Rabu, 25 September 2024

sambongan..

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


WAJIB MEMPELAJARI PRINSIP AHLUS SUNNAH DAN JUGA MENGETAHUI 72 GOLONGAN SESAT



sambongan..

Perhatikan beberapa contoh penyelewengan dan kesesatan yang telah terjadi di kalangan orang2 yang mengaku Ahlus Sunnah sendiri.  Mereka mengaku Ahlus Sunnah tetapi terjatuh kepada Golongan Sesat disebabkan tidak mengetahui Ajaran dan Doktrin Sesat.

Contoh 1:

Beri'tiqad Allah menetap di Arasy.

Ini adalah i'tiqad sesat dan kufur yang dianuti oleh Golongan sesat  Mujassimah tetapi ada orang2 Islam terpengaruh dengan ajaran ini. Na'uzubillah.

Bahkan tidak kurang juga ustaz ustazah mempunyai ijazah, Dr, Profesor terpengaruh dengan ajaran sesat ini dan mendakyahkannya di Masjid2 dan surau2...! Mereka ini adalah berfahaman Wahhabiyyah (khawarij zaman ini)

Orang2 ini menukil kitab2 Ahlus Sunnah juga tetapi menyelewengkannya kepada fahaman sesat mereka.    Mereka sengaja mengubah perkataan Imam2 Ahlus Sunnah agar sesuai dengan i'tiqad BATIL mereka...!

I'tiqad dan Pegangan Ahlus Sunnah yang benar berhubung dengan hal ini adalah :

Allah Ta'ala TIDAK menetap di Arasy, TIDAK menetap di langit,  TIDAK juga duduk di bumi, bahkan Dia TIDAK menetap / duduk / tinggal di mana2 tempat pun, kerana istilah "menetap, tinggal, duduk, istirehat, bersimpuh dsb hanya layak bagi makhluq.   Hanya makhluq menempati makhluq, hanya makhluq menetap atas makhluq. 

Apabila kamu nisbahkan Allah Ta'ala menetap di langit atau menetap /  istirehat di  Arasy, maka kamu telah mempersekutukan Allah Ta'ala.

Jika demikian bagaimana i'tiqad sebenar Ahlus Sunnah?

I'tiqad yang WAJIB dijadikan pegangan adalah:

Allah Ta'ala istiwa di atas Arasy dan kaifiyyat istiwa TIDAK diketahui.   DILARANG berkata atau i'tiqad Allah Taala menetap atau tinggal di Arasy.

✨🕌✨Firman Allah:

 ٱلرَّحْمَـٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ

Bermula (Allah), Tuhan bernama Ar-Rahman istiwa  di atas Arasy. 

[Surah Toha (20) : Ayat 5]

Mentafsirkan ayat ini...

Berkata Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

"Al-kaif (caranya) Tuhan istiwa  di atas 'Arasy tidak diketahui. Maka DILARANG bertanya bagaimana Tuhan di Arasy.     Bertanya atau membincangkan atau membahaskan cara @ bagaimana Tuhan istiwa di atas Arasy adalah bid'ah kesesatan."

[Tamat petikan Kitab Al Ghunyah Imam Jilani]

Contoh 2:

Menuduh Sambutan Maulid Nabi sebagai bid'ah sesat.

Ini adalah fahaman dan pegangan Golongan Wahhabiyyah (khawarij) yang sesat.

Ahlus Sunnah berpegang bahawa menyambut Maulid Nabi, membesarkan Baginda dengan puji-pujian adalah Sunnat dan mendapat ganjaran besar bagi mereka yang memuliakan Baginda dengan berbagai  bacaan Solawat, Qasidah, Barzanji dll yang telah termaktub di dalam kitab2 Auliya  Allah yang masyur di kalangan ummat.

Contoh 3:

Menuduh Tasawwuf dan Toriqat sahih dari Rasulullah sebagai sesat.

Ada orang Islam yang jahil  menuduh   ilmu Tasawwuf sebagai ajaran yang berasal dari ajaran Hindu, Panjthan, Majusi dll.  

Golongan ini juga menuduh semua Toriqat sebagai ajaran sesat.  Mereka menuduh Toriqat Naqsyabandiah, Qodiriyyah, Samaniyyah, Saziliyah dll sebagai ajaran sesat.   Na'uzubillah.

Toriqat Qodiriyyah adalah hasil ijtihad  Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani , seorang Auliya Allah berketurunan Rasulullah 

Toriqat Naqsyabandiah adalah ijtihad Al Qutb  Shaikh Baha'Uddin Shah Naqsyabandi,  Bukhara.   Asal Toriqat ini diamalkan oleh Junjungan Rasulullah  dan para Sahabat Baginda.  

Shaikh Baha'Uddin cuma menghimpun dan berijtihad memberi nafas baru kepada Manhaj Pendidikan yang diwarisi daripada  Rasulullah .

Toriqat Saziliyah adalah ilham dan Ijtihad Al Qutb Imam Abu Hasan Sazili Radhiallahu Anhu.

Demikian lah semua Toriqat yang sahih Mu' tabar didirikan oleh Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah yang juga berketurunan Rasulullah .

Semua Toriqat Mu'tabar mempunyai susur galur pengambilan sampai kepada Khulafa Ar Rasyidin dan akhirnya sampai kepada  Junjungan Besar Rasulullah .

Adakah kamu menuduh sekalian Imam2 Ahlus Sunnah yang mulia yang mendirikan Toriqat itu sesat?

Wal Iyazubillah...!

Sesiapa pernah menuduh sesat atau menyangka buruk kepada Auliya Allah itu WAJIB taubat dan WAJIB mengucap Syahadah kembali kerana memusuhi Auliya Allah menjadikan seseorang itu tanggal Iman dan Islamnya.

Wal Iyazubillah.

Demikianlah beberapa contoh yang kami sempat sebutkan secara ringkas.

Banyak lagi contoh2 kesesatan  lain yang sedang menimpa ummat ini.  Akibat dari kejahilan akan pegangan Ahlus Sunnah yang benar (tulen) sendiri, dan akibat dari kejahilan fahaman2 sesat... sebahagian ummat ini memusuhi Ahlus Sunnah dan  telah jatuh kepada kesesatan tanpa mereka sedari....!

Wal Iyazubillah...!

Sedarlah....

Akhir zaman penuh dengan tipu daya, penyelewengan dan kesamaran.

✨🕌✨Rasulullah     bersabda:

Segeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti malam yang gelap gulita. Di pagi hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di petang harinya. Di petang hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia.”
[Imam Muslim]

Menurut tafsiran Ahli Ma'rifat Yang Baginda maksudkan adalah zaman ini, zaman penuh tipu daya. .. di mana yang BENAR akan dituduh dan SESAT, sementara yang BATIL akan dinaikkan sebagai kebenaran.  

Inilah zamannya...!

Kesimpulannya:

Pelajari Prinsip Ahlus Sunnah sungguh2 dan berpegang teguh padanya.  Pada masa yang sama ketahui juga secara ringkas ajaran dan doktrin sesat untuk menjauhinya.

JANGAN sesekali berkata ini halal ini haram tanpa pengetahuan yang benar

JANGAN sesekali menuduh sesat tanpa pengetahuan yang haq.   Pelajari Pegangan Ahlus Sunnah yang benar dari Mursyid yang siddiq (pewaris Nabi yang muhaqqiq) atau dari ustaz yang benar2 mengetahui dan berpegang kepada Ahlus Sunnah yang benar (tulen)

AWAS... JANGAN terpedaya kepada Golongan Wahhabiyah (khawarij) atau Syi'ah (rafidhi) atau sekular yang sering  menuduh  amal soleh  Ahlus Sunnah sebagai Bid'ah sesat.  Yang benar adalah : Mereka itulah golongan bid'ah sesat.

AWAS... Jarak IMAN atau KUFUR boleh jadi hanya satu garis halus.

Jalan keluar yang paling selamat adalah mencari Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq) dan berpegang kepadanya.   Mursyid yang siddiq TIDAK akan berdusta.  Mereka adalah hamba2 Allah yang takut kepada Allah, memegang Amanah Allah atas muka bumi memimpin manusia kepada Ketuhanan. 

Orang awam yang belum bertemu seorang Mursyid Pewaris Nabi ini, bersertalah Ummat terbanyak Ahlus Sunnah dan ikutilah pegangan mereka. Kenali Ahlus sunnah yang benar (tulen) dan kenali juga Ahlus Sunnah PALSU dan golongan tersesat supaya TIDAK terjatuh kepada golongan sesat tanpa disedari. 

Pada zaman ini golongan Ahlus Sunnah PALSU dan golongan sesat ada di mana2... termasuk di dalam  jemaah2 yang bernama Islam, Universiti, jabatan2 kerajaan dan Pejabat Agama. 

Sesiapa yang ikhlas mencari Allah, mencari jalan Ahlus Sunnah yang benar pasti akan ditunjukkan oleh Allah.

 

ِاِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


SUMBER:

WAJIB MEMPELAJARI PRINSIP AHLUS SUNNAH DAN JUGA MENGETAHUI 72 GOLONGAN SESAT

Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 




     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

PRINSIP AHLU SUNNAH WAL JAMAAH@ASWJ

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


WAJIB MEMPELAJARI PRINSIP AHLUS SUNNAH DAN JUGA MENGETAHUI 72 GOLONGAN SESAT


Ini suatu persoalan penting bahkan yang terpenting bagi orang2 Islam yang benar2 beriman.

Persoalan:

Adakah wajib mempelajari dan seterusnya berpegang teguh dengan Prinsip2 Ahlus Sunnah yang benar (tulen)?  Pada masa yang sama adakah wajib juga mengetahui sifat-sifat 72 Golongan sesat?

Jawapannya: 

WAJIB secara mutlaq tanpa kompromi mengetahui kedua2nya sekaligus

Setiap orang Islam, wajib mempelajari Prinsip2 Ahlus Sunnah yang benar (tulen) dan berpegang teguh dengannya.   Pada masa yang sama mereka juga wajib mempelajari ciri-ciri 72 Golongan sesat dan sungguh2 menjauhi mereka.

Tanpa mempelajari kedua2 ini ;  iaitu Ahlus Sunnah yang  BENAR dan Golongan BATIL  yang bertentangan ini,  seorang Muslim yang beriman belum selamat...!

Mengapakah tidak selamat ?

Mengapakah TIDAK memadai mempelajari Prinsip2 Ahlus Sunnah sahaja

Mengapakah  wajib juga mengetahui ajaran, pegangan, i'tiqad yang salah dan bertentangan dengan Ahlus Sunnah ?

Jawapan:

Ada empat sebab mengapa setiap orang Islam wajib mempelajari Prinsip Ahlus Sunnah dan juga pada masa yang sama mengenali sifat dan pegangan Golongan batil dan tersesat:

Pertama:

Berdasarkan Ayat Qur'an dan Hadith yang qat'ie (jelas nyata dan putus) yang memerintah supaya mengikuti Jalan Lurus "Ihdinas-Sirat-al-Mustaqeem"  dan jauhi Golongan Sesat.

Satu2nya jalan lurus dan benar adalah Ahlus Sunnah sedangkan jalan lain ada kesesatan kekufuran.

Kedua:

Supaya tidak terjatuh kepada golongan sesat tanpa disedari.  

Orang yang tidak mengenali "kaca bersalut permata" mudah tertipu dengan "kaca" yang disangkanya "permata"

Orang yang TIDAK mengenali perkara2 yang membatalkan Iman, ditakuti terjatuh kepada kekufuran tanpa disedari.

Orang yang TIDAK mengenali sifat2 Golongan Sesat mudah saja terikut / terpengaruh dengan fahaman Sesat.

(hal ini sudah pun terjadi di kalangan ummat Islam)

Ketiga:

Jauhkan daripada tersalah langkah memusuhi Ahlus Sunnah sendiri.

Maksudnya orang yang TIDAK mengetahui Prinsip Ahlus Sunnah yang benar akan salah menuduh  ajaran dan pegangan Ahlus sunnah sebagai batil sementara dia akan membenarkan Ajaran BATIL sebagai ajaran benar.

Oleh kerana dia tidak mempunyai pengetahuan yang cukup berkenaan Ahlus Sunnah dan musuh2 Ahlus Sunnah, maka dia akan mudah membenarkan fahaman yang BATIL sementara yang BATIL akan disangka- nya BENAR..!

(Malangnya hal ini juga sudah terjadi di kalangan Ummat Islam akhir zaman)

Keempat:

Wujudnya golongan yang menyamar sebagai Ahlus Sunnah sedangkan mereka itu adalah Ahlus Sunnah PALSU yang memusuhi Ahlus Sunnah.

Golongan ini adalah  adalah musuh dalam selimut yang bergerak secara sembunyi2 dan menyebarkan doktrin sesat di kalangan Ahlus Sunnah.    Mereka adalah pendakyah2 Yahudi dan Nasrani  atau  golongan yang terpengaruh dengan ajaran sesat seperti Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyyah (khawarij) dan Liberal (sekular) dll .

Setengah mereka mahir dan petah di dalam bicara Agama, fasih baca Qur'an,  fasih baca Hadith Rasul, mempesona di dalam ceritakan kisah2 kehidupan, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah. Bacaan Qur'an mereka hanya pada lidah, tak masuk ke dalam hati,  mereka keluar dari Agama sebagaimana keluarnya panah dari busurnya. Ini yang diisyaratkan oleh Nabi  dengan Sabda Baginda….

✨🕌✨Rasulullah  bersabda:

"Di akhir zaman akan muncul kaum yang muda usia dan lemah akal. Mereka berbicara dengan pembicaraan yang seolah-olah berasal dari manusia yang terbaik. Mereka membaca Al Quran, tetapi tidak melampaui tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama, secepat anak panah meluncur dari busur. Apabila kalian bertemu dengan mereka, maka bunuhlah mereka, karena membunuh mereka berpahala di sisi Allah pada hari Qiamat.
[Imam  Muslim]


... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

SUMBER:

WAJIB MEMPELAJARI PRINSIP AHLUS SUNNAH DAN JUGA MENGETAHUI 72 GOLONGAN SESAT

Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah 




     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Khamis, 25 Julai 2024

AHLU SUNNAH WAL JAMAAH (4)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



10 TANDA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH yang telah diterangkan sebelum ini menunjukkan bahawa kita WAJIB tahu dan  mempelajarinya prinsip-prinsipnya.

Berikut adalah nota catatan Kuliah Subuh semasa SULUK bertarikh 6.3.2023 :-

Tuan Guru Yang Dimuliakan lagi Dikasihi telah menerangkan dengan lebih jelas lagi mengenai Jalur Ahlu Sunnah Wal Jamaah  bahawa: 

⭐️Jalur Ahlu Sunnah Wal Jamaah tidak pernah berpecah. Silsilah Rasulullah ini kekal sampai Qiamat dan sentiasa di dalam peliharaan Allah Ta'ala.

⭐️72 golongan telah keluar dari Jalur Ahlu Sunnah Wal Jamaah seperti golongan Khawarij (Wahhabiah - zaman ini) dan golongan Mu'tazilah. Adalah wajib mempelajari ciri-ciri 72 golongan sesat berkenaan dan bersungguh-sungguh menjauhi mereka. 

( Sebelum ini... pengetahuan yang sedia ada adalah... ada 73 golongan dengan JALUR masing-masing ; Satu jalur daripadanya adalah jalur Ahlu Sunnah Wal Jamaah..Ternyata ini TIDAK BENAR sama sekali! )

⭐️Kepimpinan Ahlu Sunnah bermula sebaik sahaja kewafatan Junjungan Besar ﷺ,  iaitu pada zaman Kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin — Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali Ridhwanullah.  

⭐️Golongan yang tidak ikut Ahlu Sunnah Wal Jamaah, bererti tidak ikut silsilah Rasulullah adalah SESAT - FASIQ.
 
⭐️Pengakuan sebagai ahli Ahlu Sunnah Wal Jamaah tidak bererti sudah ikut dan amalkan prinsip2 Ahlu Sunnah Wal Jamaah. 

⭐️Golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah wajib mengikut sepenuhnya serta amalkan 100% :

        1. Syari'at

        2. Toriqat

⭐️Kedua² Syari'at dan Toriqat terbit dari Wahyu Ilahi.  Kewajipan amalkan Syari'at dan Toriqat turun bersama Wahyu pertama. Cuma pada hayat Rasulullah  belum ada pembahagiannya. Penyusunan dan pembahagian kedua2 Ilmu ini berserta syarat, adab, peraturan, hukum semua ini dilakukan oleh Ulama Mu'tabar kemudiannya, iaitu pada Zaman Tabi'in.

⭐️Ilmu Toriqat diwajibkan terlebih dahulu sebelum Syari'at.  Menurut Manhaj Al Qur'an yang Allah Lebih Mengetahui segala rahsianya, Syari'at hanya diwahyukan selepas 10 tahun Kerasulan Nabi Muhammad  dengan Perintah mengerjakan Solat sedangkan Toriqat iaitu Proses Penyucian Jiwa sahabat Nabi sudah bermula dengan Wahyu pertama ini.  Perhatikan sungguh2 akan hakikat ini.

⭐️Suatu hakikat yang tidak ramai yang menyedarinya, iaitu Ilmu Toriqat, Ilmu mendidik Jiwa, Ilmu Tazkiyyatunnafs dilaksanakan oleh Rasul jauh terlebih dahulu dari Ilmu Syari'at. 

SUMBER:
DALIL TORIQAT : DALIL WAJIB AMALKAN TORIQAT
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah 




     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀



Rabu, 24 Julai 2024

AHLU SUNNAH WAL JAMAAH (3)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Tanda-tanda Utama Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ialah:-

(sambongan)


8. HARAM dan berdosa besar mengkafirkan atau hukum sesat atau hukum syirik kepada  seseorang Muslim  atau satu kumpulan orang Islam dengan semata2 pendapat aqal / nafsu. 


Hak jatuhkan hukuman pada individu atau kumpulan adalah pada Ulama Pewaris Nabi yang mahir di dalam selok-belok hukum Agama serta Mahkamah Islam.

Orang awam cuma menasihati / memberi peringatan / amaran kepada orang2 yang tersalah jalan.

9. Haram, berdosa besar dan masuk kepada kekufuran orang2 yang mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith mengikut pendapat aqalnya.


Maksud haram mentafasirkan Al Qur'an dan Hadith mengikut aqal adalah cuba memahami ayat Qur'an dan Hadith Nabi mengikut pendapat sendiri dan jadikannya pegangan.


10. Meyakini perkara2 berikut berdasarkan Al Qur'an, Hadith serta Fatwa Ahlus Sunnah:

(1) Yakin Kewujudan Nur Muhammad.

(2) Rasul, Nabi, Aulia Allah (yang telah wafat) hidup di alam Barzakh secara istimewa dan harus ditemui / bertemu orang soleh yang hidup.

(3) Sunnat ziarah Maqam Rasul, Nabi, Wali Allah dan umum orang beriman.

(4) Sunnat mengambil barakah dari tubuh Nabi seperti rambut, air liur, peluh atau pakaian baginda, sama ada ketika Baginda hidup atau sesudah wafat.

(5) Harus tawassul melalui Rasulullah, Auliya Allah dan orang-orang soleh.

(6) Sunnat menyambut dan muliakan Maulid Nabi.

(7) Harus bahkan boleh jadi sunnat mengadakan tahlil dan kenduri arwah.

(8) Harus menggunakan ruqyah, azimat, ta'weez, Aufaq yang menepati syarat2 yang telah difatwakan oleh Ulama Mu'tabar.

(9) Bersikap pertengahan di dalam menyambut bulan2 kemuliaan tertentu seperti Muharram, Rejab, Sya'ban dan jauhi sama sekali golongan ghuluw yang melampaui ketentuan Agama. (Ahlus Sunnah)
Ertinya TIDAK menolak terus kemuliaan2 di dalamnya serta beramal sesuai dengan ketentuan Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar.
(Jauhi sikap Wahhabiyah)

Pada masa yang sama TIDAK pula berlebihan sehingga mencipta ayat palsu, hadith2 palsu dan khabar palsu.
(Jauhi sikap Syi'ah Rafidi)

(10)  Fatwa2 lain yang diputuskan oleh Ulama Ahlus Sunnah dari semasa ke semasa.

Jika kalian memahami ASAS-ASAS terpenting Ahlus Sunnah Wal Jamaah ini, kalian sudah memperoleh kebaikan yang banyak.

Cara paling selamat bagi setiap orang beriman adalah mencari dan berguru kepada Warisatul Anbiya yang siddiq. (benar), iaitu Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat  yang benar2 mewarisi ilmu Nabi zahir dan batin, jasmani dan ruhani, syari'at dan haqiqat.

Mereka adalah insan2 terpilih yang sentiasa berserta Allah, sentiasa di dalam pimpinan ruhaniah Rasulullah . dan sentiasa di dalam kebenaran. Mereka tidak bawa kalian melainkan kepada Allah. Maka berserta mereka itulah keberuntungan yang sebenar. Ini telah sepakat Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar.

Demikianlah 10 TANDA UTAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH yang telahpun dikuliahkan kepada kami ahli jamaah semasa kuliah pengajian bulanan mahupun semasa di dalam SULUK. Alhamdulillah... Syukur kepada Allah atas nikmat Ilmu dan Amal yang dikurniakan. Limpahkanlah kepada kami akan Rahmat-Mu, Redha-Mu dengan segala kebaikan di Dunia dan di Akhirat.

Aamiin Ya Rabbal ' Alamin

SUMBER:
10 TANDA UTAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah 




     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

AHLU SUNNAH WAL JAMAAH (2)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Tanda-tanda Utama Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ialah:-

(sambongan)


6. Mengakui dan memuliakan semua Auliya Allah.  


Antara yang ternama yang telah banyak berjasa kepada Ummat:

Khulafa Ar-Rasyidin – Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali Ridhwanullah.
Sayyidina Hasan
Sayyidina Husain
Semua sahabat Nabi yang mulia yang dimuliakan oleh Rasulullah
Imam Ali Zain Al Abidin
Imam Muhammad Baqir
Imam Jaafar Siddiq
Imam Hasan Al-Basri
Imam Sufyan Ath-Thawri
Imam Junaid Al Baghdadi
Imam Abu Yazid Al Bustami
Imam Musa Kazim
Imam Musa Ali Redha
Imam Abu Hanifah
Imam Malik
Imam Shafie
Imam Ahmad ibn Hanbal
Imam Abu Hasan Ashaari
Imam Ghazali
Imam Rafie
Imam Muhyiddin Abdul Qodir Jilani
Imam Ibn Arabiy
Imam Qastolani
Imam Nawawi
Imam Hujweri
Imam Sayuthi
Imam Fakhruddin Ar Razi
Imam Zakariyya Al Ansari
Imam Ash Sha'rani
Imam Qushairi
Imam Ibn Hajar Haithami
Imam Romli
Imam Ahmad Sirhindi
Imam Waliyullah Dahlawi
Imam Haddad
Imam Reza Khan
dan lain-lain.. yang diakui oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Kesemua mereka adalah Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah yang sebahagiannya mujtahid dan sebahagian-nya mujaddid Islam.


7. Menolak semua kelompok yang telah difatwakan sesat oleh Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang Mu'tabar.


Golongan Batil dan Palsu yang telah difatwa Sesat oleh Ulama Ahlus Sunnah Mu’tabar adalah:

72 Golongan sesat Aqidah:

1. Khawarij (Wahhabiyah zaman ini)
2. Mu'tazilah
3. Murji'ah
4. Syiah
5. Jahmiyyah 
6. Najjariyyah
7. Dharariyyah
8. Kilabiyyah
9. Musyabbihah
[Ijtihad Al Ghawth Al A'zhom, Sulton Auliya  Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anh]

11 Kelompok sesat keruhanian / ilmu batin sesat:
(Abad ke-5 Hijriyyah)

1. Hululiah
2. Haliah,
3. Awliaiyyah,
4. Syamuraniyya,
5. Hubbiyah,
6. Hurriyah,
7. Ibahiyyah,
8. Mutakasyiliyah,
9. Mutajahiyah,
10.Wafiqiyah,
11. Ilhamiyah
[Ijtihad Al Ghawth Al A'zhom, Sulton Auliya  Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anh]

7  Kelompok Sesat Keruhanian Zaman ini:

(1)  Ilmu Pertahanan Diri yang Sesat

Ilmu  Pertahanan diri seperti llmu Silat, kung Fu, Tai Chi dan sebangsa  yang dipengaruhi jinn syaitan. 

Untuk buktikan kekuatan masing2 adakan demo "tetak parang",  "lompatan api"  dan berbagai llmu kebal sedangkan mereka tertipu dengan mainan syaitan. 

Jika silat atau kung fu atau lain2 semata2 gunakan teknik gerak tanpa pengaruh unsur2 jinn syaitan, maka ini harus bahkan dianjurkan. 

Tetapi apa yang berlaku bukan saja teknik gerak semata2, melainkan disertai oleh unsur makhluk halus. 

Malangnya golongan silat tak mengakui perkara tersebut dan bermati-matian mempertahankan kebatilan.

(2)  Ilmu Meditasi Rawatan Kesihatan

Latihan Kesihatan yang dipengaruhi oleh ilmu jinn syaitan seperti  yoga dll. 

(3)  Ilmu Hakikat @ Kebatinan yang songsang

Pengkaji hakikat @ ilmu kebatinan dengan cara mengkaji kitab2 ulama yang tinggi lalu berlagak seolah2 mereka sudah memperolehnya.

Selain dari kelompok2 tersebut ada yang lain2 cuba menembusi Ilmu hakikat seperti Reiki, budi suci, cakra alam, kundalini dll sepertinya.

Orang2 Islam yang terpengaruh dengan konsep2 penganut Budha dan Hindu, mencipta cara sendiri dengan campur adukkan ayat Qur'an dan zikir tertentu.

(4)  Bomoh, Pawang dan Dukun

Semua kelompok bomoh, dukun, pawang, ahli nujum, ahli sihir dan sebangsanya bersekutu menyembah jinn syaitan untuk memperoleh kekuatan kebatinan.

(5)  Perawat / Tabib / Doktor yang subahat dengan jinn syaitan

Ini golongan Perawat / Tabib / Doktor Tradisi yang meng-gunakan jinn syaitan di dalam rawatan mereka. 

Sebahagian mereka tak sedar, namun kebanyakan mereka buat demikian dengan sedar / sengaja. 

Golongan ini agak berbeza dengan Golongan bomoh kerana mereka ini menggunakan nama2 Islam seperti Asy-Syifa,  Rawatan Islam, Rawatan Tradisi dsb.

(6)  Tafsir Al Qur'an dan Hadith dengan pemikiran sendiri / nafsu

Ini adalah semua golongan manusia yang gemar mentafsir Al Quran dan Hadith Nabi mengikut pendapat akal dan nafsu  seperti Wahhabiyah @ Najdiyah, Syiah, Sekular dan penyokong2 mereka dll.

(7)  Kelompok Tarik Rezeki Asmaul Husna

Kelompok ini salah guna Asmaul Husna gabungkan cara meditasi kafir mendakwa boleh menarik rezeki.

Semua golongan di atas adalah golongan sesat yang JELAS berlawanan dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar, maka dilarang menyertai mereka.


... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

SUMBER:
10 TANDA UTAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah 




     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Selasa, 23 Julai 2024

AHLU SUNNAH WAL JAMAAH (1)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Sebelum ini, apabila disebut Ahlus Sunnah Wal Jamaah, saya yakin bahawa saya pengikut dan berada di dalamnya sebab sudah tahu dan amalkan Rukun Islam, Rukun Iman serta mengaji Sifat 20 dan juga Sifat 50 !

Dalam pada itu,  di dalam hati ada juga tertanya-tanya.. Apakah tandanya kalau saya pengikutnya? Saya tidak menemui jawapan yang pasti baginya.. Yang ada hanyalah sangkaan dan tanda tanya sahaja???

Adakah cukup dengan pengetahuan dan amalan yang diperoleh semasa belajar di sekolah dahulu? Kemudiannya, adalah penambahan sedikit demi sedikit apabila mengikuti kuliah dan ceramah2 agama serta Daurah berkitab.. 

Ternyata memang benarlah.. Saya tahu sedikit sahaja tapi masih kurang jelas. Saya benar-benar memerlukan pimpinan untuk meneruskan perjalanan di atas Jalan yang lurus.  

Di antara Tanda-tanda Utama Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ialah:-

1. Meyakini bahawa satu-satunya kelompok ummat  yang selamat dan dijamin Syurga adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


2. DASAR pengambilan hukum adalah tiga sumber utama :

Al-Qur'an
As-Sunnah
Al-Ulama
(Ijma dan Qias Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar)

3. Mengakui Mazhab Fiqh, Usuluddin dan Tasawwuf seperti berikut :

Fiqh :

●Mazhab Hanafi
●Mazhab Maliki
●Mazhab Syafi’e
●Mazhab Hanbali
 
Usuluddin : 

●Asy’ariyyah
●Maturidiyyah

Tasawwuf /Toriqat :

Mengakui 44  (empat puluh empat) Toriqat Sahih pada sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagaimana Keputusan Mu'tamar Jami'ah Toriqah Mu'tabarah Pekalongan, Jawa, Indonesia.

4. Meyakini Setiap orang Islam yang mukallaf wajib  mempelajari dan beramal dengan tiga macam ilmu asas fardhu ain, iaitu:-
    💫Fiqh
    💫Usuluddin
    💫Tasawwuf / Toriqat

       
5. Setiap orang beriman wajib berguru kepada salah seorang dari wakil Rasulullah yang diamanahkan untuk memimpin ummat kepada Allah.

Iaitu guru yang dikenali sebagai Shaikh Mursyid atau Ahli Sufi atau Ahli Ma'rifat

Mereka ini sebagai Warisatul Anbia yang siddiq (benar) dan sekaligus pemimpin Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman mulai dari Kurun Sahabat Khulafa Ar-Rasyidin dan berterusan sehingga Qiamat.

... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

SUMBER:
10 TANDA UTAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah 




     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Isnin, 22 Julai 2024

ZIKIR DARJAT

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Alhamdulillah
Rasa penuh kesyukuran kepada Allah Yang Maha Esa

Ucapan penghargaan setinggi2nya kepada Tuan Guru Yang Dimuliakan lagi Dikasihi atas pimpinan dan didikan yang diberikan sebaik sahaja berbai'at.. Alhamdulillah..

Selepas mengambil talqin zikir dan mengamalkannya, timbul persoalan terhadap Zikir-zikir yang telah diamalkan selama ini. Penjelasan yang diberikan amat menginsafkan dan semakin terasa berada di dalam kejahilan. Inilah kali pertama mendengarnya...

Berikut adalah tulisan beliau di dalam Rencana Pilihan yang bertajuk:

MENJAWAB PERSOALAN MANA UTAMA : BACA QUR'AN, SOLAWAT, SOLAT, ZIKRULLAH
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah 



Petikan dari Rencana tersebut adalah seperti yang berikut:-

Ulama' bahagikan Zikrullah kepada dua bahagian besar:


1) Zikir Hasanat
~~~~~~~~~~~~


Ini adalah bermaksud zikir yang mendatangkan PAHALA (dan beberapa kebaikan urusan dunia).

Zikir ini dilakukan tanpa syarat atau kaifiyyat tertentu.

Inilah zikir yang lazim yang dilakukan oleh orang Islam pada umumnya.


2) Zikir Darjat
~~~~~~~~~~~~


Ini adalah  zikir yang bukan semata2 datangkan pahala tetapi jauh lebih dari itu bawa kepada tingkatkan IMAN dan TAQWA.

Apakah perbezaannya?

Terdapat dua unsur penting yang membezakan ZIKIR DARJAT dengan ZIKIR HASANAT  

Perbezaannya adalah:

(1) Setiap zikr DARJAT  itu  adalah mempunyai kaifiyyat (cara mengerjakan), peraturan dan syarat2 tertentu pada  menyebut dan amalkannya.

(2) Setiap Zikir DARJAT  itu diterima dari mulut Guru Mursyid @ Shaikh ( yang benar) yang dia terima secara musyafahah dari Guru Mursyid dia dan begitulah sambung-menyambung sampai Rasulullah 
. (Silsilah Rasulullah ﷺ)

Inilah bentuk Zikrullah yang banyak mendatangkan faedah pada Iman dan Taqwa.  Sebab ini juga Ulama Ahlus Sunnah mewajibkan setiap orang beriman mencari Mursyid dan ambil talqin zikir daripada beliau.


       Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Imam Mahdi Alaihis-Salam (akhir)

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . ..... sambongan......... (11) Salah ...