بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
🍁 (1) Ikhlas pada Tingkatan Tauhid Af'al
Tingkatan pertama TAUHID yang murni adalah disebut TAUHID Af'al, iaitu mengEsakan Allah pada sekalian Af'al-Nya.
Pada peringkat ini cahaya Af'al Allah akan menerangi hati si salik.
Ketika cahaya Af'al Allah menyelubungi hatinya, dia melihat sekalian perbuatan Allah ke atas makhluk-Nya.
Dia (si salik) melihat bagaimana.....
💫Allah Ta'ala mengatur seluruh Alam tanpa sekutu.
💫Dia melihat melalui cahaya hati..... melihat peredaran planet2, bintang, bulan, matahari, langit, awan semuanya digerakkan oleh Allah Ta'ala (pada hakikatnya).
💫Dia melihat haiwan dan tumbuh2an bahkan sekalian makhluk yang melata di bumi mahupun di langit sekaliannya di dalam aturan Allah.
💫Dia melihat diri dia sendiri dan amal semuanya di dalam genggaman Allah. Maka lemahlah dirinya, lalu berkatalah si salik ini....
لا حول ولاقوة إلا بالله
Tiada daya upaya melainkan dengan Allah...
Inilah TAUHID AF'AL, Tauhid yang suci murni yang diperoleh melalui Jalan Ma'rifat yang murni tanpa sedikitpun syirik di dalamnya.
Si salik yang sampai kepada Tingkatan Af'al Allah melihat sekalian perbuatan Allah ke atas dirinya dan sekalian makhluk ciptaan-Nya.
Dia melihat dengan ainul basirah (mata hatinya) setiap ibadahnya sebagai Kurnia Allah Ta'ala dan semata2 Kurnia-Nya tanpa sekutu dengan suatu apa pun.
💫Ketika dia mengangkat takbiratul ihram untuk solat, dia melihat Anugerah Allah kepada untuk melakukan solat!💫Ketika dia ruku', dia melihat anugerah Allah kepadanya untuk ruku' kepada Allah.
💫Ketika sujud dia melihat anugerah Allah kepadanya untuk sujud di hadapan Rabbul Jalil, Tuhan Yang Maha Perkasa Yang Tiada Tuhan Melainkan Dia!
💫Ketika bersedekah tiada yang dilihatnya melainkan Ni'mat Allah pada dirinya untuk bersedekah.
💫Ketika berda'wah, berjihad bahkan segala amal ibadah lain tiada terpaling pandangannya melainkan melihat ia sebagai Ni'mat, Rahmat dan Anugerah Allah untuk menyempurnakannya.
Sebagaimana kata Guru2 Ahli Ma'rifat kita, Inilah dia permulaan TAUHID yang murni tanpa sedikitpun syirk di dalamnya. Dan di sini juga lahirnya permulaan IKHLAS yang murni dan hakiki.
Perhatikan baik2 sekali lagi....!
Pada peringkat ini....
Sucilah hatinya (salikin) daripada sekalian aghyar (selain Allah), bersih hatinya daripada sifat2 keji, dan bebas daripada syirik khafi.
Ketika hamba Allah melihat dirinya tiada daya upaya melakukan sesuatu melainkan Allah dengan Kemurahan-Nya, dan tiada lagi cita2 lain selain Allah ketika melakukan Ibadahnya, maka inilah permulaan ikhlas yang benar, tanpa sedikit pun mempersekutukan Allah di dalam niatnya!
Sebagai suatu perbandingan..... Jika anda melihat sebelum ini, orang2 pada tingkatan awam tidak terlepas daripada mempersekutukan ALLAH di dalam niatnya, sama ada mempersekutukan kerana menuntut syurga atau kerana melihat dirinya mempunyai daya upaya.
Di sini, pada diri orang yang telah disucikan hatinya sehingga terbit Tauhid yang benar...
💫tiada lagi cita2 selain Allah
💫tiada lagi melihat dirinya mempunyai daya upaya melainkan hanya Allah Yang Berkuasa di atas setiap sesuatu.
Dia melihat dirinya tidak mampu untuk berdiri melainkan dengan Anugerah Allah. Ini MAQAM PERMULAAN kesucian hati, kesucian Tauhid dan kemurnian niat yang IKHLAS!
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
SIRI RENCANA PILIHAN : IKHLAS - Siri 2
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan