Sabtu, 19 Oktober 2024

IKHLAS (4)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




✨🕌✨Firman Allah:


يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ 

Pada hari yang tiada berguna harta dan anak pinak kecuali mereka yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera (daripada syirik). 
[Asy-Syu'ara (26) : Ayat 88-89] 

Jika anda bertanya bukankah Allah Ta'ala menceritakan berbagai ni'mat syurga di dalam Al-Qur'an? 

Bukankah Hadith Nabi juga menceritakannya? 

Benar! 

Semua kejadian selepas kematian dikisahkan di dalam Al-Qur'an dan Hadith Nabi. Kesenangan yang akan diperoleh oleh orang2 beriman berupa syurga juga diceritakan di dalamnya. 

Tetapi ianya tidak bermaksud seseorang perlu menuntut2 atau mencari2 segala kesenangan tersebut atau dia menjadikannya sebagai matlamat sampingan. 

Apabila ada suatu selain Allah di sisi niat, maka ketika itu cederalah ikhlasnya. 


Jika anda bertanya lagi,  apakah gunanya kisah2 tersebut jika bukan untuk dijadikan impian? 

Kita menjawab:

Memikirkan dan bercita2 kepada kesenangan syurga ketika melakukan ibadah adalah sebagai dorongan bagi kanak2 yang baru belajar mengenal Islam dan Iman atau bagi orang2 yang baru masuk Islam supaya jinak hatinya kepada Islam.  Namun ianya tidak patut terus-menerus di dalam keadaan tersebut.  

WALAU BAGAIMANAPUN kita tegaskan kesimpulannya: 

Tidak salah (pada sisi Fiqh) seseorang mempunyai cita-cita kepada syurga Allah Ta'ala. Tetapi perlulah dididik hati supaya meninggalkan sekalian cita2 tersebut, berpaling darinya dan tumpukan niat semata2 biWajhillah (semata2 kerana Wajah Allah).

Jika kalian bertanya lagi:

Mengapakah orang yang berasa diri dia sudah ikhlas dianggap tidak ikhlas lagi?

Jawabnya:

Dia dikatakan belum ikhlas pada sisi Tauhid yang murni kerana dia masih terasa dia mempunyai daya upaya untuk melakukan ikhlas itu sedangkan kunci kepada ikhlas yang sebenar adalah menafikan sekalian keupayaan diri dan hanya melihat daya upaya Allah semata2. (akan datang keterangan lebih jelas ikhlas sebenar pada sisi Tauhid murni).

... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : IKHLAS - Siri 1

Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 





     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...