بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Keempat :
~~~~~~~~~
Ungkapan sebenar bagi menjelaskan pertemuan dan penglihatan Rasulullah pada Zat Allah di atas Arasy adalah :
Allah Ta’ala tajalli (menyatakan diri-Nya) kepada Rasulullah di atas Arasy. BUKANLAH sebagaimana sangkaan sebahagian Orang Islam, bahwa Allah Ta’ala "duduk" di atas Arasy. Ini pegangan yang salah.
Keadaan tajalli yang disebutkan di atas hampir serupa dengan “Tajalli Allah Ta’ala di bukit Tursina” kepada Nabi Musa Alaihis Salam. Maksud Alllah Ta’ala Tajalli di Bukit Tursina, BUKANLAH bermakan Allah Ta’ala itu duduk atau berdiri atau bertahta di atas bukit Tursina, melainkan apa yang dimaksudkan adalah Allah Ta’ala menyatakan Diri-Nya di atas Bukit Tursina.
Bagaimanakah kaifiyyat atau cara “Allah Ta’ala menyatakan diri-Nya”?
Jawapan nya :
Tiada kaifiyyat atau cara untuk menghuraikannya dan dilarang bertanya “bagaimana” terhadap Zat Allah Ta’ala, kerana Dia Zat Yang Laisa Kamithlihi Syai’un.
Kelima :
~~~~~~
Ulang aliknya Rasulullah ﷺ ke Arasy agar dikurangkan waktu solat 50 waktu, BUKAN kerana Allah duduk di atas Arasy tetapi perbuatan Rasulullah ﷺ adalah sebagai adab dan sebagai isyarat “maqam” menerima perutusan Ilahi iaitu Rasulullah kembali ke tempat Baginda mula2 diwahyukan perintah solat.
Keenam :
~~~~~~~~
Rasulullah ﷺ tetap memandang Allah Ta’ala sama ada ketika Baginda di dunia atau ketika Baginda diangkat ke Arasy. Tetapi bezanya, pandangan terhadap Zat Allah di atas Arasy adalah suatu pandangan yang istimewa yang tidak dapat digambarkan dengan kata2 atau tulisan atau fikiran. Di dalam istilah Ma’rifat, ini adalah disebut : Tajalli (pernyataan Tuhan akan diri-Nya kepada hamba pilihan-Nya)
Ketujuh :
~~~~~~~~
Allah Ta’ala tetap sediakala sama ada ketika Rasulullah tinggal di bumi atau Baginda diangkat ke atas Arasy. Tidaklah berkurang jarak antara Baginda dengan Allah Ta’ala disebabkan naiknya Rasulullah ke atas Arasy. Dan juga tidak bertambah jauh jaraknya dari Allah Ta’ala disebabkan turunnya Baginda dari Arasy.
Hakikatnya tidak wujud “jarak” antara makhluk dengan Tuhan Rabbul Jalil kerana Dia (Rabbul Jalil) adalah Maha Besar yang tiada had kebesaran-Nya dan Maha Meliputi bagi sekalian makhluk yang tidak dapat disebutkan atau dibayangkan kaifiyyatnya (caranya).
Kelapan:
~~~~~~~
Sesiapa yang mengi’tiqadkan bahawa Allah Ta’ala itu duduk atau bertahta seperti manusia bertahta di dunia, lalu Rasulullah ﷺ datang menghadap laksana rakyat menghadap Raja di dunia, maka ini tidak syak lagi adalah Syirik.
Wallahu A’lam.
- SELESAI -
SUMBER:
SIRI RENCANA PILIHAN : ARASY
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan