Isnin, 18 Ogos 2025

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


...... sambongan.........



(11) Salah faham orang awam:

Akhir-akhir ini berlaku banyak penyelewengan oleh orang-orang jahil. 


■ Ada yang persiapkan kuda dan senjata-senjata untuk perang.

■ Ada yang heboh mengatakan kita mesti duduk tanah tinggi seperti gunung dan bukit.

■ Ada yang kumpulkan orang islam dan berhimpun di Kaabah kerana kata mereka Imam Mahdi akan datang.

■ Kempen suruh simpan makanan banyak-banyak takut nanti kebuluran.


Semua pendapat ini hanya angan-angan mereka atau tipu daya sahaja. Fahamilah kedatangan Imam Mahdi Alahis-salam adalah suatu peristiwa keajaiban yang berhubung dengan Ketuhanan. Tiada siapa yang mengetahui kedatangan beliau melainkan ahli Ma'rifat, Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq manakala Orang Islam awam, orang alim, ustad-ustad dan kiyai-kiyai tidak mengetahui rahsia-rahsia kedatangan beliau.


(12) Persiapan sebenar:

Apa yang perlu dilakukan oleh orang Islam adalah teguhkan Iman, istiqamah Zikir zahir dan batin mengikut jalan Ma'rifat. Jika tidak kamu dibimbangi masuk kepada golongan penentang — golongan Syi'ah (rafdhi) atau Khawarij (wahhabiyyah), golongan sekular, munafiq dan lain-lain. 


Berkata Tajul  Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu

"Ya anakku! 

Makna Imam Mahdi Alaihis-Salam menzahirkan dirinya itu ialah menzahirkan seruan Islam dan Tauhid selepas pada umumnya manusia fasiq di atas muka bumi. Bukan bererti baru lahir. Hal demikian kerana mengikut faham daripada Hadith-Hadith Rasulullah ﷺ dan kata-kata Ahli Kasyaf, Imam Mahdi Alaihis-Salam sudah ada pada zaman ini dan zaman dahulu. Tetapi beliau dijadikan tersembunyi daripada manusia di dalam satu gua tidak jauh daripada Madinah dan tidak siapa tahu akan tempat itu. Ada kalanya beliau datang solat di dalam Masjid Nabawi tetapi tidak ada siapa mengenali beliau. 


Awal permulaan Imam Mahdi Alaihis-salam menzahirkan diri adalah dengan berdiri antara Maqam Ibrahim dan Pintu Baitullah dalam keadaan memakai tengkolok hitam dan serban putih di dalamnya sedang di tangan beliau ada pedang. Beliau mendirikan panji-panji hijau tertulis Kalimah Syahadah yang bercahaya-cahaya, dan tiba-tiba berhimpunlah segala wali-wali Allah yang memakai tengkolok hitam semuanya. Ketika itu beliau menyeru kepada Agama Islam dan menyuruh mentauhidkan Allah. Kemudian datanglah sekalian Khalifah Toriqat mengikut beliau memerangi segala manusia yang ingkar di seluruh muka bumi dari Masyriq ke Maghrib. Kemudian aman sentosalah manusia atas muka bumi beberapa tahun."

[Risalah Ma'rifat siri 3]



SUMBER:

BIMBINGAN BERSIRI : PENYAKIT HATI MANUSIA YANG TIDAK DISEDARI
Dosa Besar Siri ke-752 : Prinsip Ahlus Sunnah ke-38 : Imam Mahdi Alaihis-Salam Mendirikan (خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ) Khilafah 'Ala- minhaj An Nubuwwah
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 





   Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Khamis, 14 Ogos 2025

Imam Mahdi Alaihis-Salam (2)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


...... sambongan.........

Imam Mahdi Alaihis-Salam Mendirikan ( خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ  ) Khilafah 'Ala- minhaj An Nubuwwah



Penjelasan ringkas:


(1) Ahlus Sunnah berkeyakinan penuh bahwa penzahiran Imam Mahdi Alahis-salam menjelang akhir zaman adalah persoalan Aqidah kerana banyaknya riwayat daripada Rasulullah ﷺ yang sehingga sampai ke peringkat mutawathir. Ertinya  mengengkari kedatangan beliau akan binasakan Iman seseorang. 


(2) Imam Mahdi Alaihis-Salam adalah berbangsa Arab dan daripada keturunan Rasulullah ﷺ , iaitu daripada Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah dan Sayyidatina Fatimah Ridhwanullah. Maka tak mungkin beliau datang dari kalangan orang melayu, pakistan, india atau indonesia atau lain-lainnya.   


(3) Wajah Imam Mahdi mirip kepada Wajah Rasulullah ﷺ. Wajah beliau bercahaya-cahaya gemilang seperti Wajah Rasulullah ﷺ. Nama beliau juga seperti Rasulullah ﷺ, Muhammad Ibnu Abdullah.


(4) Akhlaq dan keperibadian beliau sama seperti Rasulullah  ﷺ


(5) Golongan yang benar-benar mengenali beliau adalah Ahli Ma'rifat.  Orang Mukmin sejati juga mengenali beliau, Adapun orang Islam awam (termasuk Ulama-ulama zahir)  tidak mengenal beliau. Akibatnya ramai akan menjadi penentang Imam Mahdi.


(6) Sebelum Imam Mahdi Alaihis-Salam yang sebenar menzahirkan diri, akan datang 70 Mahdi palsu. Yang menyokong Mahdi palsu adalah orang-orang awam yang jahil dan juga Golongan sesat (72 goongan). Sehingga kini, semua orang yang mengaku Imam Mahdi hanyalah Mahdi palsu, semua sudah mati. 


(7) Beliau akan menzahirkan diri menurut Perintah Allah ketika seluruh dunia dipenuhi kefasikan dan kekafiran — Undang-undang kafir — Sistem Demokrasi, Sistem Otokrasi (Diktator), Sistem Kapitalis, Sosialis, komunis dan lain-lainnya sedang berkuasa di seluruh dunia.


(8) Beliau akan memerangi orang-orang kafir, fasiq, sesat dan Memerintah menurut Undang-undang Islam yang sebenar. Turutannya menurut Hadith:


■      Beliau akan memerangi Jazirah Arab dan mengalahkan mereka. 

■      Kemudian beliau memerangi Farsi (Iran dan Iraq) dan

        mengalahkan mereka.

■      Kemudian beliau akan memerangi Ruum (Rom, Itali, bangsa

        orang putih) dan mengalahkan mereka.

■      Kemudian beliau akan memerangi Pemerintah-Pemerintah fasiq

        dan kafir dan mengalahkan mereka. 


(9) Menurut keterangan Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi _Radhiallahu anhu_  ( wafat pada 11 Syawal 1409 Hijriyyah, bersamaan 17 Mei 1989 Masihi), Imam Mahdi sudah ada pada zaman ini dan menetap di suatu tempat  tersembunyi di sekitar Masjid Nabawi. Hanya Ahli Ma'rifat mengenali beliau. Ini mengesahkan keterangan Ulama-Ulama terdahulu seperti Imam Ghazali, Imam Sayuthi, Imam Haythami dan lain-lain bahawa Imam Mahdi sudah lahir namun disembunyikan oleh Allah sampai suatu masa yang hanya Dia Yang Maha Mengetahuinya.


(10) Menurut keterangan Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu lagi, ketika Imam Mahdi menzahirkan diri di Hijr Ismail, Makkatul Mukarramah, sekalian Auliya Allah seluruh dunia sudah berhimpun di sana dan mereka berbai'at kepada beliau dan berperang di bawah pimpinan beliau. Kemudian akan disusuli  oleh sekalian Khalifah-Khalifah Toriqat.  Bagaimana cara berlaku semua ini adalah sebahagian rahsia Ketuhanan yang tiada siapa tahu.



...bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ




SUMBER:

BIMBINGAN BERSIRI : PENYAKIT HATI MANUSIA YANG TIDAK DISEDARI
Dosa Besar Siri ke-752 : Prinsip Ahlus Sunnah ke-38 : Imam Mahdi Alaihis-Salam Mendirikan (خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ) Khilafah 'Ala- minhaj An Nubuwwah
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 





   Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Isnin, 11 Ogos 2025

Imam Mahdi Alaihis-Salam

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Imam Mahdi Alaihis-Salam Mendirikan ( خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ  ) Khilafah 'Ala- minhaj An Nubuwwah

Imam-imam Ahlus Sunnah sepakat bahwa kedatangan Imam Mahdi Alaihis Salam itu benar. Tiada keraguan pada kedatangan beliau kerana Hadith-Hadith yang warid adalah Hadith-Hadith Mutawathir.

Beliau akan memenuhi dunia dengan Pemerintahan Adil dan Taqwa, iaitu sebagaimana Pemerintahan Rasulullah ﷺ. Beliau akan mendirikan Undang-undang Islam menurut Ahlus-Sunnah dan akan hapuskan sekalian undang-undang Jahiliyah, kafir dan munafiq.

Rasulullah ﷺ bersabda:

تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ   ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ

فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ

“Kamu akan perangi Jazirah Arab sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian (kamu akan perangi) Farsi sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kamu akan perangi Ruum sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kamu perangi Dajjal sehingga Allah menangkan kalian atasnya.”

[Imam Muslim]

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

لاَ تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي

"Dunia tidak akan berlalu pergi sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki dari kalangan Ahlul-Bayyitku yang namanya bersamaan dengan namaku."

