بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PENJELASAN DAN RENUNGAN:
🌷Imam Ghazali memperoleh mutiara Rahsia yang tidaak terhitung banyaknya hasil dari persulukan beliau mengikut disiplin Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat, yakni ilmu yang beliau tidak memperoleh sebelum beliau memasuki dunia Ma'rifat.
🌷Beliau berkata "tak mungkin dibahas ilmu yang kuperoleh dengan mendalam " iaitu ilmu yang diperoleh sewaktu suluk beliau kerana ianya merupakan hakikat Tauhid dan hakikat Ikhlas yang terpancar dari Cahaya Ketuhanan. Bukan semata2 teori aqal. Tetapi Ianya merupakan Ilmu "zauq" (ilmu pemerasaan hati dan ruh) dan ilmu ladunni (ilmu yang diajar oleh Allah Ta'ala kepada hamba2 pilihannya) dan Ilmu Mukasyafah (ilmu yang terhasil pandangan ruh kepada Zat Tuhan yang Laisa Kamithlihi Syai'un)
🌷Permulaan orang yang mendapat Ilmu Ma'rifat Ilahiyyah adalah ketika pandangan matahatinya melihat fana' perbuatan makhluk (binasa sekalian perbuatan makhluk nisbah kepada perbuatan Allah ta'ala). Pada peringkat ini seseorang hamba Allah yang salik akan memperoleh Tauhid Af'al iaitu Tingkatan Pertama Tauhid pada jalan Ma'rifat Ilahiyyah. Tauhid inilah permulaaan Tauhid yang murni, yang tiada lagi syirik khafi atau mazmumah di dalamnya.
🌷Imam Ghazali memperoleh Tauhid yang murni setelah mujahadah mengikut disiplin Sufi sedangkan sebelumnya beliau bergelumang dengan berbagai syirik khafi dan mazmumah yang tak dapat diengkari.
🌷Imam Ghazali mendapat keyakinan yang pasti bahawa sesiapa yang belum memasuki dunia Ma'rifat, tidak akan memperoleh Hakikat Tauhid, tiada akan mengetahui hakikat Kenabian kecuali sekadar mengenal namanya saja. Namun mereka yang belum memperoleh hakikatnya masih boleh memahaminya dan menerima kebenarannya dengan cara bergaul dengan Ahli Sufi.
🌷Selain daripada mereka..... iaitu selain daripada mereka yang mendapat hakikatnya dan juga mereka yang mengakui kebenaran Ahli Ma'rifat secara lisan ... selain daripada mereka ini semua adalah golongan yang mengikuti hawa nafsu dan tertutup matahati mereka. (sebagaimana Firman Allah di atas tadi)
🌷Akhirnya Imam Ghazali membuat kesimpulan, tiada jalan yang lebih baik untuk memperoleh keredhaan Allah melainkan dengan mengikuti langkah2 Ahli Sufi kerana merekalah yang sebenar2nya mengikuti Rasul di dalam setiap gerak geri dan perlakuan Baginda.
🌷Wasiat dari pengalaman Imam Ghazali ini adalah suatu yang paling berharga bagi kita Ummat Islam. Lebih2 lagi perutusan Imam Ghazali ini adalah suatu peringatan paling penting kepada Ulama fiqh yang semata2 menitikberatkan hukum-hakam syari'at sedangkan Toriqat danTasawwuf diabaikan.
🌷Lihat dan ambil i'tibarlah wahai orang2 alim yang berasa hebat dengan ilmu sedikit yang kalian miliki .... Sedangkan Imam Ghazali yang memiliki ilmu2 Syari'at yang tinggi ; hafal Qur'an, hafal ratusan ribu Hadith Nabi, mahir di dalam ilmu nahwu, sarf, balaghah, mantiq, bayan, sirah dll, masih belum merasai hakikat Iman sehinggalah beliau menjalani Jalan Ma'rifat. Apakah hebat ilmu kalian berbanding dengan Ilmu Ghazali itu?
🌷Mereka yang belum berpeluang memasuki Jalan Ma'rifat Ketuhanan kerana belum bertemu Shaikh Mursyid @ Guru keruhanian yang siddiq, masih berpeluang merasai pada pemikiran "keindahan Ma'rifat" itu dengan cara bersahabat dengan orang2 yang pernah berdamping dengan Ahli Ma'rifat atau dengan cara mentelaah kitab2 Karangan Ahli Ma'rifat yang terkenal di kalangan Ahlus Sunnah seperti Imam Hasan Al Basri, Imam Sufyan Ath-Thawri, Imam Junaid Al Baghdadi, Imam Jilani, Imam Sazili, Imam Ibn Atho Illah, Imam Sayuthi, Imam Qastolani, Imam Qushairi, Imam Haithami dan ramai lagi Auliya Allah yang memperoleh kemuliaan tinggi di sisi Allah Ta'ala. Moga ALLAH Ta'ala meredhai mereka sekaliannya.
Semoga Allah Ta'ala kurniakan kita ilmu sepertimana yang dianugerahkan kepada kekasih2-Nya.
Wallahu A'lam
SUMBER:
SIRI RENCANA PILIHAN : IMAM GHAZALI - Siri 7
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan