Jumaat, 21 Februari 2025

hanya Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




 لا اله الا الله

- berat timbangannya daripada segala kejadian-Nya iaitu dunia dan muatan isinya

Maksudnya:

 لا اله الا الله 

Haqiqatnya : ALLAH ... ALLAH

- لا اله الا الله : Tiada Tuhan melainkan Allah

(Tiada Tuhan bermaksud lain2 Tuhan)

- yang dinafikan tidak wujud

- yang tinggal hanya ALLAH

- Allah yang wujud

- Makhluq tidak wujud...

لا اله الا الله

- berat timbangannya daripada segala kejadian-Nya iaitu dunia dan muatan isinya


Mari kita renung dan fikirkan...

ALHAMDULILLAH



SUMBER:

Nota Kuliah Suluk

17.9.2023





 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Selasa, 18 Februari 2025

GEMENTAR HATI

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


MAKSUD FIRMAN ALLAH : GEMENTAR / GEGAR HATI DENGAN ZIKRULLAH



Firman Allah :

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ


“Sesungguhnya, (tanda) Orang-orang yang beriman (iaitu sebenar2 Iman) itu adalah orang-orang yang apabila disebutkan nama Allah maka gementarlah hati mereka. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya maka bertambahlah keimanan mereka. Dan hanya kepada Allah mereka berserah diri.”

[Al-Anfal (8) : Ayat 2]


Penjelasan Pertama - sudut syari'at zahir
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~

Setiap orang yang beriman pasti ada getaran @ gementar dalam hatinya apabila mendengar kalimah "Allah" atau  ayat2 Allah.

Gementar @ getaran hati ini berbeza2 dari seorang kepada seorang bergantung kepada betapa besarnya cahaya Iman di dalam hatinya. 

Boleh jadi orang yang tersangat lemah Imannya, akan terasa gementar apabila mendengar ayat2 Allah, tetapi penguasaan nafsu dan iblis yang lebih dominan di dalam hati akan segera memadamkan getaran tersebut sehingga orang ini berlalu sahaja tanpa sebarang kesan pada dirinya.

Keadaan ini mungkin berbeza  jika seseorang beriman itu mempunyai Iman yang lebih teguh, sekira2nya cahaya Imannya lebih besar dalam hatinya. Kalimah  "Allah" dan ayat2 Allah yang didengarnya menggetarkan hati dan menyebabkan dia segera ingat kepada Allah.

Orang beriman lain mungkin terasa lebih banyak kesannya pada hati dan anggota tubuhnya yang lain, seperti datang perasaan takut,  menggeletar tubuhnya, mengalir air matanya, datang perasaan taubat dsb.  Masing2 ini bergantung kepada kekuatan cahaya Iman di dalam hatinya.

Dengan demikian pemahaman yang benar pada Firman Allah ini...

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُون

Sesungguh2nya, orang2 beriman yang benar Imannya adalah ditujukan kepada mu'min yang tersebut di atas, iaitu yang menggetar hatinya sehingga takut akan Allah Taala, lisan dan hatinya bertaubat serta-merta dari segala dosa dan kadangkala disertai air mata mengalir tanpa disedarinya.

Ini satu segi kefahaman pada makna zahir.


Penjelasan Kedua -  Ahli Ma'rifat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada pandangan ahli ma'fifat, ayat tersebut mempunyai hubungan rapat dengan tingkatan2 salikin mencapai Ma'rifat @ Tauhid ...!

Pada sisi Ahli Ma'rifat,  maksud ayat tadi...

"apabila disebut nama Allah, maka gementarlah hati mereka" 

adalah bermaksud kepada :

Orang yang melakukan zikrullah menurut disiplin Ahli Ma'rifat akan terasa  getaran pada hatinya dengan getaran yang kuat dan berganda2 lagi getaran tersebut mengikut banyaknya zikir tersebut dan lamanya masa berzikir dan nilai Tauhid yang ada di dalam hatinya.

Hasil  getaran hati itu menghasilkan cahaya Iman yang menerangi seluruh dadanya.  Zikir yang terus-menerus akan menerbitkan cahaya Iman yang lebih  terang-benderang dan lebih luas melimpah kepada seluruh tubuhnya ; meliputi darah daging, urat, tulang, aqal, nafas bahkan seluruh tubuhnya sekalian dipenuhi cahaya zikrullah yang memancar2.  

Ketika itu datang "warid"  cahaya Rabbaniyyah (cahaya Ketuhanan) ke dalam hatinya yang meliputi diri hamba Allah ini. Seterusnya cahaya Ketuhanan ini memancar memenuhi langit dan bumi. 
Mata hatinya terbuka luas ke alam Ketuhanan... sehingga terhasil Tauhid @ Iman yang kukuh.

Ringkasnya :

Hasil dari "sebut nama Allah" iaitu zikrullah tadi... menghasilkan getaran pada hati sehingga terbit cahaya memancar2 memenuhi langit dan bumi menerbitkan Ma'rifat @ Tauhid.

Hamba Allah yang sampai peringkat ini akan diberikan ayat-ayat Qur'an tertentu sebagai "kunci pembuka Ma'rifat" (baca :  Kunci Tauhid). Bagi setiap peringkat Ma'rifat (Tauhid), ayat Qur'an yang menjadi kunci pembuka pintu Ma'rifat adalah berbeza2. 

Setelah membaca ayat ini, maka terbuka bagi salikin, beberapa rahsia Ma'rifat sehingga tambah2lah lagi Imannya.

ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا

"maka bertambah-tambahlah Iman mereka..."


Perhatian penting:
~~~~~~~~~~~~
~~~~

Semua penjelasan ini adalah sudut pandang Ahli Ma'rifat, bukan rekaan cerita penglipur lara.

Ianya bukan suatu yang dapat difikir2kan atau diaqal2kan. Ia juga bukan bayangan atau khayalan. 

Sebaliknya ia semata2 anugerah Allah yang merupakan penghayatan hati dan ruh, yang disebut "zuq" atau  "zauq"  di dalam istilah ma'rifat.
(Zauq : Perasaan kelazatan dan asyik akan Allah yang dirasakan oleh Salikin di dalam HATINYA.)

Setiap orang beriman yang "Salikin"  akan merasai semua kesan ini secara nyata jika dia benar2 mujahadah pada Jalan Ma'rifat Ilahiyyah.



Wallahu A'lam



SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN 

MAKSUD FIRMAN ALLAH : GEMENTAR / GEGAR HATI DENGAN ZIKRULLAH
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 







 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀



Sabtu, 8 Februari 2025

MUJAHADAH YANG PANJANG...

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Jalan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sudah tetap - tidak pernah berubah seperti Rasulullah ﷺ tetapkan. Yang keluar dari saf itu terkeluar dari ASWJ iaitu sebanyak 72 golongan.


ASWJ ada silsilah - Bai'ah dan Berguru - haqiqatnya berguru kepada Rasulullah .


Jika tidak Bai'at - belum masuk saluran ASWJ. Sesudah bai'at - baru ikut ASWJ 100%.


Bermulanya Mujahadah selepas Bai'at - satu perjalanan yang panjang ( kata Yang Dimuliakan Tuan Guru... dari mula Bai'at sampailah tua...). Di dalam proses tersebut akan berlakulah:

🔆Hilang Syirik Khafi

🔆Hilang sifat2 Mazmumah

🔆Khusyuk di dalam Ibadah

🔆HATI disucikan - membawa kepada ketenangan di dalam HATI


Mengamalkan zikir2 - Kaifiyyatnya diijtihadkan oleh Imam2 Mujtahid - yang buat "jalan2 baharu" untuk beramal ; diberikan ayat-ayat Qur'an tertentu sebagai "kunci pembuka Ma'rifat" (baca :  Kunci Tauhid). 


Melalui proses "Fana" dengan Rahmat Allah Ta'ala - akan rasa "Asyik" dengan Allah Ta'ala. 


Setiap kali "Fana" - cahaya Tauhid akan masuk ke dalam HATI - sedikit demi sedikit ( Kata Yang Dimuliakan Tuan Guru ... seperti membina bangunan yang tinggi ).


💚Keadaan Fana Naqsyabandiah - Fana yang tenang - mata tertutup ; duduk diam - statik - tiada pergerakan seperti berdiri , berjalan atau berlari.


Satu sahaja matlamat semasa BERAMAL kepada Allah iaitu untuk mendapatkan REDHA-NYA.

Periksa NIAT sentiasa pada peringkat:

📍Permulaan

📍Pertengahan 

📍Akhir

( Peringatan daripada Yang Dimuliakan Tuan Guru lagi... Orang abid yang gemar memikirkan / menuntut2  pahala2 bagi setiap amalnya perlu mengubah sikapnya terhadap Allah Ta'ala. Usahakan sungguh2 mencari Ikhlas dan Redha Allah.)



Mujahadah yang sangat lama.....



WALLAHU A'LAM



SUMBER:

Nota Kuliah Suluk

28.11.2022





 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Rabu, 5 Februari 2025

APABILA BANYAK BERTANYA...

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Adalah cukup jika faham...

Allah tahu semuanya

Allah mentadbir semuanya - dari mula hingga akhir

Allah tidak akan ditanya

Kamu yang akan ditanya


Urusan Allah jangan dipertikaikan - boleh membawa kesesatan seperti mana golongan yang sesat ini:

📌Golongan Muktazilah - Hanya guna aqal sahaja - Usaha manusia semata-mata segala yang buruk dan baik; Taqdir tiada kaitan dengan Allah ( Syari'at ✅ ; Haqiqat ❌ )  FASIQ

📌Golongan Jabariyyah - Allah yang tetapkan semuanya - seolah2 Allah memaksa semuanya Syari'at  ; Haqiqat   ZINDIQ


Banyak bertanya... apa yang patut aku buat? Jangan lakukan kerana membawa kesesatan

Sesungguhnya:                                                                                       

IMAN bergantung kepada CAHAYA di dalam HATI - bukannya bergantung kepada banyaknya ILMU

ZIKRULLAH sebanyak2nya...

Kisah Uwais Qarni... tidak dikenali di bumi tetapi dikenali oleh para malaikat di langit kerana malaikat 'nampak' cahaya keimanannya

Cahaya Ketuhanan bergantung kepada Ubudiyyah - bersihkan HATI daripada kekotoran dan zulmat

Mengapakah ahli Makrifat pilih Zikrullah?

........kerana ianya perintah Allah Taala

Allah beri Cahaya selepas Zikrullah sebanyak-banyaknya



WALLAHU A'LAM


SUMBER:

Nota Kuliah Usuluddin

2.2.2025






 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

AQAL TAK SAMPAI.....

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


...sambungan...


🌻Haqiqat di sebalik kejahatan, kekejian dan maksiat itu hendaklah disimpan di dalam HATI, jangan DILAFAZKAN

🌻Ahli Syurga - ada tanda2nya - iaitu apabila mengikut amalan ahli Syurga

🌻Ahli Neraka - ada tanda2nya - iaitu apabila melakukan amalan seperti ahli Neraka

🌻Tiada siapa yang tahu - kita ahli Syurga atau ahli Neraka tetapi lakukanlah tanda2 seperti ahli Syurga


WALLAHU A'LAM


SUMBER:

Nota Kuliah Tasawwuf

2.2.2025






 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

AQAL TAK SAMPAI.....

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



🍁Qadar - semasa berlaku sesuatu

🍁Taqdir - ketentuan Allah yang Azali ; tertulis di Loh Mahfuz

🍁Azali - zaman sebelum terciptanya masa


Allah Taala yang susun semuanya

Jangan Fikir

Jangan Tanya

Aqal Tak Sampai


Allah perintahkan ZIKIR banyak - jangan tanya tapi buatlah....


Anugerah daripada Allah bila dapat tingkatkan Ibadah - segala ketaatan dan kebaikan hendaklah dikembalikan semuanya kepada Allah Taala


Jika melakukan kejahatan - kekejian dan maksiat - akui kesalahan dari diri sendiri dan bertaubat ( sifat orang beriman ) ; JANGAN katakan sebagai Taqdir (seperti mana jawapan Iblis yang ingkar untuk tunduk hormat kepada Nabi Adam...) ; berbeza dengan Nabi Adam - mengaku berbuat kesalahan dan bertaubat... air mata seperti lautan....


Zindiq... bila berbuat kesalahan dianggap sebagai Taqdir kerana segala kesalahan terletak kepada HAMBA



...bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ




SUMBER:

Nota Kuliah Tasawwuf

2.2.2025






 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀



Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...