Jumaat, 13 Disember 2024

MAKHLUK - IBLIS

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

IBLIS

 

Ta’rif Iblis:

Iblis  (  إِبۡلِيسَ ) adalah dari perkataan al-iblaas yang bermakna “putus“  iaitu putus asa dari Rahmat Allah.

 

Maka dikatakan iblis kerana dia telah berputus asa dari Rahmat Allah sejak Allah Ta’ala melaknat dan mengusir dia dari Syurga akibat penderhakaannya. 

 

Beberapa fakta penting berkenaan Iblis:

 

(1) Iblis adalah bangsa jinn.  Dengan demikian bentuk kejadian dan sifat-sifat biologinya sama seperti segala jinn. 

 

(2) Nama asalnya Azazil (bahasa Ibrani) atau Haris (bahasa Arab).  Ini nama dia ketika dia beribadah bersama Malaikat di Syurga.  Sebaik sahaja dia ingkar perintah Allah dengan penuh takabbur, maka dia digelar Iblis, iaitu yang berputus asa dari Rahmat Allah.  Dia di-La'nat oleh Allah dan dicampak keluar dari Syurga.  Iblis dan seluruh keturunannya adalah kafir semuanya dan akan dimasukkan ke dalam Neraka tanpa hisab.

 

(3) Kerja iblis tiada lain melainkan membisikkan kesesatan kepada manusia.  Dia sentiasa berusaha menjadikan manusia ingkar kepada Allah Ta'ala. 

 

(4) Tentera iblis terdiri dari tiga golongan: 

Pertama  :  Syaitan — anak cucu keturunannya sendiri.

Kedua     :  Bangsa jinn yang kafir, fasiq dan sesat

Ketiga     :  Bangsa manusia yang kafir, fasiq dan sesat

 

(5) Iblis dipanjangkan umurnya sampai Qiamat.  Pada hari Qiamat iblis dan anak cucu keturunannya akan dicampak terus ke dalam Neraka.  Tiada hisab bagi iblis dan anak cucunya.



... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ




SUMBER:

MENGAPA ORANG ALIM, HAFIZ QURAN, IMAM SOLAT TERKENA GANGGUAN JINN & SYAITAN

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 

NOTA KULIAH SUBUH SULUK

 

 

  Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...