Jumaat, 25 Oktober 2024

IMAM GHAZALI (2)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Persoalannya: 

🌷Adakah keberadaan ilmu yang banyak di dada disebabkan bacaan dan hafalan cukup untuk menjadikan seseorang itu beriman dengan Tauhid yang benar?

🌷Adakah semata2 dengan pengetahuan yang banyak itu mampu menjadikan seseorang itu bersifat zuhud, qanaah, wara', siddiq?

🌷Adakah semata2 dengan bacaan2 dalil mampu menjadikan seseorang khusyu' di dalam solatnya?

🌷Adakah semata2 dengan mentelaah kitab2, seseorang mampu melepaskan dirinya daripada 'ujub dan riya'?


💫Jawapannya ada di dalam kisah Ulama besar ini.....!


Imam Ghazali sangat mengetahui akan kewajipan khusyu' di dalam solat, kerana ianya dijadikan syarat orang beriman oleh Allah Ta'ala. Perhatikan ayat ini....

Firman Allah:

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.           [Al-Mu'minoon (18) : Ayat 1-2]

Beliau juga sangat arif akan bahaya riya' dan ujub, kerana ianya merupakan setengah dari syirik hati / syrik maknawi

Bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik tersembunyi (syirik khafi), riya'. Pada hari Qiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" 
(Imam Ahmad, hadits shahih)

Demikianlah di dalam semua persoalan yang beliau hadapi, beliau lebih mahir pengetahuannya, lebih bijak di dalam hujjahnya. Bahkan beliau sendiri memberi nasihat kepada manusia supaya bersifat dengan sifat2 kepujian dan kemuliaan itu. Ertinya beliau menyampaikan pada manusia suatu ilmu yang beliau sendiri tidak mampu melakukannya.

Bukankah ini suatu dosa yang sangat berat? 

Bukankah ini suatu perbuatan yang akan dipertanggung jawabkan oleh Allah Ta'ala di kemudian hari?

Kesedaran kepada keadaan yang pincang inilah yang menjadikan Imam Ghazali sangat berdukacita dan jatuh sakit sepertimana kisahnya akan datang...

Wallahu A'lam


... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : IMAM GHAZALI - Siri 2

Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 





     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...