Sabtu, 25 Januari 2025

MALAM2 KEMULIAAN

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SOALAN:

Ramai sekali hamba² Allah bertanya² apakah amalan terbaik dan ibadah terbaik kita lakukan pada malam2 kemuliaan dalam Islam:

·         Sepanjang Bulan Ramadhan

·         10 Hari terakhir Ramadhan

·         Malam Hari Raya Idul Fitr dan Idul Ad-ha

·         Malam Isra' Mi'raj

·         Malam Nisfu Sya'ban

·         Malam Awal Muharram

 

JAWAPAN:

Ini penjelasan ringkas berkenaan amalan2 yang terbaik yang patut dilakukan oleh hamba2 Allah yang ingin mencari Keredhaan Allah pada malam2 Ramadhan, 10 Hari terakhir Ramadhan,  atau malam2 Kemuliaan Islam yang lainnya,  bahkan juga malam-malam lain seluruhnya.

 

Pertama: Zikrullah

Zikrullah sebanyak2nya berserta syarat dan adab²nya adalah setinggi2 amal untuk mencapai kesucian HATI, mencapai Tauhid yang murni dan sekaligus mencapai Keredhaan dan Kasih Allah Ta'ala.


Kedua: Solawat atas Nabi

Solawat atas Nabi adalah sebaik2 amalan penyokong untuk menyucikan hati, mencapai Tauhid yang suci murni serta Keredhaan dan Kasih Ilahi.


Ketiga: Istighfar

Istighfar — mohon ampun kepada Allah  adalah dilakukan serentak dengan Zikrullah dan Solawat.   Atau didahului sekalian amal dengan istighfar kerana setiap manusia dalam keadaan dosa. Cara adalah : Istighfar mengikut kemampuan kemudian sambung dengan zikrullah, solawat, baca Qur'an, solat sunnat dan lain-lain.


Keempat: Solat Taubat dan Tahajjud

Solat Taubat sebanyak mungkin.  Solat Taubat membersihkan diri dari sekalian dosa yang sengaja atau dosa2 yang tidak sedari.  Solat Tahajjud menyukakan Allah Ta'ala.


Kelima: Sedekah

Sedekahlah ikut kemampuan. Orang kurang berada sedekahlah apa yang termampu.   Orang yang mempunyai kelebihan harta wang ringgit yang banyak, maka sedekahlah sesuai dengan Ni'mat yang Allah Kurniakan.  Jangan samakan diri dengan orang miskin ketika bersedekah.    Ertinya, orang yang mempunyai keluasan rezeki yang banyak, maka hendaklah sedekah lebih dari orang lain. Jangan pula sedekah sama macam orang miskin.   Misalnya orang yang miskin bersedekah 10 ringgit.   Orang kaya /  mempunyai harta yang banyak  hendaklah sedekah lebih dari itu menurut kemampuan masing2.  Bakhil bukan semata2 orang yang tidak mahu bersedekah, tetapi bakhil yang sebenar adalah orang kaya yang pura2 tak ada duit, pura2 susah, pura2 miskin sehingga berat tangan untuk sedekah.  Orang bakhil tak masuk syurga.


Keenam: Khatamkan Al-Qur'an

Khatamkan Qur'an jika mampu,  dengan cara Talaqqi di hadapan Guru yang mahir atau bersama orang yang mahir mengetahui selok belok Tajwid dan makhraj.  Hal ini WAJIB diperhatikan sungguh2.

Bacaan Al Qur'an sepanjang Ramadhan adalah amalan yang sangat dituntut.   Tetapi PASTIKAN  hukum dan adab2nya dipatuhi. Ini kerana Al-Qur'an itu Kalamullah,  Firman Allah Yang Maha Agung.  Al-Qur'an BUKAN majallah harian, BUKAN novel manusia, BUKAN cerita penglipur lara.... Maka JANGAN pandang ringan akan hal ini.

Jika seseorang salah baca Al-Qur'an satu huruf sahaja, boleh mengubah makna ayat tersebut,  dan ini dosa yang amat berat kerana mengubah Firman Allah.  Bahkan apa yang lebih bahaya adalah :  Mengubah ayat yang berhubungan dengan Aqidah,  Sifat Allah, halal haram dan sebagainya  boleh membawa kepada binasa Iman / Tauhid. Wal Iyazubillah.

Ramai sekali orang Islam berlumba² membaca ayat Qur'an yang belum pernah mereka baca dan belum pernah pastikan betul bacaannya di hadapan Guru yang mahir sedangkan  mereka tidak sedar Al Qur'an laknat mereka.  Wal Iyazubillah

Demikianlah amal ibadah terbaik yang patut dilakukan oleh setiap orang beriman sepanjang Ramadhan, 10 hari terakhir Ramadhan atau malam2 keberkatan yang lainnya. 

Kesimpulannya jika ditanya apakah amalan paling utama untuk mencapai Tauhid murni / sampai kepada Allah serta keredhaan Allah, jawapannya sudah tentu Zikrullah kerana matlamat insan adalah Allah,  hidup dan matinya kerana Allah, setiap nafasnya mesti Allah, ruhnya sentiasa saksikan Allah, hakikat kesudahannya Allah.…!

Dalilnya....

Firman Allah:

وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۗ    

"...dan zikrullah itu sebesar-besar ibadah "

[Al-Ankabut (29) :  Ayat 45]    

Menurut Tafsiran Ibnu Abbas dan Ulama Ahlus Sunnah lainnya, Ayat tersebut membawa beberapa pengertian:

(1) Zikrullah (ingat Allah, sebut nama Allah, tafakkurkan nama Allah) adalah sebesar2 Ibadah.  Orang yang tekun mengerjakan ibadah zikrullah siang malam tanpa berhenti dengan penuh ikhlas dan menurut adab, hukum dan kaifiyyatnya, maka dia akan memperoleh  darjat kedudukan paling tinggi di sisi Allah.

(2) Setiap ibadah yang dikerjakan dengan zikrullah (ingat Allah) di dalamnya,  maka ibadah tersebut adalah ibadah yang terlebih baik, sempurna yang memperoleh redha Allah.  Ibadah yang tiada zikir di dalamnya adalah "kosong" dan "kerugian".

(3) Ingatan Allah terhadap hamba2-Nya yang zikrullah (mengingat Allah) adalah lebih utama.  Ertinya Limpahan Rahmat dan Inayah (pertolongan Allah) terhadap hamba2-Nya yang zikrullah adalah jauh lebih hebat dari ingatan hamba kepada Tuhannya.  Hamba cuma buat sedikit tetapi Allah Taala melimpahkan Rahmat yang banyak.


Tafsiran2  tersebut menepati Hadith berikut:

Firman Allah di dalam Hadith Qudsi:

Sayyidina Abu Hurairah  رضي الله عه bersabda :  Allah Ta’ala ber-firman,

“Sesungguhnya Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hamba-Ku terhadap-Ku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingati Aku di dalam dirinya maka Aku mengingatinya di dalam diri-Ku dan jika dia mengingati Aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik ( jemaah para malaikat ). Apabila hambaku mendekati-Ku sejengkal maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta maka Aku dekati dia sedepa, dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan maka Aku dekati dia dengan berlari.”

[ Imam Al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi]ۗ

dan Hadith ini…..

Hadith Rasulullah

Abu Darda Radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah   bertanya kepada para  Sahabatnya “Mahukah daku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi Allah yang meninggikan darjatmu ke peringkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkahkan emas dan perak di Jalan Allah, yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para Sahabat berkata, “Bahkan, apakah itu Ya Rasulullah?”

Nabi bersabda:

Zikrullah

[Riwayat Imam Ahmad, Imam Tirmizi]

 

Beberapa Peringatan Penting:

 

(1) Perkara terpenting yang WAJIB ada di dalam ingatan setiap hamba Allah ketika melakukan Ibadah Khassah (khusus) atau Ibadah 'ammah (umum) adalah :  Ikhlaskan niat kerana Allah — semata2 mencari keredhaan Allah.   Buang jauh2 semua niat2 lain jika ada.     Jika satu ketika dahulu, kita sering melakukan amal ibadah kerana suatu tujuan duniawi atau mungkin tujuan ukhrawi (akhirat) tetapi terselit di dalamnya niat kerana mencari "pahala", "ganjaran" dan sebagainya, maka pada hari ini cuba ubah semua macam niat2 lain yang bercampur2 itu kepada Niat semata2 mencari "Keredhaan dan Kasih Allah".

(2) Semua amal ibadah yang telah dihuraikan di atas (Zikrullah, Solawat, Istighfar, Taubat, Solat Sunnah, Sedekah, Bacaan Qur'an)  sudah menjadi kelaziman bagi Salikin (orang yang menempuh perjalanan kepada Allah dengan bimbingan Mursyid yang siddiq).   Sejak mulai bai'at mereka sudah dilatih dengan berbagai Zikir, Wirid dan lain-lain secara intensif sehingga kedatangan Ramadhan tidak dirasakan suatu bebanan, sebaliknya menjadi lebih ringan kerana sudah menjadi kelaziman. Pada bulan puasa mereka cuma perlu tajamkan lagi jiwa mereka untuk beramal sungguh2 mencari Kasih Ilahi di dalam bulan penuh keberkatan.

(3) Amal ibadah seperti Zikrullah, Solawat, Istighfar dan lain-lain  yang dikerjakan dengan kaifiyyat, peraturan, syarat dan adab2 tertentu yang diambil dari Mursyid yang siddiq mempunyai nilai ibadah yang jauh lebih tinggi disebabkan keberkatan serta limpahan keruhanian dari sekalian Ahli Silsilah Masyaikh serta Ruhaniyah Rasulullah  .




SUMBER:

SIRI Q & A 
Jawapan dan Susunan:

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 







 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Jumaat, 24 Januari 2025

ARASY (17) - akhir

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ






...sambungan...

Perbincangan dan Rumusan dari keseluruhan penjelasan di atas adalah :

Keempat :
~~~~~~~~~

Ungkapan sebenar bagi menjelaskan pertemuan dan penglihatan Rasulullah  pada Zat Allah di atas Arasy adalah :


Allah Ta’ala tajalli (menyatakan diri-Nya) kepada Rasulullah  di atas Arasy.  BUKANLAH sebagaimana sangkaan sebahagian Orang Islam, bahwa  Allah Ta’ala "duduk" di atas Arasy.   Ini pegangan yang salah.

Keadaan tajalli yang disebutkan di atas hampir serupa dengan “Tajalli Allah Ta’ala di bukit Tursina” kepada Nabi Musa Alaihis Salam.  Maksud Alllah Ta’ala Tajalli di Bukit Tursina,  BUKANLAH  bermakan Allah Ta’ala itu duduk atau berdiri atau bertahta di atas bukit Tursina,  melainkan apa yang dimaksudkan adalah Allah Ta’ala menyatakan Diri-Nya di atas Bukit Tursina.

Bagaimanakah kaifiyyat atau cara  “Allah Ta’ala menyatakan diri-Nya”?  

Jawapan nya : 

Tiada kaifiyyat atau cara untuk menghuraikannya dan dilarang bertanya “bagaimana”  terhadap Zat Allah Ta’ala, kerana Dia Zat Yang Laisa Kamithlihi Syai’un.



Kelima :
~~~~~~

Ulang aliknya Rasulullah  ke Arasy agar dikurangkan waktu solat 50 waktu, BUKAN kerana Allah duduk di atas Arasy tetapi perbuatan Rasulullah  adalah sebagai adab dan sebagai isyarat “maqam” menerima perutusan Ilahi iaitu Rasulullah  kembali ke tempat Baginda mula2 diwahyukan perintah solat.



Keenam  :
~~~~~~~~

Rasulullah   tetap memandang Allah Ta’ala sama ada ketika Baginda di dunia atau ketika Baginda diangkat ke Arasy. Tetapi bezanya,  pandangan terhadap Zat Allah di atas Arasy adalah suatu pandangan yang istimewa yang tidak dapat digambarkan dengan kata2 atau tulisan atau fikiran.    Di dalam istilah Ma’rifat, ini adalah disebut : Tajalli (pernyataan Tuhan akan diri-Nya kepada hamba pilihan-Nya)



Ketujuh :
~~~~~~~~

Allah Ta’ala tetap sediakala sama ada ketika Rasulullah     tinggal di bumi atau Baginda diangkat ke atas Arasy. Tidaklah berkurang jarak antara Baginda dengan Allah Ta’ala disebabkan naiknya Rasulullah ke atas Arasy.  Dan juga tidak bertambah jauh jaraknya dari Allah Ta’ala disebabkan turunnya Baginda dari Arasy. 

Hakikatnya tidak wujud “jarak” antara makhluk dengan Tuhan Rabbul Jalil kerana Dia (Rabbul Jalil) adalah Maha Besar yang tiada had kebesaran-Nya dan Maha Meliputi bagi sekalian makhluk yang tidak dapat disebutkan atau dibayangkan kaifiyyatnya (caranya).



Kelapan:
~~~~~~~

Sesiapa yang mengi’tiqadkan bahawa Allah Ta’ala itu duduk atau bertahta seperti manusia bertahta di dunia, lalu Rasulullah    datang menghadap laksana rakyat menghadap Raja di dunia, maka ini tidak syak lagi adalah Syirik.

Wallahu A’lam. 


- SELESAI -




SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : ARASY
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 







 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

ARASY (16)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


...sambungan...


6.0 Penjelasan Mi'raj Rasulullah - Tujuan dan Hikmah 


Perbincangan dan Rumusan dari keseluruhan penjelasan di atas adalah :

Pertama :
~~~~~~~~

Tujuan utama Rasulullah  diangkat ke Arasy adalah sebagai  suatu kemuliaan yang tiada terhingga kepada Baginda dan memperlihatkan segala tanda2 Kebesaran dan Keagungan Allah Ta'ala. BUKAN kerana Allah Ta’ala duduk di atas Arasy.

Dalam ertikata lain, Allah Ta’ala memperjalankan Rasulullah 
ﷺ 
ke Arasy adalah bertujuan memperlihatkan kepada seluruh alam semesta bahawa Baginda adalah insan termulia dan Arasy itu menjadi “lambang” kemuliaan tersebut.  

Dijelaskan lagi maksudnya secara umum:  Insan2  yang dipilih oleh Allah sampai ke Arasy-Nya adalah insan2 yang menerima kemuliaan yang tidak terhingga dari Allah Ta’ala. Mereka menjadi kekasih Allah yang sentiasa berdamping dengan-Nya, sentiasa menerima seruan2-Nya dan sentiasa di dalam pimpinan-Nya.


Kedua :
~~~~~~
Melalui peristiwa Mi’raj Rasulullah , Ummat manusia seluruhnya dapat mengetahui akan betapa luas, besar dan hebatnya sekalian ciptaan Allah Ta’ala. 


Ketiga :
~~~~~~
Memang benar Rasulullah  melihat Zat Allah ketika Baginda diangkat oleh Allah Ta’ala ke atas Arasy. Tetapi perlu di jazamkan (tanam kukuh di dalam hati), bahawa Zat Allah yang Baginda lihat adalah Zat  Yang Laisa Kamithlihi Syai’un. (tiada umpama sesuatu seperti-Nya)  yang tidak dapat disebutkan rupa-Nya atau tempat-Nya atau arah-Nya..!

Segala yang terlintas pada fikiran yang menggambarkan rupa, bentuk, arah atau tempat bagi Tuhan, maka itu BUKAN Tuhan Rabbul Jalil.



...bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ




SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : ARASY
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 







 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Khamis, 23 Januari 2025

ARASY (15)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


...sambungan...


6.0 Penjelasan Mi'raj Rasulullah - Tujuan dan Hikmah 


Kelima : Arasy adalah Lambang Kemuliaan Ahli Ma’rifat


Orang yang berjalan pada Jalan Ma’rifat Ilahiyyah, pada hakikatnya adalah mereka itu  “Mi’raj” ke Arasy Allah Ta’ala dengan “ruh” nya.  (kita telah huraikan sebelum ini, hanya Rasulullah   seorang sahaja kekasih Allah yang diperjalankan oleh Allah ke Arasy dengan jasad dan ruh. Selain dari itu sama ada mereka itu Rasul, Nabi atau Ahli Ma’rifat,,, kesemua mereka hanya sampai ke Arasy dengan ruh semata2)

Salikin (murid pada Toriqat Ahli Sufi atau disebut juga pengembara keruhanian pada Jalan Ma’rifat Ilahiyyah) akan melalui pengembaraan “ruh”  atau “ruhani” nya merentasi sekalian langit dunia menuju ke Arasy.

Maqam atau stesen perhentian terakhir bagi seseorang salikin adalah Arasy. Orang yang sampai ke Arasy (ruhaninya) dan sudah tetap kedudukannya di atas Arasy,  tidak lagi disebut “salikin” tetapi di sebut “Arifin”  (rujuk Penjelasan dan dalil2 berkenaan Arif Billah pada tajuk “Pembahagian Tingkatan Iman” ). 

Mereka diperlihatkan oleh Allah Ta’ala akan Zat-Nya Yang Laisa Kamitlihi Syai’un (Yang tiada umpama sesuatu seperti-Nya)  sebagaimana Allah Ta’ala memperlihatkan diri-Nya kepada Rasulullah 
ﷺ ketika Baginda Mi’raj. Pandangan ini adalah benar dan BUKAN khayalan.  Hanya saja pandangan ahli Ma’rifat (iaitu Rasul, Nabi dan Mu’min Sejati yang sampai maqam Quddus ini seluruhnya) adalah melalui pandangan “ruhani”  semata-mata. Ertinya walaupun jasad mereka di dunia, tetapi ruh mereka terbang ke angkasa raya, merentasi sekalian langit dunia, sampai ke Sidratul Muntaha  dan akhirnya sampai ke Arasy lalu diperlihatkan oleh Allah Ta’ala akan Zat-Nya Yang Maha Agung dan Maha Suci.  Maqam ini adalah Maqam Tauhid Zat yang sempurna..!  Atau disebut juga maqam “Tajalli"

Bagaimanakah ini berlaku?

Ini tidak dapat disebutkan di sini secara terperinci.  Memadailah difahami secara ringkas bahawa wujudnya Mu’min Sejati yang suci bersih diangkat oleh Allah Ta’ala ke Arasy dan dipakaikan dengan pakaian kemuliaan menjadi kekasih Allah.  Mereka adalah Ahli Ma’rifat atau disebut juga Arif Billah yang mewarisi Rasulullah 
 bagi mendidik dan memimpin Ummat Baginda. Mereka dizahirkan oleh Allah Ta’ala silih berganti pada setiap zaman sehingga ke Hari Qiamat.




...bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ




SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : ARASY
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 







 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

ARASY (14)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


... sambungan...


6.0 Penjelasan Mi'raj Rasulullah - Tujuan dan Hikmah 


Ketiga : Perjalanan Rasulullah  mempunyai arah tertentu

Dari kisah Mi’raj, kita faham bahawa Rasulullah  ﷺ diangkat dari satu langit ke langit sehingga akhirnya sampai ke Arasy.  Ini menunjukkan Rasulullah  bergerak pada “arah” tertentu.


Kunci memahami penjelasan ini adalah perkataan “arah”.

Pada pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah, setiap sesuatu yang memiliki “arah”  adalah makhluk. Arasy adalah makhluk, maka layaklah dikatakan Rasulullah 
 menuju ke Arasy.

Tetapi bolehkah kita katakan Allah Ta’ala "duduk"  di atas Arasy dan Rasulullah  
 menuju Allah di atas Arasy?  Jika ada I’tiqad demikian bermakna kamu sudah menyamakan Allah Ta’ala dengan makhluk. Maha Suci Allah Ta’ala daripada memiliki “arah” …!


Keempat :  Arasy adalah sebuah “tempat”

Sebagaimana huraian berkenaan sifat2 Arasy, kita fahami Arasy adalah makhluk Allah yang diciptakan yang mempunyai tempat tertentu, iaitu kedudukannya di atas sekalian alam.  Apabila disebut “tempat” dan “di atas”   secara khusus menunjukkan kepada kedudukan, maka ini adalah makhluk.

Pada I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah, yang memiliki “tempat” adalah makhluk. Maha Suci Allah Ta’ala tidak mempunyai tempat tertentu.





.. bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ




SUMBER:

SIRI RENCANA PILIHAN : ARASY
Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 







 

    Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...