Jumaat, 25 Oktober 2024

IMAM GHAZALI (3)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



........sambung: Pertarungan Imam Ghazali dengan nafsu pangkat duniawi, ketinggian kedudukan, kemasyhuran .....

Kata Imam Ghazali:

"Lama juga aku berfikir. Maka timbul keinginan untuk meninggalkan kota Baghdad dengan kesenangannya. namun kemudiaan tidak juga. Hati masih ragu2. Keinginan keras di waktu pagi untuk menuntut kebahagiaan abadi, menjadi lemah di petang hari.....! 

Nafsu duniawi menarik hatiku kepada keduniaan, nama dan pengaruh.

Namun iman berseru : "bersiaplah, umur makin berakhir, sedangkan perjalanan masih jauh lagi. Ilmu dan amal kamu cuma sombong dan pura2 ; jika tidak sekarang, bilakah akan bersiap?"

Kemudian bertambah keras untuk bebaskan diri...

Namun syaitan kembali pula dengan bisikkan : "Ini hanya pemikiran sementara saja, jangan kau tinggalkan kedudukan yang tinggi ini".

Demikianlah aku terumbang-ambing di antara dunia dan akhirat, hampir 6 bulan, iaitu sejak bulan Rajab tahun 488H.

Akhirnya keadaan telah memuncak tidak dapat lagi melakukan tugas mengajar. Untuk menyenangkan para mahasiswa, aku memaksa diri mengajar, namun tidak sepatah kata pun keluar dari mulutku. Hal ini sangat menyedihkan. Nafsu makan pun hilang dan kesihatan merosot.

Akhirnya doktor pun sudah putus asa. Untuk penyakit di dalam hati, tidak lain ubatnya melainkan istirehat, membebaskan hati dati segala yang menanggungnya, kata mereka...!

Dengan segenap jiwaku, hatiku menjerit kepada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Diringkaskan kisah di atas
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

🌷Imam Ghazali terumbang ambing antara kemahuan Iman untuk meninggalkan jawatan dan uzlah di satu pihak  dan  di pihak lain nafsu pangkat dunia mencengkam supaya beliau terus kekal dengan jawatan beliau sebagai Guru Besar yang menjadi rujukan Ulama satu dunia.

🌷Nafsu berkata : Jika engkau tinggalkan kedudukan engkau, tiada siapa pandang engkau lagi.  Kau akan hilang semua pengaruh dan kebesaran engkau.

🌷Iman mendesak :  Jika engkau tak berubah sekarang, engkau dalam bahaya besar....  bahaya terjun ke neraka.

🌷Ada beberapa kali beliau cuba gagah untuk  mengajar murid2nya, tetapi ketika mula sesi pembelajaran, mulut beliau terkunci,  tak dapat berkata sepatah perkataan pun. 

🌷Kesan dari perebutan Iman dan nafsu ini menjadikan beliau jatuh sakit. Doktor yang merawat beliau merumuskan tiada ubat untuk sakit Imam Ghazali ini melainkan satu saja iaitu uzlah meninggalkan segalanya.

🌷Imam Ghazali terlantar sakit  dan tak dapat mengajar selama 6 bulan.

🌷Pertarungan Iman dan nafsu ini menyebabkan Imam Ghazali menjerit mohon pertolongan Allah kerana tidak mampu menanggung kesakitan misteri beliau.

🌷 Akhirnya Tuhan Yang Maha Pemurah menjawab rintihan qalbu Imam Ghazali.

... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : IMAM GHAZALI - Siri 3

Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 





     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...