بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
sambungan....
Firman Allah:
سُوۡرَةُ النُّور
۞ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشْكَوٰةٍۢ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ ٱلْمِصْبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ ۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌۭ دُرِّىٌّۭ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍۢ مُّبَـٰرَكَةٍۢ زَيْتُونَةٍۢ لَّا شَرْقِيَّةٍۢ وَلَا غَرْبِيَّةٍۢ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِىٓءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌۭ ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍۢ ۗ يَهْدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَـٰلَ لِلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌۭ ٣٥
[An Nur (24) : Ayat 35]
Di dalam kuliah pengajian , Yang Dimuliakan Tuan Guru berulang kali menegaskan bahawa :
"Cahaya Ketuhanan" tidak sama seperti "cahaya" yang terlihat di dunia, tetapi "Cahaya-Nya" adalah Laisa-Kamithlihi Syai'un yang tiada umpama sepertinya. Tiada kata-kata yang mampu huraikannya. Tiada tulisan mampu menggambarkannya. Ia semata-mata sebuah penglihatan mata hati dan mata rahsia yang disaksikan secara maknawiyyah oleh Salikin yang menuju Allah.
Cahaya Ketuhanan dikatakan sebagai "Petunjuk Allah" dan "Cahaya yang menerangi" ke dalam hati orang beriman. Lebih tinggi lagi ianya bermaksud Sirriyah — Rahsia Ketuhanan yang bersemi di dalam ruh orang beriman. Semua ini gambaran kedudukan seseorang yang beriman — berbeza-beza dan bertingkat-tingkat keimanannya dan kedudukannya di sisi Allah.
Firman Allah di atas merupakan ayat Mutasyabihat, yang hanya difahami dengan tepat oleh Ahli Ma'rifat. Orang awam atau cerdik pandai Agama yang awam tidak mampu memahaminya, maka dilarang keras mentafsirnya dengan pemikiran sendiri. Di sini kita tidak akan bincang mendalam, melainkan hanya sekadar mengambil manfaat berhubung dengan Cahaya Ilahi yang terpancar di dalam HATI orang BERIMAN.
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
IMAN - PELITA YANG BERSINAR DALAM HATI ORANG BERIMAN
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan