بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Firman Allah :
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ
“Sesungguhnya, (tanda) Orang-orang yang beriman (iaitu sebenar2 Iman) itu adalah orang-orang yang apabila disebutkan nama Allah maka gementarlah hati mereka. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya maka bertambahlah keimanan mereka. Dan hanya kepada Allah mereka berserah diri.”
[Al-Anfal (8) : Ayat 2]
Penjelasan Pertama - sudut syari'at zahir
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setiap orang yang beriman pasti ada getaran @ gementar dalam hatinya apabila mendengar kalimah "Allah" atau ayat2 Allah.
Gementar @ getaran hati ini berbeza2 dari seorang kepada seorang bergantung kepada betapa besarnya cahaya Iman di dalam hatinya.
Boleh jadi orang yang tersangat lemah Imannya, akan terasa gementar apabila mendengar ayat2 Allah, tetapi penguasaan nafsu dan iblis yang lebih dominan di dalam hati akan segera memadamkan getaran tersebut sehingga orang ini berlalu sahaja tanpa sebarang kesan pada dirinya.
Keadaan ini mungkin berbeza jika seseorang beriman itu mempunyai Iman yang lebih teguh, sekira2nya cahaya Imannya lebih besar dalam hatinya. Kalimah "Allah" dan ayat2 Allah yang didengarnya menggetarkan hati dan menyebabkan dia segera ingat kepada Allah.
Orang beriman lain mungkin terasa lebih banyak kesannya pada hati dan anggota tubuhnya yang lain, seperti datang perasaan takut, menggeletar tubuhnya, mengalir air matanya, datang perasaan taubat dsb. Masing2 ini bergantung kepada kekuatan cahaya Iman di dalam hatinya.
Dengan demikian pemahaman yang benar pada Firman Allah ini...
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُون
Sesungguh2nya, orang2 beriman yang benar Imannya adalah ditujukan kepada mu'min yang tersebut di atas, iaitu yang menggetar hatinya sehingga takut akan Allah Taala, lisan dan hatinya bertaubat serta-merta dari segala dosa dan kadangkala disertai air mata mengalir tanpa disedarinya.
Ini satu segi kefahaman pada makna zahir.
Penjelasan Kedua - Ahli Ma'rifat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada pandangan ahli ma'fifat, ayat tersebut mempunyai hubungan rapat dengan tingkatan2 salikin mencapai Ma'rifat @ Tauhid ...!
Pada sisi Ahli Ma'rifat, maksud ayat tadi...
"apabila disebut nama Allah, maka gementarlah hati mereka"
adalah bermaksud kepada :
Orang yang melakukan zikrullah menurut disiplin Ahli Ma'rifat akan terasa getaran pada hatinya dengan getaran yang kuat dan berganda2 lagi getaran tersebut mengikut banyaknya zikir tersebut dan lamanya masa berzikir dan nilai Tauhid yang ada di dalam hatinya.
Hasil getaran hati itu menghasilkan cahaya Iman yang menerangi seluruh dadanya. Zikir yang terus-menerus akan menerbitkan cahaya Iman yang lebih terang-benderang dan lebih luas melimpah kepada seluruh tubuhnya ; meliputi darah daging, urat, tulang, aqal, nafas bahkan seluruh tubuhnya sekalian dipenuhi cahaya zikrullah yang memancar2.
Ketika itu datang "warid" cahaya Rabbaniyyah (cahaya Ketuhanan) ke dalam hatinya yang meliputi diri hamba Allah ini. Seterusnya cahaya Ketuhanan ini memancar memenuhi langit dan bumi.
Mata hatinya terbuka luas ke alam Ketuhanan... sehingga terhasil Tauhid @ Iman yang kukuh.
Ringkasnya :
Hasil dari "sebut nama Allah" iaitu zikrullah tadi... menghasilkan getaran pada hati sehingga terbit cahaya memancar2 memenuhi langit dan bumi menerbitkan Ma'rifat @ Tauhid.
Hamba Allah yang sampai peringkat ini akan diberikan ayat-ayat Qur'an tertentu sebagai "kunci pembuka Ma'rifat" (baca : Kunci Tauhid). Bagi setiap peringkat Ma'rifat (Tauhid), ayat Qur'an yang menjadi kunci pembuka pintu Ma'rifat adalah berbeza2.
Setelah membaca ayat ini, maka terbuka bagi salikin, beberapa rahsia Ma'rifat sehingga tambah2lah lagi Imannya.
ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا
"maka bertambah-tambahlah Iman mereka..."
Perhatian penting:
~~~~~~~~~~~~~~~~
Semua penjelasan ini adalah sudut pandang Ahli Ma'rifat, bukan rekaan cerita penglipur lara.
Ianya bukan suatu yang dapat difikir2kan atau diaqal2kan. Ia juga bukan bayangan atau khayalan.
Sebaliknya ia semata2 anugerah Allah yang merupakan penghayatan hati dan ruh, yang disebut "zuq" atau "zauq" di dalam istilah ma'rifat.
(Zauq : Perasaan kelazatan dan asyik akan
Allah yang dirasakan oleh Salikin di dalam HATINYA.)
Setiap orang beriman yang "Salikin" akan merasai semua kesan ini secara nyata jika dia benar2 mujahadah pada Jalan Ma'rifat Ilahiyyah.
Wallahu A'lam
SIRI RENCANA PILIHAN
MAKSUD FIRMAN ALLAH : GEMENTAR / GEGAR HATI DENGAN ZIKRULLAH
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan