Selasa, 17 Disember 2024

RAWATAN & PENAWAR (1) - PENGALAMAN PERIBADI

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Cara-cara Mursyid yang Siddiq membimbing murid kepada Allah

 

Berikut adalah ringkasan berkenaan cara-cara seorang Mursyid mendidik dan membimbing seseorang murid pada jalan Ma’rifat, iaitu sebenar-benar Jalan Allah, Jalan Rasulullah  sehingga dia itu terhindar dari gangguan jinn syaitan dan iblis:

 (1) Menyuruh murid membersihkan diri dengan mandi taubat, solat taubat dan Istighfar.

(2) Melaksanakan Bai'at (janji setia untuk mempertahankan Iman di dalam diri) — mencontohi Bai'at yang dilaksanakan oleh Junjungan Besar Rasulullah kepada para Sahabat Ridhwanullah.

(3) Melatihnya mengerjakan Zikrullah, Solawat, Istighfar serta wirid-wirid lain secara khusus dengan beberapa kaifiyyat, adab dan peraturan tertentu menurut Disiplin Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah.

(4) Melatihnya mujahadah melawan hembusan nafsu-nafsu jahat kejahatan di dalam diri.

(5) Melatihnya mujahadah melawan bisikan-bisikan iblis dan kuncu-kuncunya.

(6) Melatihnya mematuhi sekalian hukum Syari'at dan adab-adab Toriqat.

(7) Melatihnya menahan diri beberapa waktu di dalam  Khilwah, Suluk (uzlah) mencontohi Khilwah Nabi di Gua Hira'.

(8) Berikan penawar kepada murid yang  terkena gangguan jinn dan syaitan sehingga  bersih dari racun dan najis-najis syaitan di dalam tubuhnya.

(9) Menghalang serangan-serangan syaitan yang cuba mengganggu-nya.

(10) Membekalkan murid dengan "perisai" dan "senjata" untuk melawan segala gangguan jinn syaitan sehingga semuanya lumpuh.


Alhamdulillah... Saya telah melalui pengalaman menerima Rawatan & Penawar daripada Yang Dimuliakan Tuan Guru. Pada awalnya, saya berbai'ah untuk dapatkan pimpinan bagaimana untuk Istiqamah di dalam Syari'at dan meneroka Toriqat yang suci; tetapi dengan Izin dan limpahan Nikmat serta Rahmat Allah... saya memperoleh seluruhnya di dalam kehidupan yang TIDAK pernah terfikir oleh akal fikiran. 

💧Beruntungnya...walaupun ada kesukaran dan kesulitan, dugaan dan cabaran tetapi sentiasa di dalam PIMPINAN GURU

💧Guru tunjuk ajar untuk Ubudiyyah; Doanya dan Nasihatnya yang tak pernah putus

💧Rawatan dan penawar untuk kesejahteraan jasmani dan rohani; mendapat kesembuhan dengan izin dan Rahmat Allah (setelah mengidap beberapa penyakit dalam tempoh yang lama)

💧Hal keadaan itu semua  amat menginsafkan... 

Hakikatnya... kita memang tidak boleh berjalan bersendirian untuk mengenal dan menuju kepada Allah. 


Rasulullah  bersabda:

“Sesungguhnya serigala hanya akan menerkam domba yang sendirian.”

[Imam Abu Dawud]


Fatwa Imam Ghazali رضي الله عنه :

 “Bergabung dengan kalangan Sufi (Mursyid Pewaris Nabi) adalah fardhu ‘ain. Sebab tidak seorang pun terbebas dari ‘aib atau kesalahan kecuali para Nabi.” 

[Khulasah At-Tasannif fi-Tasawwuf]


Alhamdulillah, Syukur sebanyak-banyaknya kepada Allah.

Moga sekalian pembaca yang budiman diberikan petunjuk oleh Allah. Istiqamah dan Mujahadah kepada yang telah mendapat petunjuk sehingga ke akhir nafas....Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin....





... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ



SUMBER:

MENGAPA ORANG ALIM, HAFIZ QURAN, IMAM SOLAT TERKENA GANGGUAN JINN & SYAITAN

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 


 

 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...