بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
🍁 (1) Ikhlas pada Tingkatan Tauhid Af'al - sambungan
IKHLAS DAN TAUHID PENGHAYATAN HATI DAN RUH
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Pada saat anda dikurniakan oleh Allah cahaya Tauhid yang murni di dalam hati...
Anda tidak lagi memandang wujud upaya diri anda untuk melakukan ibadah.
Anda lemah daripada mengakui wujud kemampuan diri untuk melakukan Ibadah.
Seluruh jiwa dan perasaan anda karam di dalam melihat anugerah Allah kepada anda untuk melakukan ibadah - untuk melakukan takbiratul irham, ruku' dan sujud!
Lalu anda berkata:
Tiada daya upaya melainkan Allah!
Apabila suasana kesucian ini menyelubungi hati...
💚Anda akan merasai ketenangan di dalam ibadah.
💚Suatu ketenangan yang tidak anda merasai sebelumnya.
💚Maka inilah permulaan ikhlas, tiada lagi penyekutuan di dalam niat mengerjakan amal ibadah....!
وَمَآ أُمِرُوۤاْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ
"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya,"
Ini suatu penegasan penting, jika kalian sudah faham....!
TAUHID dan IKHLAS yang diperoleh melalui mujahadah pada jalan Ma'rifat ini...
🌻bukan suatu angan2,
🌻bukan teori pemikiran aqal,
🌻bukan andaian sangkaan,
🌻bukan juga suatu yang digagahi (dipaksa2) pada anggota,
Tetapi ianya adalah benar2 sebuah PENGHAYATAN HATI dan RUH.
Ini sudah tentu jauh bezanya dengan hamba2 Allah yang masih berpegang kepada TAUHID berdasarkan pemikiran aqal dan keterangan dalil semata2.
Mereka yang hanya beriman berdasarkan pemikiran aqal yang terbatas sentiasa didatangi syak, zonn dan waham.
Mereka juga belum dapat bebaskan diri daripada syirik2 khafi yang menyelubungi hati mereka.
Pada satu2 masa mereka cuba gagahi dengan pemikiran tetapi selalu tewas.
IKHLAS MURNI BERIRINGAN DENGAN TAUHID YANG MURNI
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Dari huraian di atas fahamlah kita wujudnya kaitan rapat antara TAUHID yang murni (yang bebas dari syirik khafi) dengan IKHLAS yang murni, tanpa sesuatu niat lain bersertanya...
✨🕌✨Firman Allah ini....
وَمَآ أُمِرُوۤاْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ
"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya"
Kata Ibnu Abbas mentafsirkan ayat ini.....
" Kalam Allah "mukhlisin" (ikhlas di dalam perintah Allah di atas) adalah " Tauhid yang murni"
Di sini Ibn Abbas telah menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan "ikhlas yang murni, yang hakiki" dan yang dituntut oleh Allah adalah pancaran "Cahaya Tauhid" yang hadir di dalam hati hamba2 Allah yang suci bersih hatinya! Maka benarlah huraian hakikat Ikhlas sepertimana yang diselami dan dikemukakan oleh para Ulama Arifin dengan Tafsiran Ibn Abbas.
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
SIRI RENCANA PILIHAN : IKHLAS - Siri 2
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan