بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
✍Pada siri yang lalu, kita telah melihat 'orang merasa sudah ikhlas" sebenarnya belum ikhlas lagi kerana hakikat ikhlas yang murni menuntut seseorang lepas bebas daripada "keakuan diri".
Sebagaimana gambaran awal sebelum ini, kita maklum ikhlas bergantung @ berkait rapat dengan Tauhid yang murni.
Orang yang berasa dia sudah ikhlas, masih melakukan syirik khafi kerana ada keakuan diri - mempersekutukan Allah pada af'al-Nya menyebabkan TAUHIDNYA terjejas.
Apabila TAUHID yang murni terjejas, maka cacatlah ikhlas yang hakiki.
Mari kita sambung dengan huraian Ikhlas hakiki yang diperoleh seseorang pada Jalan Ma'rifat Ketuhanan - peringkat Salikin.
IKHLAS PERINGKAT SALIKIN
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Ikhlas bagi hamba2 Allah yang pada Ma'rifat Ilahiyyah adalah tiga Tingkatan. Ketiga2 tingkatan Ikhlas ini adalah diperoleh sesuai dengan pencapaian Tauhidnya yang murni.
🍁 (1) Ikhlas pada Tingkatan Tauhid Af'al
🍁 (2) Ikhlas pada Tingkatan Tauhid Asma'
🍁 (3) Ikhlas pada Tingkatan Tauhid Sifat
Penjelasan:
~~~~~~~~~~
Tiga Tingkatan Ikhlas Salikin ini adalah bagi mereka yang menelurusi jalan Ma'rifat Ketuhanan menurut adab dan syarat2nya di bawah bimbingan seorang Shaikh/Mursyid yang telah menerima ijazah daripada Gurunya yang mempunyai Silsilah Nabi (susur galur penerimaan Ilmu dari guru kepada guru tanpa putus).
Si salik (murid yang berjalan di jalan Ma'rifat Ketuhanan) dibimbing melalui beberapa peringkat zikir, MURAQABAH (merenung Hakikat Ketuhanan) dan MUSHAHADAH (melihat Hakikat Ketuhanan) berperingkat-peringkat sehingga datang pembukaan Allah Ta'ala ke dalam hati mereka kepada pintu2 Ma'rifat (baca pintu2 Tauhid).
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
SIRI RENCANA PILIHAN : IKHLAS - Siri 2
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan