Jumaat, 13 Disember 2024

MAKHLUK - SYAITAN

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

SYAITAN


Ta’rif Syaitan:

Syaitan (شَيْطَانٌ) dalam bahasa Arab diambil dari kata (شَطَنَ) yang berarti jauh.

 

Dengan itu Syaitan adalah bermaksud “makhluk yang jauh dari kebenaran, jauh dari Allah dan mempunyai perangai yang jahat menjauhkan manusia dari kebenaran”. 

 

Beberapa Fakta Penting berkenaan Syaitan:


(1) Syaitan adalah anak cucu iblis, bermakna juga dari golongan jinn.

 

(2) Kejadian dan sifat biologinya sama seperti jinn.

 

(3) Kerja syaitan tiada lain melainkan membisikkan kesesatan serta memimpin manusia kepada kefasikan, kesesatan dan kekafiran. 

 

(4) Syaitan terdiri dari berbagai tingkatan dan pangkat. (seperti tentera manusia, dari pangkat prebet sampai general).

Ertinya syaitan itu bukan satu macam.  Tetapi terdiri dari berbagai tingkatan kekuatan dan kejahatan ; bermula dari yang mempunyai kekuatan biasa kepada syaitan paling keras dan jahat.

 

(5) Syaitan pangkat rendah ditugaskan goda manusia-manusia yang fasiq dan kafir.  Syaitan pangkat tinggi ditugaskan goda orang alim dan ahli ibadah.   Apabila seekor syaitan gagal sesatkan seseorang, maka syaitan pangkat lebih tinggi akan dihantar untuk menyesatkan-nya.

 

(6) Secara umum, semua jenis jinn dan manusia yang sangat jahat, keras kefasikannya dan kezalimannya juga dipanggil syaitan.

 

(7) Semua syaitan keturunan iblis dipanjangkan umur sampai Qiamat dan kelak akan dicampak ke Neraka bersama iblis.

 

 

 ... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ




SUMBER:

MENGAPA ORANG ALIM, HAFIZ QURAN, IMAM SOLAT TERKENA GANGGUAN JINN & SYAITAN

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 

NOTA KULIAH SUBUH SULUK

 

 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...