[Imam Tirmizi]

Rasulullah ﷺ bersabda:

‏ لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ  حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً مِنِّي  أَوْ ‌‏ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي ‏يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا

‏"Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu dari kalangan aku – atau dari Ahlul-Bayyitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman.

[Imam Abu Dawud]

Rasulullah ﷺ bersabda:

‏ الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ

" Al-Mahdi dariku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun.

[Imam Abu Dawud]

Rasulullah ﷺ bersabda:

‏ الْمَهْدِيُّ مِنَّا أَهْلَ الْبَيْتِ يُصْلِحُهُ اللَّهُ فِي لَيْلَةٍ

"Al-Mahdi dari kalangan kami Ahlul-Bayyit, yang Allah perbaiki dirinya pada satu malam.

[Imam Ibn Majah]




...bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ




SUMBER:

BIMBINGAN BERSIRI : PENYAKIT HATI MANUSIA YANG TIDAK DISEDARI
Dosa Besar Siri ke-752 : Prinsip Ahlus Sunnah ke-38 : Imam Mahdi Alaihis-Salam Mendirikan (خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ) Khilafah 'Ala- minhaj An Nubuwwah
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 





   Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Khamis, 7 Ogos 2025

DILARANG MEMBERONTAK.....

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dilarang Memberontak Terhadap Pemimpin Negara


Menurut pendirian Ahlus Sunnah, Ummat Islam dilarang memberontak atau mengangkat senjata melawan Pemimpin negara. 

Larangan ini bukan sahaja terhadap Pemerintah yang adil tetapi juga terhadap Pemerintah yang zalim sekalipun.


Penjelasan:

(1) Secara umum wajib mentaati pemimpin sama ada suka atau benci. Wajib mentaati pemimpin walaupun dia berbuat kezaliman.


(2) Dilarang ta'at ketika dia  memerintahkan kemaksiatan atau kekufuran. 


(3) Pemimpin zalim wajib digantikan dengan cara-cara yang diharuskan oleh Syara'.


Rasulullah ﷺ bersabda:


 لاَ طَاعَةَ فِى مَعْصِيَةٍ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِى الْمَعْرُوفِ "


Tidak ada ketaatan dalam melakukan maksiat kepada Allah.  Ketaatan hanyalah dalam perkara yang ma'ruf." 

[Imam Bukhari]


Rasulullah ﷺ bersabda:


عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ ، فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ 


Seorang muslim wajib mendengar dan taat dalam perkara yang dia sukai atau benci selama tidak diperintahkan untuk bermaksiat.  Apabila diperintahkan untuk bermaksiat, maka tidak ada kewajiban mendengar dan taat.

[Imam Bukhari]


Rasulullah ﷺ bersabda:


 يَكُوْنُ بَعْدِيْ أَئِمَّةٌ لاَ يَهْتَدُوْنَ بِهُدَايَ وَلاَ يَسْتَنُّوْنَ بِسُنَّتِي وَسَيَقُوْمُ فِيْهِمْ رِجَالٌ قُلُوْبُهُمْ قُلُوْبُ الشَّيَاطِيْنِ فِي جُثْمَانِ إِنْسٍ. (قَالَ حُذَيْفَةُ): كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ؟ قَالَ: تَسْمَعُ وَتُطِيْعُ لِلْأَمِيْرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ "


Akan datang setelahku para pemimpin yang tidak mengikuti petunjukku, tidak menjalani sunnahku, dan akan berada pada mereka orang-orang yang hati mereka adalah hati-hati Syaitan yang berada dalam jasad manusia." (Hudzaifah berkata), "Wahai Rasulullah, apa yang aku perbuat jika aku menemui mereka?" Beliau menjawab, "Engkau dengar dan engkau taati walaupun punggungmu dicambuk dan hartamu diambil." 

[Imam Muslim]


Berkata Imam Ja'afar Ath-Thohawi Radhiallahu anhu:

Kita (Ahlus Sunnah) tidak boleh memberontak para pemimpin dan penguasa kita, meskipun mereka berbuat zalim.  Kita tidak mendoakan keburukan bagi mereka dan tidak berlepas diri dengan tidak taat kepada mereka.  Kita berkeyakinan bahawa mentaati mereka sepanjang dalam ketaatan kepada Allah adalah wajib, selama mereka tidak menyuruh berbuat maksiat.  Kita tetap mendoakan kebaikan untuk mereka berupa kebaikan jiwa dan kesihatan.

[Aqidah Ath-Thohawiyyah]


SUMBER:

BIMBINGAN BERSIRI : PENYAKIT HATI MANUSIA YANG TIDAK DISEDARI
Dosa Besar Siri ke-746 : Prinsip Ahlus Sunnah ke-35: Dilarang Memberontak Terhadap Pemimpin Negara
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 




   Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀




Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...