بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
Iblis mempunyai 1000 helah dan 1000 tipu daya dan 1000 macam cara menyerang manusia sama ada membisikkan kejahatan mahupun serangan kepada ruh dan tubuh badannya.
Setiap manusia akan diserang oleh kuncu-kuncu iblis dengan cara berlainan dan pendekatan yang berbeza-beza.
Cara seragan iblis terhadap orang alim berbeza dengan cara dia menyerang orang jahil.
Cara serangan terhadap ahli
ibadah jauh berbeza dengan orang yang bergelumang di dalam ma’siat.
Dengan demikian penjagaan kepada sekalian anggota zahir dan batin (hati) dari serangan dan pencerobohan tentera-tentera iblis adalah perlu agar terhindar dari berbagai penyakit batin (hati) dan penyakit zahir (tubuh) yang akhirnya membawa kepada kebinasaan Iman.
Persoalannya... !
💥Bagaimanakah cara mengetahui serangan dan pencerobohan iblis dan
kuncu-kuncunya?
💥Bagaimanakah cara seseorang tahu bahawa iblis sedang menghasutnya?
💥Bagaimanakah cara seseorang dapat sedar akan tipu daya iblis yang
sedang mengheretnya kepada kebatilan?
💥Bagaimanakah seseorang beriman dapat mengetahui saatnya dia sedang
dipergunakan oleh iblis?
💥Bagaimanakah seorang muallim, ustaz, Imam solat, Huffaz dapat
menyedari bahawa mereka sedang dipimpin oleh jinn syaitan ke gerbang iblis?
Jawapannya:
Mereka semua tidak mempunyai pengetahuan tentangnya kerana makhluq yang sedang menyerang mereka adalah makhluq yang tersembunyi dari pandangan zahir.
Mereka tidak tahu bila jinn syaitan datang dan bila jinn syaitan meninggalkan mereka.
Mereka tidak tahu apakah racun yang telah dimasukkan ke dalam hati mereka.
Mereka tidak tahu apakah najis-najis syaitan yang telah disemburkan ke dalam
tubuh mereka.
Jika demikian siapakah yang benar-benar mengetahuinya? Dan bagaimanakah cara membentengi dirinya dari serangan iblis ini?
Jawapannya:
☘️Rahsia dan jawapan kepada semua persoalan ini ada pada Pewaris Nabi yang Siddiq, iaitu Mursyid yang Siddiq yang diberi Kurnia oleh Allah mengetahui serangan-serangan iblis dan kuncu-kuncunya.
☘️Dengan berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, seorang Muslim
akan mendapat pimpinan dan penjagaan serta terpelihara dari bisikan dan godaan
jinn syaitan.
☘️Allah Ta'ala Anugerahkan kepada Pewaris Nabi yang Siddiq (Mursyid yang Siddiq) pengetahuan darihal cara-cara iblis menipu daya manusia.
☘️Allah Ta'ala bukakan pandangan batin mereka sehingga mereka mengetahui langkah-langkah iblis dan kuncu-kuncunya menceroboh ke dalam hati manusia atau menyebarkan kuman-kuman penyakit ke dalam tubuh manusia.
☘️Allah Ta'ala Kurniakan mereka perisai dan senjata melawan iblis dan kuncu-kuncunya. Sebahagian dalil yang menunjukkan Anugerah ini kepada hamba-hamba pilihan-Nya adalah:
✨🕌✨Firman Allah :
"....dan Kami telah mengajarnya
sejenis ilmu; dari sisi Kami. (Ilmu dari Allah, Ilmu Mukasyafah)"
[Al-Kahfi (18 ) : Ayat 65]
✨🕌✨Sabda Nabi ﷺ:
“Takutilah firasat orang Mu'min kerana
mereka melihat dari cahaya Allah.”
[Imam Tirmizi]
Semua Anugerah Allah ini BUKAN datang
percuma melainkan setelah mereka menempuh perjalananan dan mujahadah yang
panjang, menundukkan nafsu-nafsu kejahatan di dalam diri, bebaskan diri dari belenggu hawa nafsu dan
dunia, sehingga hati mereka bersinar
dengan cahaya Ketuhanan... semua ini
dengan bimbingan dan asuhan Guru mereka yang juga Arif mengenal Allah (Mursyid
yang Siddiq) yang sampai Silsilahnya kepada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
MENGAPA ORANG ALIM, HAFIZ QURAN, IMAM SOLAT TERKENA GANGGUAN JINN & SYAITAN
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan