Isnin, 18 Ogos 2025

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


...... sambongan.........



(11) Salah faham orang awam:

Akhir-akhir ini berlaku banyak penyelewengan oleh orang-orang jahil. 


■ Ada yang persiapkan kuda dan senjata-senjata untuk perang.

■ Ada yang heboh mengatakan kita mesti duduk tanah tinggi seperti gunung dan bukit.

■ Ada yang kumpulkan orang islam dan berhimpun di Kaabah kerana kata mereka Imam Mahdi akan datang.

■ Kempen suruh simpan makanan banyak-banyak takut nanti kebuluran.


Semua pendapat ini hanya angan-angan mereka atau tipu daya sahaja. Fahamilah kedatangan Imam Mahdi Alahis-salam adalah suatu peristiwa keajaiban yang berhubung dengan Ketuhanan. Tiada siapa yang mengetahui kedatangan beliau melainkan ahli Ma'rifat, Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq manakala Orang Islam awam, orang alim, ustad-ustad dan kiyai-kiyai tidak mengetahui rahsia-rahsia kedatangan beliau.


(12) Persiapan sebenar:

Apa yang perlu dilakukan oleh orang Islam adalah teguhkan Iman, istiqamah Zikir zahir dan batin mengikut jalan Ma'rifat. Jika tidak kamu dibimbangi masuk kepada golongan penentang — golongan Syi'ah (rafdhi) atau Khawarij (wahhabiyyah), golongan sekular, munafiq dan lain-lain. 


Berkata Tajul  Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu

"Ya anakku! 

Makna Imam Mahdi Alaihis-Salam menzahirkan dirinya itu ialah menzahirkan seruan Islam dan Tauhid selepas pada umumnya manusia fasiq di atas muka bumi. Bukan bererti baru lahir. Hal demikian kerana mengikut faham daripada Hadith-Hadith Rasulullah ﷺ dan kata-kata Ahli Kasyaf, Imam Mahdi Alaihis-Salam sudah ada pada zaman ini dan zaman dahulu. Tetapi beliau dijadikan tersembunyi daripada manusia di dalam satu gua tidak jauh daripada Madinah dan tidak siapa tahu akan tempat itu. Ada kalanya beliau datang solat di dalam Masjid Nabawi tetapi tidak ada siapa mengenali beliau. 


Awal permulaan Imam Mahdi Alaihis-salam menzahirkan diri adalah dengan berdiri antara Maqam Ibrahim dan Pintu Baitullah dalam keadaan memakai tengkolok hitam dan serban putih di dalamnya sedang di tangan beliau ada pedang. Beliau mendirikan panji-panji hijau tertulis Kalimah Syahadah yang bercahaya-cahaya, dan tiba-tiba berhimpunlah segala wali-wali Allah yang memakai tengkolok hitam semuanya. Ketika itu beliau menyeru kepada Agama Islam dan menyuruh mentauhidkan Allah. Kemudian datanglah sekalian Khalifah Toriqat mengikut beliau memerangi segala manusia yang ingkar di seluruh muka bumi dari Masyriq ke Maghrib. Kemudian aman sentosalah manusia atas muka bumi beberapa tahun."

[Risalah Ma'rifat siri 3]



SUMBER:

BIMBINGAN BERSIRI : PENYAKIT HATI MANUSIA YANG TIDAK DISEDARI
Dosa Besar Siri ke-752 : Prinsip Ahlus Sunnah ke-38 : Imam Mahdi Alaihis-Salam Mendirikan (خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ) Khilafah 'Ala- minhaj An Nubuwwah
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 





   Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Khamis, 14 Ogos 2025

Imam Mahdi Alaihis-Salam (2)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


...... sambongan.........

Imam Mahdi Alaihis-Salam Mendirikan ( خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ  ) Khilafah 'Ala- minhaj An Nubuwwah



Penjelasan ringkas:


(1) Ahlus Sunnah berkeyakinan penuh bahwa penzahiran Imam Mahdi Alahis-salam menjelang akhir zaman adalah persoalan Aqidah kerana banyaknya riwayat daripada Rasulullah ﷺ yang sehingga sampai ke peringkat mutawathir. Ertinya  mengengkari kedatangan beliau akan binasakan Iman seseorang. 


(2) Imam Mahdi Alaihis-Salam adalah berbangsa Arab dan daripada keturunan Rasulullah ﷺ , iaitu daripada Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah dan Sayyidatina Fatimah Ridhwanullah. Maka tak mungkin beliau datang dari kalangan orang melayu, pakistan, india atau indonesia atau lain-lainnya.   


(3) Wajah Imam Mahdi mirip kepada Wajah Rasulullah ﷺ. Wajah beliau bercahaya-cahaya gemilang seperti Wajah Rasulullah ﷺ. Nama beliau juga seperti Rasulullah ﷺ, Muhammad Ibnu Abdullah.


(4) Akhlaq dan keperibadian beliau sama seperti Rasulullah  ﷺ


(5) Golongan yang benar-benar mengenali beliau adalah Ahli Ma'rifat.  Orang Mukmin sejati juga mengenali beliau, Adapun orang Islam awam (termasuk Ulama-ulama zahir)  tidak mengenal beliau. Akibatnya ramai akan menjadi penentang Imam Mahdi.


(6) Sebelum Imam Mahdi Alaihis-Salam yang sebenar menzahirkan diri, akan datang 70 Mahdi palsu. Yang menyokong Mahdi palsu adalah orang-orang awam yang jahil dan juga Golongan sesat (72 goongan). Sehingga kini, semua orang yang mengaku Imam Mahdi hanyalah Mahdi palsu, semua sudah mati. 


(7) Beliau akan menzahirkan diri menurut Perintah Allah ketika seluruh dunia dipenuhi kefasikan dan kekafiran — Undang-undang kafir — Sistem Demokrasi, Sistem Otokrasi (Diktator), Sistem Kapitalis, Sosialis, komunis dan lain-lainnya sedang berkuasa di seluruh dunia.


(8) Beliau akan memerangi orang-orang kafir, fasiq, sesat dan Memerintah menurut Undang-undang Islam yang sebenar. Turutannya menurut Hadith:


■      Beliau akan memerangi Jazirah Arab dan mengalahkan mereka. 

■      Kemudian beliau memerangi Farsi (Iran dan Iraq) dan

        mengalahkan mereka.

■      Kemudian beliau akan memerangi Ruum (Rom, Itali, bangsa

        orang putih) dan mengalahkan mereka.

■      Kemudian beliau akan memerangi Pemerintah-Pemerintah fasiq

        dan kafir dan mengalahkan mereka. 


(9) Menurut keterangan Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi _Radhiallahu anhu_  ( wafat pada 11 Syawal 1409 Hijriyyah, bersamaan 17 Mei 1989 Masihi), Imam Mahdi sudah ada pada zaman ini dan menetap di suatu tempat  tersembunyi di sekitar Masjid Nabawi. Hanya Ahli Ma'rifat mengenali beliau. Ini mengesahkan keterangan Ulama-Ulama terdahulu seperti Imam Ghazali, Imam Sayuthi, Imam Haythami dan lain-lain bahawa Imam Mahdi sudah lahir namun disembunyikan oleh Allah sampai suatu masa yang hanya Dia Yang Maha Mengetahuinya.


(10) Menurut keterangan Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu lagi, ketika Imam Mahdi menzahirkan diri di Hijr Ismail, Makkatul Mukarramah, sekalian Auliya Allah seluruh dunia sudah berhimpun di sana dan mereka berbai'at kepada beliau dan berperang di bawah pimpinan beliau. Kemudian akan disusuli  oleh sekalian Khalifah-Khalifah Toriqat.  Bagaimana cara berlaku semua ini adalah sebahagian rahsia Ketuhanan yang tiada siapa tahu.



...bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ




SUMBER:

BIMBINGAN BERSIRI : PENYAKIT HATI MANUSIA YANG TIDAK DISEDARI
Dosa Besar Siri ke-752 : Prinsip Ahlus Sunnah ke-38 : Imam Mahdi Alaihis-Salam Mendirikan (خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ) Khilafah 'Ala- minhaj An Nubuwwah
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 





   Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Isnin, 11 Ogos 2025

Imam Mahdi Alaihis-Salam

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Imam Mahdi Alaihis-Salam Mendirikan ( خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ  ) Khilafah 'Ala- minhaj An Nubuwwah

Imam-imam Ahlus Sunnah sepakat bahwa kedatangan Imam Mahdi Alaihis Salam itu benar. Tiada keraguan pada kedatangan beliau kerana Hadith-Hadith yang warid adalah Hadith-Hadith Mutawathir.

Beliau akan memenuhi dunia dengan Pemerintahan Adil dan Taqwa, iaitu sebagaimana Pemerintahan Rasulullah ﷺ. Beliau akan mendirikan Undang-undang Islam menurut Ahlus-Sunnah dan akan hapuskan sekalian undang-undang Jahiliyah, kafir dan munafiq.

Rasulullah ﷺ bersabda:

تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ   ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ

فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ

“Kamu akan perangi Jazirah Arab sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian (kamu akan perangi) Farsi sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kamu akan perangi Ruum sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kamu perangi Dajjal sehingga Allah menangkan kalian atasnya.”

[Imam Muslim]

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

لاَ تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي

"Dunia tidak akan berlalu pergi sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki dari kalangan Ahlul-Bayyitku yang namanya bersamaan dengan namaku."

[Imam Tirmizi]

Rasulullah ﷺ bersabda:

‏ لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ  حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً مِنِّي  أَوْ ‌‏ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي ‏يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا

‏"Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu dari kalangan aku – atau dari Ahlul-Bayyitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman.

[Imam Abu Dawud]

Rasulullah ﷺ bersabda:

‏ الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ

" Al-Mahdi dariku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun.

[Imam Abu Dawud]

Rasulullah ﷺ bersabda:

‏ الْمَهْدِيُّ مِنَّا أَهْلَ الْبَيْتِ يُصْلِحُهُ اللَّهُ فِي لَيْلَةٍ

"Al-Mahdi dari kalangan kami Ahlul-Bayyit, yang Allah perbaiki dirinya pada satu malam.

[Imam Ibn Majah]




...bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ




SUMBER:

BIMBINGAN BERSIRI : PENYAKIT HATI MANUSIA YANG TIDAK DISEDARI
Dosa Besar Siri ke-752 : Prinsip Ahlus Sunnah ke-38 : Imam Mahdi Alaihis-Salam Mendirikan (خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ) Khilafah 'Ala- minhaj An Nubuwwah
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 





   Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Khamis, 7 Ogos 2025

DILARANG MEMBERONTAK.....

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dilarang Memberontak Terhadap Pemimpin Negara


Menurut pendirian Ahlus Sunnah, Ummat Islam dilarang memberontak atau mengangkat senjata melawan Pemimpin negara. 

Larangan ini bukan sahaja terhadap Pemerintah yang adil tetapi juga terhadap Pemerintah yang zalim sekalipun.


Penjelasan:

(1) Secara umum wajib mentaati pemimpin sama ada suka atau benci. Wajib mentaati pemimpin walaupun dia berbuat kezaliman.


(2) Dilarang ta'at ketika dia  memerintahkan kemaksiatan atau kekufuran. 


(3) Pemimpin zalim wajib digantikan dengan cara-cara yang diharuskan oleh Syara'.


Rasulullah ﷺ bersabda:


 لاَ طَاعَةَ فِى مَعْصِيَةٍ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِى الْمَعْرُوفِ "


Tidak ada ketaatan dalam melakukan maksiat kepada Allah.  Ketaatan hanyalah dalam perkara yang ma'ruf." 

[Imam Bukhari]


Rasulullah ﷺ bersabda:


عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ ، فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ 


Seorang muslim wajib mendengar dan taat dalam perkara yang dia sukai atau benci selama tidak diperintahkan untuk bermaksiat.  Apabila diperintahkan untuk bermaksiat, maka tidak ada kewajiban mendengar dan taat.

[Imam Bukhari]


Rasulullah ﷺ bersabda:


 يَكُوْنُ بَعْدِيْ أَئِمَّةٌ لاَ يَهْتَدُوْنَ بِهُدَايَ وَلاَ يَسْتَنُّوْنَ بِسُنَّتِي وَسَيَقُوْمُ فِيْهِمْ رِجَالٌ قُلُوْبُهُمْ قُلُوْبُ الشَّيَاطِيْنِ فِي جُثْمَانِ إِنْسٍ. (قَالَ حُذَيْفَةُ): كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ؟ قَالَ: تَسْمَعُ وَتُطِيْعُ لِلْأَمِيْرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ "


Akan datang setelahku para pemimpin yang tidak mengikuti petunjukku, tidak menjalani sunnahku, dan akan berada pada mereka orang-orang yang hati mereka adalah hati-hati Syaitan yang berada dalam jasad manusia." (Hudzaifah berkata), "Wahai Rasulullah, apa yang aku perbuat jika aku menemui mereka?" Beliau menjawab, "Engkau dengar dan engkau taati walaupun punggungmu dicambuk dan hartamu diambil." 

[Imam Muslim]


Berkata Imam Ja'afar Ath-Thohawi Radhiallahu anhu:

Kita (Ahlus Sunnah) tidak boleh memberontak para pemimpin dan penguasa kita, meskipun mereka berbuat zalim.  Kita tidak mendoakan keburukan bagi mereka dan tidak berlepas diri dengan tidak taat kepada mereka.  Kita berkeyakinan bahawa mentaati mereka sepanjang dalam ketaatan kepada Allah adalah wajib, selama mereka tidak menyuruh berbuat maksiat.  Kita tetap mendoakan kebaikan untuk mereka berupa kebaikan jiwa dan kesihatan.

[Aqidah Ath-Thohawiyyah]


SUMBER:

BIMBINGAN BERSIRI : PENYAKIT HATI MANUSIA YANG TIDAK DISEDARI
Dosa Besar Siri ke-746 : Prinsip Ahlus Sunnah ke-35: Dilarang Memberontak Terhadap Pemimpin Negara
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 




   Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀




Khamis, 12 Jun 2025

Haqiqat La-Ilaha Illallah

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar 

Bab Haqiqat    لا اله الا الله  oleh Tn. Guru ...


🔅 semua ilmu milik Allah Ta'ala

🔅 diri tiada apa2 - Faqir 

🔅 Haqiqat Faqir menurut Ahli Ma'rifat adalah hati sentiasa bergantung kepada Allah Ta'ala

🔅 sentiasa rasa kekurangan dan kehinaan

🔅jika tiada perasaan ini - bererti belum capai TAUHID - ini termasuklah orang-orang yang sedang mujahadah dan sudah masuk dalam Jalan Makrifat - tetapi ahli yang menurut Jalan Ma'rifat mereka dimaafkan kerana mereka sudah masuk Jalan Ma'rifat pimpinan Pewaris Nabi yang muhaqqiq 


🔅Tetapi hal ini berbeza dengan orang awam kerana orang awam sentiasa di dalam keadaan syirik (syirik khafi) sedang mereka tiada jalan menghapuskannya


🔅Zikir Nafi Ithbat - Thabitkan Allah Ta'ala semata2; menafikan sesuatu selain dari Allah Ta'ala

🔅lebur segala af'al diri

🔅teruskan mujahadah - melawan segala "keakuan diri"

🔅kekalkan Zikrullah

🔅dapat TAUHID hanya melalui Jalan Makrifat



SUMBER:

Nota Kuliah Pengajian Bulanan

1.6.2025





 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀




Jumaat, 21 Februari 2025

hanya Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




 لا اله الا الله

- berat timbangannya daripada segala kejadian-Nya iaitu dunia dan muatan isinya

Maksudnya:

 لا اله الا الله 

Haqiqatnya : ALLAH ... ALLAH

- لا اله الا الله : Tiada Tuhan melainkan Allah

(Tiada Tuhan bermaksud lain2 Tuhan)

- yang dinafikan tidak wujud

- yang tinggal hanya ALLAH

- Allah yang wujud

- Makhluq tidak wujud...

لا اله الا الله

- berat timbangannya daripada segala kejadian-Nya iaitu dunia dan muatan isinya


Mari kita renung dan fikirkan...

ALHAMDULILLAH



SUMBER:

Nota Kuliah Suluk

17.9.2023





 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Selasa, 18 Februari 2025

GEMENTAR HATI

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


MAKSUD FIRMAN ALLAH : GEMENTAR / GEGAR HATI DENGAN ZIKRULLAH



Firman Allah :

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ


“Sesungguhnya, (tanda) Orang-orang yang beriman (iaitu sebenar2 Iman) itu adalah orang-orang yang apabila disebutkan nama Allah maka gementarlah hati mereka. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya maka bertambahlah keimanan mereka. Dan hanya kepada Allah mereka berserah diri.”

[Al-Anfal (8) : Ayat 2]


Penjelasan Pertama - sudut syari'at zahir
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~

Setiap orang yang beriman pasti ada getaran @ gementar dalam hatinya apabila mendengar kalimah "Allah" atau  ayat2 Allah.

Gementar @ getaran hati ini berbeza2 dari seorang kepada seorang bergantung kepada betapa besarnya cahaya Iman di dalam hatinya. 

Boleh jadi orang yang tersangat lemah Imannya, akan terasa gementar apabila mendengar ayat2 Allah, tetapi penguasaan nafsu dan iblis yang lebih dominan di dalam hati akan segera memadamkan getaran tersebut sehingga orang ini berlalu sahaja tanpa sebarang kesan pada dirinya.

Keadaan ini mungkin berbeza  jika seseorang beriman itu mempunyai Iman yang lebih teguh, sekira2nya cahaya Imannya lebih besar dalam hatinya. Kalimah  "Allah" dan ayat2 Allah yang didengarnya menggetarkan hati dan menyebabkan dia segera ingat kepada Allah.

Orang beriman lain mungkin terasa lebih banyak kesannya pada hati dan anggota tubuhnya yang lain, seperti datang perasaan takut,  menggeletar tubuhnya, mengalir air matanya, datang perasaan taubat dsb.  Masing2 ini bergantung kepada kekuatan cahaya Iman di dalam hatinya.

Dengan demikian pemahaman yang benar pada Firman Allah ini...

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُون

Sesungguh2nya, orang2 beriman yang benar Imannya adalah ditujukan kepada mu'min yang tersebut di atas, iaitu yang menggetar hatinya sehingga takut akan Allah Taala, lisan dan hatinya bertaubat serta-merta dari segala dosa dan kadangkala disertai air mata mengalir tanpa disedarinya.

Ini satu segi kefahaman pada makna zahir.


Penjelasan Kedua -  Ahli Ma'rifat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada pandangan ahli ma'fifat, ayat tersebut mempunyai hubungan rapat dengan tingkatan2 salikin mencapai Ma'rifat @ Tauhid ...!

Pada sisi Ahli Ma'rifat,  maksud ayat tadi...

"apabila disebut nama Allah, maka gementarlah hati mereka" 

adalah bermaksud kepada :

Orang yang melakukan zikrullah menurut disiplin Ahli Ma'rifat akan terasa  getaran pada hatinya dengan getaran yang kuat dan berganda2 lagi getaran tersebut mengikut banyaknya zikir tersebut dan lamanya masa berzikir dan nilai Tauhid yang ada di dalam hatinya.

Hasil  getaran hati itu menghasilkan cahaya Iman yang menerangi seluruh dadanya.  Zikir yang terus-menerus akan menerbitkan cahaya Iman yang lebih  terang-benderang dan lebih luas melimpah kepada seluruh tubuhnya ; meliputi darah daging, urat, tulang, aqal, nafas bahkan seluruh tubuhnya sekalian dipenuhi cahaya zikrullah yang memancar2.  

Ketika itu datang "warid"  cahaya Rabbaniyyah (cahaya Ketuhanan) ke dalam hatinya yang meliputi diri hamba Allah ini. Seterusnya cahaya Ketuhanan ini memancar memenuhi langit dan bumi. 
Mata hatinya terbuka luas ke alam Ketuhanan... sehingga terhasil Tauhid @ Iman yang kukuh.

Ringkasnya :

Hasil dari "sebut nama Allah" iaitu zikrullah tadi... menghasilkan getaran pada hati sehingga terbit cahaya memancar2 memenuhi langit dan bumi menerbitkan Ma'rifat @ Tauhid.

Hamba Allah yang sampai peringkat ini akan diberikan ayat-ayat Qur'an tertentu sebagai "kunci pembuka Ma'rifat" (baca :  Kunci Tauhid). Bagi setiap peringkat Ma'rifat (Tauhid), ayat Qur'an yang menjadi kunci pembuka pintu Ma'rifat adalah berbeza2. 

Setelah membaca ayat ini, maka terbuka bagi salikin, beberapa rahsia Ma'rifat sehingga tambah2lah lagi Imannya.

ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا

"maka bertambah-tambahlah Iman mereka..."


Perhatian penting:
~~~~~~~~~~~~
~~~~

Semua penjelasan ini adalah sudut pandang Ahli Ma'rifat, bukan rekaan cerita penglipur lara.

Ianya bukan suatu yang dapat difikir2kan atau diaqal2kan. Ia juga bukan bayangan atau khayalan. 

Sebaliknya ia semata2 anugerah Allah yang merupakan penghayatan hati dan ruh, yang disebut "zuq" atau  "zauq"  di dalam istilah ma'rifat.
(Zauq : Perasaan kelazatan dan asyik akan Allah yang dirasakan oleh Salikin di dalam HATINYA.)

Setiap orang beriman yang "Salikin"  akan merasai semua kesan ini secara nyata jika dia benar2 mujahadah pada Jalan Ma'rifat Ilahiyyah.



Wallahu A'lam



SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN 

MAKSUD FIRMAN ALLAH : GEMENTAR / GEGAR HATI DENGAN ZIKRULLAH
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 







 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀



Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...