Ahad, 15 Disember 2024

IBLIS - Sebarkan Kuman Penyakit

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Sebarkan Kuman Penyakit dan Lumpuhkan Ibadah Orang Alim, Hafiz Qur'an, Imam Solat dan lain-lain


Ini adalah langkah terakhir iblis dalam usaha dia menghalang manusia daripada jalan Allah.

 

Jika iblis gagal menyeru seseorang kepada kekafiran, kemudian kesesatan, kemudian kefasikan — ketika iblis gagal di dalam tiga langkah awal ini, maka langkah akhir iblis adalah memasuki, menyerap ke dalam tubuh manusia lalu mendatangkan berbagai gangguan kepada sistem biologi tubuhnya.

 

Berikut adalah ringkasan berkenaan cara dan jalan-jalan iblis menggerakkan tenteranya bagi melaksanakan kerja jahat memasuki tubuh manusia untuk mendatangkan berbagai penyakit dan kemudaratan lainnya.

(Peringatan Penting : Sesungguhnya semua ini dengan Izin Allah jua,  iblis dan kuncu-kuncunya tiada kuasa sedikit pun untuk mendatangkan kemudaratan).

 

Pertama: Meludah dan kencing pada badannya dan juga ke dalam ruang-ruang terbuka seperti hidung, telinga dan mulut.

Hasilnya terjadi berbagai penyakit pada kulit tubuh, mata, mulut, telinga dan hidung.  Terjadi gatal-gatal di dalam mata, telinga dan hidung.   Kulit kering, merekah atau timbul lebam-lebam berwarna merah, biru atau hitam.  Jika kuman yang disebarkan itu banyak dan kuat, maka boleh terjadi barah (cancer) atau Psoriasis atau Eczema atau penyakit kulit lain yang kronik.

 

Kedua: Memasuki tubuh melalui pernafasan dan ganggu sistem pernafasan dan paru-paru. 

Hasilnya adalah sering sesak nafas terutama waktu malam.  Akibat yang lebih buruk adalah terjadi lelah dan asthma.

 

Ketiga: Meresap ke dalam Ruh Idhafi  (iaitu Ruh yang memesrakan hayat pada seluruh tubuh) dan merasuknya. 

Orang yang kena rasuk dengan syaitan ini akan hilang kawalan, jadi histeria, menjerit-jerit, memekik-mekik dengan kuat.  Suara dan mukanya berubah dan menakutkan bagi orang yang melihatnya.  Tangan dan kakinya menjadi keras dan kuat melebihi kekuatan manusia biasa. 

 

Keempat:  Memasuki    jantung    dan   mengganggu   proses jantung mengepam darah.

Hasilnya adalah komplikasi di dalam jantung yang menyebabkan aliran darah tidak normal dan tersangkut-sangkut.  Ini membawa kepada kebas-kebas kaki dan tangan.   Dada berdebar-debar tidak menentu, melebihi kadar nadi yang normal atau terjadi sesak nafas.

 

Kelima:  Memasuki sel-sel otak dan mengganggu sistem saraf otak.

Hasilnya adalah berbagai penyakit mental seperti Depression, Skizofernia, Bipolar Disoder, barah otak, Alzheimer, Dimentia dan Pakinson juga sebahagiannya berpunca dari otak yang mengecut hasil aktiviti jinn syaitan.

 

Keenam:  Memasuki tulang belakang dan belikat dan menganggu saraf tulang belakang yang menyambung ke otak.

Hasilnya adalah penyakit Sclerosis yang akibatkan kabur penglihatan, hilang selera makan, tubuh menjadi lemah dan kesakitan yang amat kuat di dalam kepala.

 

Ketujuh: Memasuki perut dan usus dan membiak di dalamnya.

Hasilnya adalah sakit perut berpanjangan,  menyucuk-nyucuk di dalam perut seakan-akan penyakit gastrik dan berbagai penyakit usus.

 

Kelapan:  Memasuki faraj wanita dan membiak di dalamnya.

Keadaan ini lazim terjadi ketika wanita itu haid.  Pembiakan kuman-kuman di dalam faraj membawa kepada terbentuknya cyst, polyst dan fibroid.  Di samping itu, wanita yang terkena gangguan ini akan terkena penyakit lain seperti senggugut dan istihadhah (darah penyakit yang terus mengalir) dan kanser rahim.  Semua ini berpunca dari aktiviti jinn syaitan di dalam faraj wanita itu.

 

Kesembilan: Meresap ke dalam darah dan  mengubah struktur sel darah. 

Jinn syaitan yang memasuki badan manusia melakukan mutasi, mengubah struktur DNA sehingga mirip kepada DNA jinn syaitan, mengubah bentuk dan kelakuan sel sehingga terjadi pembiakan sel tidak menentu atau berbagai komplikasi sel.  Kesannya terjadi berbagai penyakit kronik yang tidak mampu dicari puncanya seperti Thalasemmia, Anemia, Lukemia, dan kanser darah.

Doktor moden akan mengatakan “hilang darah”, sedangkan yang sebenarnya darah manusia ini diserap oleh jinn syaitan atau menukar sistem sel darah sehingga berubah menjadi sel yang tidak dikenali. 

Punca sebahagian dari penyakit-penyakit yang tersebut di atas boleh juga terjadi akibat dari kesan alam seperti cuaca dan ruang udara yang tidak sihat.  Faktor lain pula seperti tabiat diri, cara pemakanan tidak sihat, tiada senaman dan lain-lain.  Namun kebanyakan penyakit tersebut di atas adalah terjadi akibat dari gangguan jinn syaitan di dalam tubuh manusia.  Hal ini  menjadi kebingungan bagi kebanyakan manusia termasuk pakar-pakar kesihatan moden.

 

Doktor-doktor pakar tidak mampu mengesan punca penyakit-penyakit kronik ini. Semua alat pengimbas elektronik yang termaju seperti X-Ray, CT scan, MRI juga gagal mengesan apa-apa aktiviti asing (abnormal) di dalam tubuh pesakit.  Doktor akan mengatakan organ-organ kamu berfungsi dengan normal dan baik.

 

Mengapakah pakar-pakar kesihatan dan alat elekronik tidak mampu mengesan punca penyakit ini dan tidak dapat memberikan rawatan sesuai dengan penyakit tersebut?   Jawapannya :  Jinn syaitan terlindung dari pandangan zahir manusia.  Tiada manusia mampu melihatnya (kecuali Ahli Ma'rifat yang dibukakan mata hatinya oleh Allah Ta'ala), maka segala aktiviti jinn syaitan juga tidak dapat dikesan oleh pancaindera zahir termasuk alat elektronik yang pintar sekalipun.

 

Mereka yang pertama kali mendengar penjelasan ini akan kebinggungan dan mungkin juga tidak percaya wujudnya gangguan jinn syaitan di dalam tubuh dan darah mereka sehingga terjadi berbagai penyakit kronik.  Ini yang terjadi juga kepada orang alim, ahli ibadah, hafiz Qur’an dan lain-lain.

 

 ... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ



SUMBER:

MENGAPA ORANG ALIM, HAFIZ QURAN, IMAM SOLAT TERKENA GANGGUAN JINN & SYAITAN

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 


 

 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...