بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
Iblis Menarik Kepada Kefasiqan
Apabila Iblis telah gagal dalam usaha dia menarik manusia kepada kekafiran atau kesesatan (72 Golongan sesat atau 11 golongan sesat keruhanian), dia akan berusaha pula menarik kepada kefasiqan.
Kefasiqan lebih umum dari kekafiran atau kesesatan. Setiap orang kafir atau sesat adalah orang fasiq, tetapi orang yang fasiq tidak semestinya kafir atau sesat.
Di dalam bahasa yang lebih mudah, orang yang fasiq masih tergolong ke dalam golongan beriman selama dia masih berpegang kepada Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar (tulen), tetapi Iman golongan fasiq ini tersangat nipis akibat kekufuran dan keingkaran mereka, bila-bila masa sahaja boleh terjatuh kepada golongan sesat. Wal Iyazubillah.
Definisi Fasiq:
Dari segi Bahasa:
Fasiq berasal dari kata ( فَسَقَ) "fasaqa" bererti keluar dari sesuatu, menyimpang dari jalan lurus, keluar dari keta'atan, ingkar sumpah, melanggar peraturan, ma'siat, penderhakaan.
Dari segi Istilah:
Fasiq adalah keluar dari keta'atan kepada Allah, lupa ikrar janji setia kepada Allah, ingkar kepada Perintah Allah, kufur Ni'mat, melawan hukum-hakam Allah akibat terikut nafsu dan bisikan iblis.
Menurut Ahli Ma’rifat seseorang dikatakan Fasiq apabila dia melakukan dosa besar walaupun sekali atau dia kekalkan dosa kecil tanpa melakukan Taubat Nasuha. Jika dia melakukan dosa besar berterusan tanpa Taubat Nasuha, maka ini lebih berat kerana hatinya akan gelap, kelam dan tertutup. Wal Iyazubillah.
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
MENGAPA ORANG ALIM, HAFIZ QURAN, IMAM SOLAT TERKENA GANGGUAN JINN & SYAITAN
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan