بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
sambungan....
Amal Ibadah Untuk Membenteng Diri Dari Serangan Jinn Syaitan Kepada Tubuh Badan Dan Sistem Biologi.
🌷Pertama: Penjagaan ketika hubungan.
Penjagaan pertama bagi manusia daripada gangguan jinn syaitan adalah ketika hendak "bermulanya kehidupan baru bagi insan" iaitu ketika akan terjadi pertemuan antara benih kedua ibu bapa. Maka Rasulullah ﷺ memerintahkan agar pertemuan itu dipelihara daripada gangguan jinn syaitan dengan doa mohon pertolongan Allah Ta'ala.
Rasulullah ﷺ bersabda:
لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَتَى أَهْلَهُ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا. فَقُضِيَ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ، لَمْ يَضُرَّهُ ".
"Jika seorang dari kamu mendatangi ahlinya (mendatangi isterinya untuk jimak), maka bacalah :
اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
(Dengan Nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan. Dan jauhkanlah syaitan dari barang yang Engkau Kurniakan rezeki kepada kami.) Maka jika Allah Ta'ala Kurniakan bagi keduanya anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya."
[Imam Bukhari]
🌷Ke-2: Penjagaan ketika di dalam kandungan.
Baca ayat pendinding dan pelindung dari gangguan jinn syaitan yang thabit dari berbagai Hadith Rasulullah ﷺ .
(1) Suratul Fatihah 1x
(2) Suratul Ikhlas 3x
(3) Surah Al Falaq 1x
(4) Surah An-Nas 1x
(5) Ayat Kursi 7x
Setelah dibaca tiup pada kedua tangan dan sapu pada perut isteri.
🌷Ke-3: Penjagaan semasa anak dilahirkan.
Pastikan kalimat yang pertama yang bayi itu dengar adalah Kalimah Tauhid. Mudah-mudahan menjadi anak yang beriman, soleh dan Taqwa.
(1) Azan di telinga kanan
(2) Iqamah di telinga kiri
kemudian baca ....
(1) Suratul Fatihah 1x
(2) Suratul Ikhlas 3x
(3) Surah Al Falaq 1x
(4) Surah An-Nas 1x
(5) Ayat Kursi 7x
(6) Baca doa perlindungan dari gangguan jinn syaitan, binatang bisa dan dari penyakit Al-'Ain....
" أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ "
(baca sebanyak 3x )
Setelah selesai baca semua atas, tiuplah pada ubun-ubun anak dan kemudian tiup ke seluruh tubuhnya. Lakukan amalan ini setiap pagi dan setiap malam, in shaa Allah bayi itu takkan dapat diganggu oleh jinn syaitan dan selamat dari “pandangan mata jahat” yang boleh membawa kepada penyakit Al-'Ain.
Rasulullah ﷺ bersabda:
أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
"Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang Maha Sempurna daripada sekalian syaitan dan binatang berbisa dan setiap mata yang dengki.”
[ Imam Abu Dawud, Imam Ibn Majah, Imam Tirmizi]
Pandangan "mata jahat" atau pandangan "mata dengki" adalah pandangan seseorang yang memandang orang lain dengan pandangan yang berlawanan dengan Tauhid, iaitu syirik — sama ada dia memandang seseorang dengan pandangan ta'jub (hairan) atau pandangan "khianat" atau "dengki" maka pandangan yang "berbentuk syirik" ini boleh mengakibatkan penyakit pada orang didengkikan atau orang yang dipuji tanpa Tauhid.
Penyakit Al-'Ain (akibat pandangan mata jahat) boleh membawa berbagai penyakit misteri dan kronik. Antaranya sawan, penyakit mental, penyakit kulit dan bermacam penyakit yang tiada rawatan doktor moden, hanya dapat dirawat dengan ruqyah cara Islam, khususnya Ahli Ma’rifat. Oleh kerana inilah Rasulullah ﷺ berpesan supaya lindungi anak-anak dan juga diri sendiri dengan doa perlindungan ini. (Bab penyakit akibat pandangan mata jahat ini mempunyai huraian yang panjang. In Shaa Allah akan dijelaskan dalam satu bab yang tersendiri)
🌷Ke-4: Penjagaan bagi diri sendiri dan sekalian ahli keluarga.
(1) Amalkan wirid benteng diri setiap pagi dan setiap malam.
(2) Lazimkan zikir La-Ilaha Illallah sebanyak mungkin dan himpunkannya kepada sekalian ahli keluarga.
(3) Lazimkan solawat atas Nabi sebanyak mungkin dan himpunkannya kepada sekalian ahli keluarga.
(4) Lazimkan istighfar mohon keampunan Allah untuk diri sendiri dan anak isteri.
Semoga dengan mematuhi panduan-panduan ini, diri sendiri dan sekalian ahli keluarga selamat dari gangguan jinn syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menyerang mereka.
📍Persoalan:
Bagaimanakah sekiranya seseorang atau sesebuah keluarga terkena juga gangguan jinn syaitan ini walaupun mereka telah melazimi mengamalkan semua wirid-wirid tersebut?
🔆Jawapan:
Sebenarnya perkara inilah antara mesej terpenting yang ingin kita sampaikan di dalam Risalah ini.... iaitu mereka yang lazimnya mengerjakan solat, puasa, baca Qur'an dan lain-lain terkena gangguan jinn syaitan. Bahkan setengah Hafiz Qur'an, Imam solat dan orang alim fiqh juga tidak terlepas dari gangguannya.
Mereka yang terkena juga gangguan jinn syaitan sehingga terjadi berbagai penyakit kronik dan misteri, tiada jalan lain melainkan perlu mencari Ahli Ma’rifat, Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq untuk mengambil rawatan.
Moga Allah Tunjukkan Jalan
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
MENGAPA ORANG ALIM, HAFIZ QURAN, IMAM SOLAT TERKENA GANGGUAN JINN & SYAITAN
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
Nur Qalbi
🍀🌹🌹🌹🍀
🍀🌹🌹🌹🍀
Tiada ulasan:
Catat Ulasan