بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Imam
Mahdi Alaihis-Salam Mendirikan ( خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ) Khilafah 'Ala- minhaj An Nubuwwah
Imam-imam Ahlus Sunnah sepakat bahwa
kedatangan Imam Mahdi Alaihis Salam itu benar. Tiada keraguan pada kedatangan
beliau kerana Hadith-Hadith yang warid adalah Hadith-Hadith Mutawathir.
Beliau
akan memenuhi dunia dengan Pemerintahan Adil dan Taqwa, iaitu sebagaimana
Pemerintahan Rasulullah ﷺ. Beliau akan mendirikan Undang-undang Islam menurut
Ahlus-Sunnah dan akan hapuskan sekalian undang-undang Jahiliyah, kafir dan munafiq.
Rasulullah
ﷺ bersabda:
تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ
فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ
فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ
تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ
“Kamu akan perangi Jazirah Arab sehingga Allah
menangkan kalian atasnya. Kemudian (kamu akan perangi) Farsi sehingga Allah
menangkan kalian atasnya. Kemudian kamu akan perangi Ruum sehingga Allah
menangkan kalian atasnya. Kemudian kamu perangi Dajjal sehingga Allah menangkan
kalian atasnya.”
[Imam
Muslim]
Rasulullah
ﷺ bersabda:
لاَ تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى
يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي
"Dunia tidak akan berlalu pergi
sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki dari kalangan
Ahlul-Bayyitku yang namanya bersamaan dengan namaku."
[Imam
Tirmizi]
Rasulullah
ﷺ bersabda:
لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا
إِلاَّ يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً مِنِّي أَوْ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ
اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ
ظُلْمًا وَجَوْرًا
"Sekiranya tidak berbaki daripada dunia
itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut
sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki
itu dari kalangan aku – atau dari Ahlul-Bayyitku – Namanya berbetulan dengan
namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi
dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh
kegelapan dan kezaliman.
[Imam
Abu Dawud]
Rasulullah
ﷺ bersabda:
الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى
الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا
وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ
" Al-Mahdi dariku. Dahinya luas dan
hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia
dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun.
[Imam
Abu Dawud]
Rasulullah
ﷺ bersabda:
الْمَهْدِيُّ مِنَّا أَهْلَ
الْبَيْتِ يُصْلِحُهُ اللَّهُ فِي لَيْلَةٍ
"Al-Mahdi dari kalangan kami Ahlul-Bayyit,
yang Allah perbaiki dirinya pada satu malam.
[Imam
Ibn Majah]
...bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
BIMBINGAN BERSIRI : PENYAKIT HATI MANUSIA YANG TIDAK DISEDARI
Dosa Besar Siri ke-752 : Prinsip Ahlus Sunnah ke-38 : Imam Mahdi Alaihis-Salam Mendirikan (خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ) Khilafah 'Ala- minhaj An Nubuwwah
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan