullah,
Solawat, Istighfar, Taubat, Solat Sunnah, Sedekah, Bacaan Qur'an) sudah menjadi kelaziman bagi Salikin
(orang yang menempuh perjalanan kepada Allah dengan bimbingan Mursyid yang
siddiq). Sejak mulai bai'at mereka
sudah dilatih dengan berbagai Zikir, Wirid dan lain-lain secara intensif
sehingga kedatangan Ramadhan tidak dirasakan suatu bebanan, sebaliknya menjadi
lebih ringan kerana sudah menjadi kelaziman. Pada bulan puasa mereka cuma perlu tajamkan lagi jiwa mereka untuk
beramal sungguh2 mencari Kasih Ilahi di dalam bulan penuh keberkatan.
(3)
Amal ibadah seperti Zikrullah, Solawat, Istighfar dan lain-lain yang dikerjakan dengan kaifiyyat, peraturan,
syarat dan adab2 tertentu yang diambil dari Mursyid yang siddiq mempunyai nilai
ibadah yang jauh lebih tinggi disebabkan keberkatan serta limpahan keruhanian
dari sekalian Ahli Silsilah Masyaikh serta Ruhaniyah Rasulullah ﷺ.
SUMBER:
SIRI Q & A
Jawapan dan Susunan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan