Jumaat, 18 Oktober 2024

IKHLAS (1)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



IKHLAS 


Bukanlah dengan lafaz sahaja seperti:

🎀" saya ikhlaskan pemberian saya ini...."

🎀" terimalah sumbangan ikhlas saya ini..."

🎀" mudah2an derma ikhlas saya ini memudahkan urusan tuan/puan..."


Ikhlas itu adalah haqiqat IMAN dan TAUHID

Orang yang beriman adalah BERTAUHID - sentiasa di dalam ZIKRULLAH ( perintah yang WAJIB )

Ikhlas mempunyai Tingkatannya tersendiri - mengikut Tingkatan Tauhid yang dicapai

Ikhlas mengerjakan sesuatu amal pada setiap peringkat iaitu pada permulaan ...pertengahan ... dan juga pada akhirnya....

Ikhlas kerana Allah - menafikan segala yang batil; nafikan segala 'keakuan' diri ( Tiada maksudku selain ALLAH )

Haqiqat Ikhlas hanya boleh diketahui setelah mengikut Jalan Makrifat iaitu:

    🍀Jalan yang sebenar-benarnya dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya

   🍀Jalan agama yang sebenarnya - wajib masuk jalan ini, barulah dinamakan berada di dalam Agama Islam

   

Sumber:

Nota Kuliah Subuh SULUK - 30.7.2024




    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Isnin, 7 Oktober 2024

Ceramah Tuan Guru - kali Pertama ( bahagian akhir )

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



... Sambongan...

Ceramah ini telah disampaikan dalam 3 slot di dalam satu hari iaitu pada 14.7.2019.

Banyak perkara telah disampaikan dan mahu diabadikan di ruangan ini apabila sedikit demi sedikit kefahaman diperoleh melalui kuliah2 pengajian selepasnya.

Saya membuat semakan semula apa yang mula2 saya peroleh; ianya diulang2 dengan penuh hikmah manakala limpahannya juga berbeza-beza. 

Alhamdulillah Syukur kepada Allah...


Sebelum menutup ceramah...

Sepintas lalu.. berhubung dengan Ulama2 Ahlus Sunnah, Tuan Guru juga menyentuh 2 perkara ini:-

💫  Mujtahid

💫  Mujaddid


Di antara tokoh2 Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang ternama:

Imam Ja’afar Siddiq

Imam Hassan Al-Basri

Imam Abu Hanifah

Imam Malik

Imam Muhammad Idris Asy- Shafi’e

Imam Ahmad Ibn Hanbal

Imam Izzudin Abdus Salam

Imam Nawawi




Alhamdulillah Syukur kepada Allah apabila direzekikan untuk hadir ke ceramah ini; amat banyak maklumat yang telah disampaikan. Ianya perlu kepada susulan selanjutnya untuk suatu perubahan di dalam kehidupan ini, bertindak dengan lebih drastik  dengan satu tujuan iaitu mencari KEREDHAAN ALLAH.


Setinggi-tinggi Penghargaan dirakamkan kepada Tuan Guru Yang Dimuliakan lagi Dikasihi atas pimpinan yang telah diberikan selepas  Bai'ah diberikan (pada 11.1.2010) sehinggalah pada saat ini. 



SUMBER:

NOTA PROGRAM MURNIKAN SOLAT bertarikh 14.7.2019





     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Ceramah Tuan Guru - kali Pertama (4)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



... Sambongan...

 

Perbezaan di antara Ahlus Sunnah Wal Jamaah dengan 72 golongan yang SESAT adalah dari segi prinsip, pegangan dan iktikad.

 

Prinsip Ketiga:

Prinsip ke-3:

Ahlu Sunnah dipimpin oleh Ulama Pewaris Nabi

Siapakah Ulama Pewaris Nabi?

Cara pengambilan Ilmu daripada Pewaris Nabi iaitu melalui BAI’AT – ambil terus daripada lisan GURU.

Apakah BAI'AT?

Ulama Tabiin ambil ilmu daripada para sahabat dengan cara yang sama.

Semestinya saya juga akan melakukan hal yang sama jika mahu mendapatkan pimpinan ke Jalan Allah dan mencintai Rasul-Nya…

Pertama kali saya mendengar penjelasan seperti ini. 

Hakikatnya.... Saya di dalam KEJAHILAN

Saya rasa saya sudah tunaikan tanggung jawab saya sebagai seorang hamba Allah

Itu adalah hanya SANGKAAN rupa-rupanya...

BERSIHKAN HATI!

Jika mahu dapatkan SOLAT yang MURNI.....


 ... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


SUMBER:

NOTA PROGRAM MURNIKAN SOLAT bertarikh 14.7.2019





     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Ceramah Tuan Guru - kali Pertama (3)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



... Sambongan...

 

Perbezaan di antara Ahlus Sunnah Wal Jamaah dengan 72 golongan yang SESAT adalah dari segi prinsip, pegangan dan iktikad.

 

Prinsip Kedua:

1.     Fiqh

2.     Usuluddin

3.     Tasawwuf – Toriqat


Kesemua 73 golongan mengamalkan Ilmu Fiqh dan Ilmu Usuluddin 

TETAPI

hanya Ahlus Sunnah sahaja yang mengamalkan Tasawwuf – Toriqat

Mengapa Tasawwuf - Toriqat? 


PENYAKIT HATI

Tuan GURU telah menyentuh tentang PENYAKIT HATI - perlu diusahakan SUCIKAN HATI daripada 5 hijab seperti pembahagiannya yang berikut:

💫1.     Syirik Khafi – contohnya:

         i.         Takabbur

        ii.        Sum’ah

      iii.        Ujub

      iv.        Riya’

        v.        Bergantung kepada makhluq

 

💫2.     Mazmumah – contohnya:

                 i.          Mengumpat

               ii.          Hasad

              iii.          Tama’

              iv.          Bakhil

               v.          Cinta Dunia

       vi.     Jahat Sangka


💫3. Dosa2 Zahir - contohnya:

        i.     Makan sumber yang haram

        ii.     Judi

 

💫4.   Ghaflah - lalai


💫5. Aghyar 


Sesungguhnya AMAT banyak masalah HATI

Pada pertengahan ceramah yang disampaikan itu…

Saya baru dapat kaitkan dengan Objektif dan Matlamat kursus diadakan.

PENYAKIT HATI sangat signifikan dengan tajuk kursus … Program Murnikan Solat.

Semua Penyakit Hati tersebut telah menghijjabkan HATI yang mesti diberikan RAWATAN oleh PAKARNYA

PENYAKIT HATI  ini adalah faktor yang paling kritikal di dalam menentukan Khusyu' di dalam SOLAT dan juga Keikhlasan seseorang...

IKHLAS ada 7 tingkatan ( dapat catat 3 tingkatan sahaja... bakinya... harap ada rezeki di lain masa ) iaitu:

🍁1. Semata-mata kerana Allah tetapi mengaharapkan Syurga sebagai ganjaran

🍁2. Semata-mata kerana Allah tetapi terlihat dengan keupayaan diri sendiri

🍁3. Semata-mata kerana Allah, TIDAK mempunyai cita-cita mengharapkan SYURGA dan juga TIDAK melihat keupayaan diri sendiri TETAPI dia sudah merasakan dirinya IKHLAS

( Apabila diteliti semula catatan tingkatan IKHLAS ini... Hakikatnya.. saya  belum lagi capai IKHLAS . Ianya amat HALUS.. Bagaimanakah cara untuk mencapainya? )

Wajib SUCIKAN HATI dengan ZIKRULLAH dan MUJAHADAH LAWAN NAFSU

Bagaimanakah caranya?

Apakah amalannya?

4 macam DUGAAN akan menghambat orang beriman iaitu:

1. Nafsu kejahatan diri sendiri

2. Godaan Syaitan

3. Godaan Dunia

4. Godaan makhluq


Jawapan kepada semua persoalan di sini adalah wajib mencari GURU !


... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


SUMBER:

NOTA PROGRAM MURNIKAN SOLAT bertarikh 14.7.2019





     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Ceramah Tuan Guru - kali Pertama ( 2 )

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


.......sambongan..


Tuan Guru menjelaskan…

Perbezaan di antara Ahlus Sunnah Wal Jamaah dengan 72 golongan yang SESAT adalah dari segi prinsip, pegangan dan iktikad.

Prinsip Pertama:

1. Al Quran

2. Al hadith / Sunnah

3. Al Ulama

Ahli Sunnah dengan 72 golongan yang SESAT itu masing-masing sama - mempunyai prinsip berdasarkan Al Quran dan Hadis TETAPI  berbeza prinsip berkaitan dengan Al-Ulama.

Hanya Ahli Sunnah Sahaja mempunyai prinsip berdasarkan Al Ulama manakala 72 golongan tersebut tidak berpegang kepada Al Ulama.

 

Berikut adalah zaman-zaman selepas kewafatan Nabi Muhammad

💫Zaman Sahabat Nabi iaitu:

1. Sayyidina Abu Bakr

2. Sayyidina Umar

3. Sayyidina Uthman

4. Sayyidina Ali

 

💫Zaman Tabiin

Imam2 pada zaman ini (berjumpa para sahabat – ambil ilmu zahir dan batin) seperti yang berikut:

1. Imam Hassan Al Basri

2Imam Jaafar Al Siddiq

3. Imam Hambal

4. Imam Malik


 💫Zaman Tabiin Tabiin

Imam2 pada zaman ini (berjumpa Imam Zaman Tabiin – ambil ilmu zahir dan batin) seperti yang berikut: 

1. Imam Syafie

2. Imam Ahmad Ibn Hambal

3. Imam Sulton Auliya Shaikh Abd Qodir Jilani

4. Imam Nawawi

5. Imam Suyuti

6.     Imam Ibn Hajar

7.     Imam Al Haitami

8.     Imam Al Asyqalani

 

Pecahan golongan sudah berlaku pada Zaman Sahabat iaitu wujudnya golongan:

1. Syiah

2.     Khawarij

3.     Jabariyyah

( Pengasas 72 golongan yang SESAT adalah orang Islam yang hebat – hafiz Al Quran dan Hadis; banyak solat Tahajjud dan solat sunat )

Beberapa nama golongan dari 72 golongan yang sesat itu adalah:

1.     Khawarij - (Wahhabiyyah - sekarang)

2.     Mu’tazilah

3.     Jabariyyah

4.     Mujassimah

5.     Musyabbihah

6.     Syi’ah - (Rafidhi - sekarang)

 

Sepintas lalu – untuk mengenal ciri-ciri golongan yang SESAT berkenaan sebagai pengetahuan seperti:

Khawarij ( Wahhabiyyah – sekarang ):

Mengaku sebagai Ahli Sunnah tetapi abaikan Ulama

Jika abaikan Ulama – bukanlah dari golongan Ahlus Sunnah

 

Mu’tazilah (abad 2H):

Pengasasnya : Wasil Atha’ ( anak murid kepada Imam Hassan Al Basri ) seorang murid yang sangat cemerlang tetapi telah berpisah daripada gurunya kerana membuat idea baharu iaitu fahaman Mu’tazilah.

Aliran ini beranggapan AQAL manusia lebih baik dibandingkan nas-nas Al Quran dan al-sunnah.

Usaha manusia 100% ; Allah tiada apa-apa peranan

Ulama besar Mu’tazilah ialah Al Jubba’ie yang menghafal Al Quran

 

Jabariyyah:

Allah tetapkan 100%

Manusia tiada apa-apa peranan


Mujassimah:

Menjisimkan Allah – golongan ini mendakwa Tuhan bertubuh badan

Cth:

·       Allah ada tangan, kaki, muka dan mata

·       Allah bersemayam di atas Arasy

( Ummat Islam perlu ada pengetahuan untuk bezakan nas mutasyabihat dengan nas muhkamat yang terdapat pada al-Quran dan hadis )


Musyabbihah:

Golongan ini digelar sebagai kaum yang menyerupakan kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluknya

Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki dan bertubuh seperti manusia


... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


SUMBER:

NOTA PROGRAM MURNIKAN SOLAT bertarikh 14.7.2019





     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...