Ahad, 29 Disember 2024

ROH SALIKIN NAIK SEMULA

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


sambungan...


ROH MANUSIA TURUN DARI ALAM NUR / ALAM LAHUT KEMUDIANNYA NAIK SEMULA SELEPAS MELALUI PROSES SUCIKAN HATI


RASULULLAH  ﷺ TELAH AJARKAN BAGAIMANA UNTUK SUCIKAN HATI, BERMULA DENGAN BAI'AH, KEMUDIANNYA DIIKUTI DENGAN:

☘️ZIKRULLAH

☘️SELAWAT

☘️*MURAQABAH (merenung dari dalam HATI)

☘️*MUSYAHADAH (memandang dari pandangan RUH)

☘️TAUBAT BERTERUSAN

  *muraqabah  (merenung dari dalam hati) *musyahadah  (memandang dari pandangan ruh) menurut Sistem Jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.﴿





               






SUMBER:

NUR MUHAMMAD - CIPTAAN ALLAH YANG PERTAMA
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir


NOTA

SEMINAR SYARI'AT & TORIQAT MENURUT AHLUS SUNNAH

BIMBINGAN

SHAIKH SAYYID ABU TOHIR

9.6.2023





 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀





Jumaat, 27 Disember 2024

ROH MANUSIA TURUN

 

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



sambungan...


ROH MANUSIA TURUN DARI ALAM NUR / ALAM LAHUT







... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ





SUMBER:

NUR MUHAMMAD - CIPTAAN ALLAH YANG PERTAMA
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir


NOTA

SEMINAR SYARI'AT & TORIQAT MENURUT AHLUS SUNNAH

BIMBINGAN

SHAIKH SAYYID ABU TOHIR

9.6.2023





 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀



Khamis, 26 Disember 2024

NUR MUHAMMAD (4)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



sambungan...


Kejadian Insan Berupa Jasad dan Ruh



Empat ribu (4000)  tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan Arasy daripada cahaya mata Muhammad. 

Dia ciptakan makhluk yang lain daripada Arasy. 

Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.

ثُمَّ رَدَدْنَـهُ أَسْفَلَ سَـفِلِين

َ “Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah”.
[Surah Tin : Ayat 5]

Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam Lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal). Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan ‘Roh Sultani (ruh pemerintah)’.

Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana mereka dinamakan ‘roh rohani’.

Kemudian Dia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka menjadi ‘roh manusia’.

Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.

مِنْهَا خَلَقْنَـكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى 

“Kemudian Kami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikan dan daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi”.
[Surah Ta Ha : Ayat 55]

Selepas peringkat-peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki badan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun masuk.

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى 

“Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku…”. 
[Surah Shad : Ayat 72]

~ tamat petikan kitab ~



... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ





SUMBER:

NUR MUHAMMAD - CIPTAAN ALLAH YANG PERTAMA
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir





 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Rabu, 25 Disember 2024

NUR MUHAMMAD (3)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



sambungan...

Dia dinamakan aqal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya.

Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan Dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.

Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda صلى الله عليه وسلم menyatakan hal ini dengan sabda Baginda:

“Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku”.

Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh daripada roh baginda صلى الله عليه وسلم di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik.

‘Muhammad’ adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.
**(alam arwah = alam roh)



... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ





SUMBER:

NUR MUHAMMAD - CIPTAAN ALLAH YANG PERTAMA
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir


NOTA KULIAH



 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


NUR MUHAMMAD (2)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



CIPTAAN ALLAH YANG PERTAMA


Berkata Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه :


"Semoga Allah Ta'ala memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukai-Nya dan Semoga kamu memperoleh keredhaan-Nya.

Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.

Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman :

“Aku ciptakan Ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”. Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم     dengan sabdanya:

“Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suci”.
(suci bersih dari kegelapan)

“Mula-mula Allah ciptakan qalam”.
(Pena / Qalam - penyebaran ilmu)

“Mula-mula Allah ciptakan aqal”.
(mengetahui segala sesuatu rahsia2 ketuhanan)

Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, iaitu Kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah. Dia dinamakan Nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:


قَدْ جَآءَكُمْ مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَـبٌ مُّبِين

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”.   
[Al-Maaidah : Ayat 15]


📗Nota: Haqiqat Muhammadiah:

✅Pena/Qalam
✅Ruh
✅Cahaya
✅Aqal


... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ





SUMBER:

NUR MUHAMMAD - CIPTAAN ALLAH YANG PERTAMA
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir


NOTA KULIAH



 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Selasa, 24 Disember 2024

NUR MUHAMMAD (1)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



CIPTAAN ALLAH YANG PERTAMA


☀️Nur Muhammad adalah makhluq pertama yang telah dicipta oleh Allah Ta'ala. (Allah ciptakan Nur Muhammad terlebih dahulu, jasadnya kemudian)

☀️Kemudiannya diikuti dengan penciptaan Arsy, Kursi, dan makhluq2 yang lain

☀️Cahaya dari Allah adalah Nur Muhammad

☀️Mengenal Allah melalui haqiqat Muhammadiah

☀️Nur Muhammad adalah cahaya ketuhanan yang membawa kepada TAUHID

☀️Nur Muhammad ada pada sekalian Nabi2 dan Pewaris Nabi yang siddiq

☀️Apabila seseorang itu berbaia'at - Nur Muhammad akan "dimasukkan" ke dalam dirinya ; kemudiannya dipimpin menuju  Allah

☀️Tiada jalan pintas untuk berjalan menuju Allah. Ianya mestilah melalui pimpinan seorang GURU iaitu pewaris nabi yang siddiq

Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja).  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh (Mursyid yang Siddiq) yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpinnya) menuju jalannya (jalan iblis - kepada kesesatan).  Barangsiapa berjalan di jalan yang berbahaya tanpa petunjuk,  maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.

[Ihya Ulumuddin]



... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


SUMBER:

NOTA KULIAH 

 

 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...