بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
Berikut adalah beberapa contoh bagaimana iblis menggoda orang Islam, orang yang rajin mengerjakan tahajjud, rajin puasa, banyak sedekah, Hafiz Qur'an dan terkenal sebagai ahli ibadah berubah menjadi manusia kufur dan fasiq.
Contoh 1: Kisah Qabil membunuh Habil.
Inilah kisah pembunuhan pertama di atas muka bumi (di kalangan manusia).
Qabil tak puas hati kerana menerima perintah Allah supaya dia berkahwin dengan Lubuda (saudara kembar Habil), sementara Habil dikahwinkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil).
Iblis meniup kebencian di dalam hati Qabil dan mendorongnya melakukan pembunuhan terhadap Habil, saudaranya sendiri.
Iblis mengetahui kelemahan manusia yang gemar pada kemewahan dunia dan wanita, maka dia menggunakan segala peluang meniupkan kedengkian, permusuhan, pergaduhan dan akhirnya bunuh berbunuhan semata-mata dunia yang hina..!
Contoh 2: Kisah Pembunuhan Sayyidina Uthman Radhiallahu Anhu.
Pembentontak (yang beragama Islam) menyerang dan membunuh Sayyidina Uthman, Sahabat akrab Rasulullah ﷺ yang dijamin Syurga oleh Allah dan Rasul-Nya. Iblis menanam permusuhan dan syak wasangka ke dalam hati pemberontak ini sehingga mereka tergamak melakukan perbuatan terkutuk ini. Meskipun mereka juga mengucap Kalimah Syahadah, mengakui Allah sebagai Tuhan mereka dan Sayyidina Muhammad ﷺ sebagai Nabi mereka, namun mereka tewas kepada bisikan iblis yang menguasai hati mereka...! Wal Iyazubillah.
Contoh 3: Hafiz Qur'an membunuh Sayyidina 'Ali Radhiallahu Anhu.
Namanya Abdur-Rahman Ibnu Muljam, seorang Islam yang Hafiz Qur'an, ahli ibadah dan rajin puasa. Akibat bisikan iblis, dia menjadi manusia kejam dan amat keji sehingga sanggup membunuh Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah.
Sudah tentu ramai tertanya-tanya bagaimanakah seorang yang Hafal Qur'an, rajin beribadah, sentiasa basah lidah dengan ayat Qur'an sanggup melakukan pekerjaan terkutuk itu? Lebih-lebih lagi orang yang dia bunuh adalah insan pilihan Allah yang amat istimewa. Apakah yang mendorong Ibnu Muljam melakukan pembunuhan terhadap seorang Kekasih Allah?
Memang benar Ibn Muljam adalah seorang Hafiz Qur'an, menjadi Guru Qur'an di zaman Sayyidina Umar Radhiallahu Anhu, terkenal sebagai ahli ibadah, namun dia menganut fahaman Khawarij (sekarang ini dinamakan Wahhabiyyah, ISIS, kaum muda, Kaum Najdiyyah dan nama-nama lain). Ibnu Muljam sepertimana kawan-kawannya menganggap diri mereka yang benar dan golongan lain kafir. Mereka mentafsirkan ayat Qur'an mengikut nafsu dan fikiran sendiri yang dibisik oleh iblis La'natullah.
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
MENGAPA ORANG ALIM, HAFIZ QURAN, IMAM SOLAT TERKENA GANGGUAN JINN & SYAITAN
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan