Ahad, 15 Disember 2024

BENTENG DIRI (1)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Apakah perlu membenteng diri dari serangan iblis dan kuncu-kuncunya?


Jika kamu bertanya, adakah seseorang Islam perlu membentengi dirinya dari godaan dan gangguan jinn syaitan?  

Maka jawapannya: “Wajib atas setiap orang beriman membentengi diri dari sekalian gangguan dan bisikan jinn syaitan.”

Benteng diri dari gangguan jinn syaitan bermaksud:

Memelihara HATI dan JASAD dari diganggu-gugat oleh tentera iblis.  

Kamu wajib memelihara Hati kamu dari bisikan jinn syaitan.  

Demikian juga wajib atas kamu memelihara jasad dari serangan makhluq-makhluq jahat ini.  

Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata (benar-benar musuh) bagi manusia,  maka sekalian syaitan ini wajib diperangi dan tipu dayanya dihapuskan.

 

Firman Allah:

 

 إِنَّ الشَّيْطَـنَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً

“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,  maka jadikanlah ia musuh kamu…”

[Al- Faatir (35) : Ayat 6]

 

Persoalannya...

Apakah maksud "kamu mesti jadikan syaitan musuh kamu" ?

Bagaimanakah sepatutnya orang Islam jadikan syaitan sebagai musuh?

Bagaimanakah cara memerangi jinn syaitan yang tidak kelihatan ini?

Sebagaimana kami bentangkan sebelum ini, setiap orang Islam tidak terlepas dari gangguan jinn syaitan. 

Walaupun dia seorang yang rajin beribadat, 

walaupun dia Imam solat, 

walaupun dia seorang muallim yang mengajar Agama, 

walaupun dia seorang Hafiz Qur'an, 

walaupun dia Huffaz Hadith, 

walaupun dia alim di dalam fiqh dan usuluddin, 

walaupun dia ahli pidato yang mampu mengalahkan segala hujjah orang lain...  

Mereka sekaliannya tidak terlepas dari tipu muslihat, serangan dan gangguan iblis dan kuncu-kuncunya.


... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ



SUMBER:

MENGAPA ORANG ALIM, HAFIZ QURAN, IMAM SOLAT TERKENA GANGGUAN JINN & SYAITAN

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 


 

 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...