Isnin, 2 Disember 2024

Perumpamaan Cahaya Allah

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



🕌Firman Allah :

 

۞ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشْكَوٰةٍۢ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ ٱلْمِصْبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ ۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌۭ دُرِّىٌّۭ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍۢ مُّبَـٰرَكَةٍۢ زَيْتُونَةٍۢ لَّا شَرْقِيَّةٍۢ وَلَا غَرْبِيَّةٍۢ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِىٓءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌۭ ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍۢ ۗ يَهْدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَـٰلَ لِلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌۭ ٣٥

[An Nur  (24) : Ayat 35]


Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (iaitu) pohon zaitun yang tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. 

Perumpamaan cahaya Allah ini telahpun disyarahkan oleh Yang Dimuliakan Tuan Guru semasa kuliah pengajian berpandukan terjemahan kitab Sirrul Asrar oleh As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.  

Alhamdulillah, Kesyukuran kepada Allah yang tidak terhingga... untuk sekian lamanya...akhirnya dapat mengetahui maksud yang tersirat di sebalik ayat-ayat berkenaan. ( dalam proses memahaminya lagi - hubungkait Cahaya - Iman - Tauhid ; dengan pimpinan Tuan Guru )

(Tuan Guru mengingatkan kepada kami untuk merujuk Tafsir Al Quran yang dihasilkan oleh Imam ahli makrifat juga. Alhamdulillah, saya telah memiliki Tafsir Ibnu 'Abbas - 3 jilid semuanya yang mudah untuk difahami dengan pimpinan Tuan Guru. )

Ringkasan maksud dan penjelasan di dalam ayat:

Maksud Misykat ialah HATI seorang mukmin

Maksud Al-Misbahu adalah bermaksud Rahsia tinggi yang terbit dari hati yang amat suci iaitu Ruh Sultoni.

Maksud Az-zujajatu ialah Mata Hati - bersifat gemerlapan kerana kekuatan cahaya yang luar biasa; terbit selepas zikir bersunguh-sungguh

Pelita/Lampu (sirrul fu'ad) ialah RAHSIA Mata Hati

Lisan Al Qudsi adalah Kalam Allah. Qalam Allah masuk  ke dalam HATI tanpa perantaraan. Qalam Allah tanpa suara dan juga tanpa bahasa.

Cahaya Ketuhanan  adalah di dalam HATI/QALBUN

Cahaya Keimanan = Cahaya Ketuhanan

( Sirrul Asrar oleh As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ) 


🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂



Tafsir Ibnu 'Abbas:

ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi maknanya:

Allah pemberi pemberi hidayah (petunjuk) kepada para penghuni langit dan bumi. 

Petunjuk dari Allah itu memiliki 2 aspek; menjelaskan dan memperkenalkan ajaran ilahi.

Satu riwayat menafsirkan: Allah yang menghiasi langit dengan bintang-bintang dan bumi dengan tumbuh-tumbuhan dan air. 


... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


SUMBER:

TAFSIR IBNU 'ABBAS - JILID 2
SIRRUL ASRAR OLEH AS-SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI 
NOTA KULIAH PENGAJIAN 






    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...