بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
Pengajaran Penting:
Beberapa pengajaran penting untuk direnungkan pada Tazkirah kali ini:
🌺(1) Iman dan Islam adalah dua hal keadaan diri manusia yang jauh bezanya antara langit dan bumi. Seseorang yang beriman dia sudah termasuk Islam, tetapi orang yang Islam pada lisan sahaja belum masuk dalam golongan beriman, walaupun dia mengerjakan solat, puasa dll.
🌺(2) Orang yang beriman mempunyai tingkatan2 tersendiri. Tidaklah semuanya satu peringkat tetapi berbagai2 Darjat dan Tingkatan. Orang yang benar2 beriman dipanggil Mu'min sejati.
🌺(3) Orang Islam yang dilahirkan Islam tetapi tidak mempelajari selok-belok Islam, tidak mempelajari Hal Ketuhanan, Kerasulan dan segala yang Ghaib yang Allah ciptakan dan tidak berusaha sungguh2 mencapai Keimanan dengan panduan2 yang telah ditunjukki oleh Masyaikh Ahlus Sunnah maka dia akan kekal sebagai Muslim sahaja dan bukan orang beriman.
💚Apabila seseorang itu beriman dengan IMAN yang sebenarnya, maka dia telah memperoleh segalanya. Sebaliknya jika dia kehilangan IMAN, maka dia telah kehilangan segalanya.
Wallahu A'lam
SETIAP IMAN ADALAH ISLAM TETAPI ISLAM BELUM TENTU IMAN
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan