Khamis, 25 Julai 2024

AHLU SUNNAH WAL JAMAAH (4)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



10 TANDA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH yang telah diterangkan sebelum ini menunjukkan bahawa kita WAJIB tahu dan  mempelajarinya prinsip-prinsipnya.

Berikut adalah nota catatan Kuliah Subuh semasa SULUK bertarikh 6.3.2023 :-

Tuan Guru Yang Dimuliakan lagi Dikasihi telah menerangkan dengan lebih jelas lagi mengenai Jalur Ahlu Sunnah Wal Jamaah  bahawa: 

⭐️Jalur Ahlu Sunnah Wal Jamaah tidak pernah berpecah. Silsilah Rasulullah ini kekal sampai Qiamat dan sentiasa di dalam peliharaan Allah Ta'ala.

⭐️72 golongan telah keluar dari Jalur Ahlu Sunnah Wal Jamaah seperti golongan Khawarij (Wahhabiah - zaman ini) dan golongan Mu'tazilah. Adalah wajib mempelajari ciri-ciri 72 golongan sesat berkenaan dan bersungguh-sungguh menjauhi mereka. 

( Sebelum ini... pengetahuan yang sedia ada adalah... ada 73 golongan dengan JALUR masing-masing ; Satu jalur daripadanya adalah jalur Ahlu Sunnah Wal Jamaah..Ternyata ini TIDAK BENAR sama sekali! )

⭐️Kepimpinan Ahlu Sunnah bermula sebaik sahaja kewafatan Junjungan Besar ﷺ,  iaitu pada zaman Kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin — Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali Ridhwanullah.  

⭐️Golongan yang tidak ikut Ahlu Sunnah Wal Jamaah, bererti tidak ikut silsilah Rasulullah adalah SESAT - FASIQ.
 
⭐️Pengakuan sebagai ahli Ahlu Sunnah Wal Jamaah tidak bererti sudah ikut dan amalkan prinsip2 Ahlu Sunnah Wal Jamaah. 

⭐️Golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah wajib mengikut sepenuhnya serta amalkan 100% :

        1. Syari'at

        2. Toriqat

⭐️Kedua² Syari'at dan Toriqat terbit dari Wahyu Ilahi.  Kewajipan amalkan Syari'at dan Toriqat turun bersama Wahyu pertama. Cuma pada hayat Rasulullah  belum ada pembahagiannya. Penyusunan dan pembahagian kedua2 Ilmu ini berserta syarat, adab, peraturan, hukum semua ini dilakukan oleh Ulama Mu'tabar kemudiannya, iaitu pada Zaman Tabi'in.

⭐️Ilmu Toriqat diwajibkan terlebih dahulu sebelum Syari'at.  Menurut Manhaj Al Qur'an yang Allah Lebih Mengetahui segala rahsianya, Syari'at hanya diwahyukan selepas 10 tahun Kerasulan Nabi Muhammad  dengan Perintah mengerjakan Solat sedangkan Toriqat iaitu Proses Penyucian Jiwa sahabat Nabi sudah bermula dengan Wahyu pertama ini.  Perhatikan sungguh2 akan hakikat ini.

⭐️Suatu hakikat yang tidak ramai yang menyedarinya, iaitu Ilmu Toriqat, Ilmu mendidik Jiwa, Ilmu Tazkiyyatunnafs dilaksanakan oleh Rasul jauh terlebih dahulu dari Ilmu Syari'at. 

SUMBER:
DALIL TORIQAT : DALIL WAJIB AMALKAN TORIQAT
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah 




     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀



Rabu, 24 Julai 2024

AHLU SUNNAH WAL JAMAAH (3)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Tanda-tanda Utama Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ialah:-

(sambongan)


8. HARAM dan berdosa besar mengkafirkan atau hukum sesat atau hukum syirik kepada  seseorang Muslim  atau satu kumpulan orang Islam dengan semata2 pendapat aqal / nafsu. 


Hak jatuhkan hukuman pada individu atau kumpulan adalah pada Ulama Pewaris Nabi yang mahir di dalam selok-belok hukum Agama serta Mahkamah Islam.

Orang awam cuma menasihati / memberi peringatan / amaran kepada orang2 yang tersalah jalan.

9. Haram, berdosa besar dan masuk kepada kekufuran orang2 yang mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith mengikut pendapat aqalnya.


Maksud haram mentafasirkan Al Qur'an dan Hadith mengikut aqal adalah cuba memahami ayat Qur'an dan Hadith Nabi mengikut pendapat sendiri dan jadikannya pegangan.


10. Meyakini perkara2 berikut berdasarkan Al Qur'an, Hadith serta Fatwa Ahlus Sunnah:

(1) Yakin Kewujudan Nur Muhammad.

(2) Rasul, Nabi, Aulia Allah (yang telah wafat) hidup di alam Barzakh secara istimewa dan harus ditemui / bertemu orang soleh yang hidup.

(3) Sunnat ziarah Maqam Rasul, Nabi, Wali Allah dan umum orang beriman.

(4) Sunnat mengambil barakah dari tubuh Nabi seperti rambut, air liur, peluh atau pakaian baginda, sama ada ketika Baginda hidup atau sesudah wafat.

(5) Harus tawassul melalui Rasulullah, Auliya Allah dan orang-orang soleh.

(6) Sunnat menyambut dan muliakan Maulid Nabi.

(7) Harus bahkan boleh jadi sunnat mengadakan tahlil dan kenduri arwah.

(8) Harus menggunakan ruqyah, azimat, ta'weez, Aufaq yang menepati syarat2 yang telah difatwakan oleh Ulama Mu'tabar.

(9) Bersikap pertengahan di dalam menyambut bulan2 kemuliaan tertentu seperti Muharram, Rejab, Sya'ban dan jauhi sama sekali golongan ghuluw yang melampaui ketentuan Agama. (Ahlus Sunnah)
Ertinya TIDAK menolak terus kemuliaan2 di dalamnya serta beramal sesuai dengan ketentuan Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar.
(Jauhi sikap Wahhabiyah)

Pada masa yang sama TIDAK pula berlebihan sehingga mencipta ayat palsu, hadith2 palsu dan khabar palsu.
(Jauhi sikap Syi'ah Rafidi)

(10)  Fatwa2 lain yang diputuskan oleh Ulama Ahlus Sunnah dari semasa ke semasa.

Jika kalian memahami ASAS-ASAS terpenting Ahlus Sunnah Wal Jamaah ini, kalian sudah memperoleh kebaikan yang banyak.

Cara paling selamat bagi setiap orang beriman adalah mencari dan berguru kepada Warisatul Anbiya yang siddiq. (benar), iaitu Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat  yang benar2 mewarisi ilmu Nabi zahir dan batin, jasmani dan ruhani, syari'at dan haqiqat.

Mereka adalah insan2 terpilih yang sentiasa berserta Allah, sentiasa di dalam pimpinan ruhaniah Rasulullah . dan sentiasa di dalam kebenaran. Mereka tidak bawa kalian melainkan kepada Allah. Maka berserta mereka itulah keberuntungan yang sebenar. Ini telah sepakat Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar.

Demikianlah 10 TANDA UTAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH yang telahpun dikuliahkan kepada kami ahli jamaah semasa kuliah pengajian bulanan mahupun semasa di dalam SULUK. Alhamdulillah... Syukur kepada Allah atas nikmat Ilmu dan Amal yang dikurniakan. Limpahkanlah kepada kami akan Rahmat-Mu, Redha-Mu dengan segala kebaikan di Dunia dan di Akhirat.

Aamiin Ya Rabbal ' Alamin

SUMBER:
10 TANDA UTAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah 




     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

AHLU SUNNAH WAL JAMAAH (2)

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Tanda-tanda Utama Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ialah:-

(sambongan)


6. Mengakui dan memuliakan semua Auliya Allah.  


Antara yang ternama yang telah banyak berjasa kepada Ummat:

Khulafa Ar-Rasyidin – Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali Ridhwanullah.
Sayyidina Hasan
Sayyidina Husain
Semua sahabat Nabi yang mulia yang dimuliakan oleh Rasulullah
Imam Ali Zain Al Abidin
Imam Muhammad Baqir
Imam Jaafar Siddiq
Imam Hasan Al-Basri
Imam Sufyan Ath-Thawri
Imam Junaid Al Baghdadi
Imam Abu Yazid Al Bustami
Imam Musa Kazim
Imam Musa Ali Redha
Imam Abu Hanifah
Imam Malik
Imam Shafie
Imam Ahmad ibn Hanbal
Imam Abu Hasan Ashaari
Imam Ghazali
Imam Rafie
Imam Muhyiddin Abdul Qodir Jilani
Imam Ibn Arabiy
Imam Qastolani
Imam Nawawi
Imam Hujweri
Imam Sayuthi
Imam Fakhruddin Ar Razi
Imam Zakariyya Al Ansari
Imam Ash Sha'rani
Imam Qushairi
Imam Ibn Hajar Haithami
Imam Romli
Imam Ahmad Sirhindi
Imam Waliyullah Dahlawi
Imam Haddad
Imam Reza Khan
dan lain-lain.. yang diakui oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Kesemua mereka adalah Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah yang sebahagiannya mujtahid dan sebahagian-nya mujaddid Islam.


7. Menolak semua kelompok yang telah difatwakan sesat oleh Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang Mu'tabar.


Golongan Batil dan Palsu yang telah difatwa Sesat oleh Ulama Ahlus Sunnah Mu’tabar adalah:

72 Golongan sesat Aqidah:

1. Khawarij (Wahhabiyah zaman ini)
2. Mu'tazilah
3. Murji'ah
4. Syiah
5. Jahmiyyah 
6. Najjariyyah
7. Dharariyyah
8. Kilabiyyah
9. Musyabbihah
[Ijtihad Al Ghawth Al A'zhom, Sulton Auliya  Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anh]

11 Kelompok sesat keruhanian / ilmu batin sesat:
(Abad ke-5 Hijriyyah)

1. Hululiah
2. Haliah,
3. Awliaiyyah,
4. Syamuraniyya,
5. Hubbiyah,
6. Hurriyah,
7. Ibahiyyah,
8. Mutakasyiliyah,
9. Mutajahiyah,
10.Wafiqiyah,
11. Ilhamiyah
[Ijtihad Al Ghawth Al A'zhom, Sulton Auliya  Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anh]

7  Kelompok Sesat Keruhanian Zaman ini:

(1)  Ilmu Pertahanan Diri yang Sesat

Ilmu  Pertahanan diri seperti llmu Silat, kung Fu, Tai Chi dan sebangsa  yang dipengaruhi jinn syaitan. 

Untuk buktikan kekuatan masing2 adakan demo "tetak parang",  "lompatan api"  dan berbagai llmu kebal sedangkan mereka tertipu dengan mainan syaitan. 

Jika silat atau kung fu atau lain2 semata2 gunakan teknik gerak tanpa pengaruh unsur2 jinn syaitan, maka ini harus bahkan dianjurkan. 

Tetapi apa yang berlaku bukan saja teknik gerak semata2, melainkan disertai oleh unsur makhluk halus. 

Malangnya golongan silat tak mengakui perkara tersebut dan bermati-matian mempertahankan kebatilan.

(2)  Ilmu Meditasi Rawatan Kesihatan

Latihan Kesihatan yang dipengaruhi oleh ilmu jinn syaitan seperti  yoga dll. 

(3)  Ilmu Hakikat @ Kebatinan yang songsang

Pengkaji hakikat @ ilmu kebatinan dengan cara mengkaji kitab2 ulama yang tinggi lalu berlagak seolah2 mereka sudah memperolehnya.

Selain dari kelompok2 tersebut ada yang lain2 cuba menembusi Ilmu hakikat seperti Reiki, budi suci, cakra alam, kundalini dll sepertinya.

Orang2 Islam yang terpengaruh dengan konsep2 penganut Budha dan Hindu, mencipta cara sendiri dengan campur adukkan ayat Qur'an dan zikir tertentu.

(4)  Bomoh, Pawang dan Dukun

Semua kelompok bomoh, dukun, pawang, ahli nujum, ahli sihir dan sebangsanya bersekutu menyembah jinn syaitan untuk memperoleh kekuatan kebatinan.

(5)  Perawat / Tabib / Doktor yang subahat dengan jinn syaitan

Ini golongan Perawat / Tabib / Doktor Tradisi yang meng-gunakan jinn syaitan di dalam rawatan mereka. 

Sebahagian mereka tak sedar, namun kebanyakan mereka buat demikian dengan sedar / sengaja. 

Golongan ini agak berbeza dengan Golongan bomoh kerana mereka ini menggunakan nama2 Islam seperti Asy-Syifa,  Rawatan Islam, Rawatan Tradisi dsb.

(6)  Tafsir Al Qur'an dan Hadith dengan pemikiran sendiri / nafsu

Ini adalah semua golongan manusia yang gemar mentafsir Al Quran dan Hadith Nabi mengikut pendapat akal dan nafsu  seperti Wahhabiyah @ Najdiyah, Syiah, Sekular dan penyokong2 mereka dll.

(7)  Kelompok Tarik Rezeki Asmaul Husna

Kelompok ini salah guna Asmaul Husna gabungkan cara meditasi kafir mendakwa boleh menarik rezeki.

Semua golongan di atas adalah golongan sesat yang JELAS berlawanan dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar, maka dilarang menyertai mereka.


... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

SUMBER:
10 TANDA UTAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah 




     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Selasa, 23 Julai 2024

AHLU SUNNAH WAL JAMAAH (1)

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Sebelum ini, apabila disebut Ahlus Sunnah Wal Jamaah, saya yakin bahawa saya pengikut dan berada di dalamnya sebab sudah tahu dan amalkan Rukun Islam, Rukun Iman serta mengaji Sifat 20 dan juga Sifat 50 !

Dalam pada itu,  di dalam hati ada juga tertanya-tanya.. Apakah tandanya kalau saya pengikutnya? Saya tidak menemui jawapan yang pasti baginya.. Yang ada hanyalah sangkaan dan tanda tanya sahaja???

Adakah cukup dengan pengetahuan dan amalan yang diperoleh semasa belajar di sekolah dahulu? Kemudiannya, adalah penambahan sedikit demi sedikit apabila mengikuti kuliah dan ceramah2 agama serta Daurah berkitab.. 

Ternyata memang benarlah.. Saya tahu sedikit sahaja tapi masih kurang jelas. Saya benar-benar memerlukan pimpinan untuk meneruskan perjalanan di atas Jalan yang lurus.  

Di antara Tanda-tanda Utama Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ialah:-

1. Meyakini bahawa satu-satunya kelompok ummat  yang selamat dan dijamin Syurga adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


2. DASAR pengambilan hukum adalah tiga sumber utama :

Al-Qur'an
As-Sunnah
Al-Ulama
(Ijma dan Qias Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar)

3. Mengakui Mazhab Fiqh, Usuluddin dan Tasawwuf seperti berikut :

Fiqh :

●Mazhab Hanafi
●Mazhab Maliki
●Mazhab Syafi’e
●Mazhab Hanbali
 
Usuluddin : 

●Asy’ariyyah
●Maturidiyyah

Tasawwuf /Toriqat :

Mengakui 44  (empat puluh empat) Toriqat Sahih pada sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagaimana Keputusan Mu'tamar Jami'ah Toriqah Mu'tabarah Pekalongan, Jawa, Indonesia.

4. Meyakini Setiap orang Islam yang mukallaf wajib  mempelajari dan beramal dengan tiga macam ilmu asas fardhu ain, iaitu:-
    💫Fiqh
    💫Usuluddin
    💫Tasawwuf / Toriqat

       
5. Setiap orang beriman wajib berguru kepada salah seorang dari wakil Rasulullah yang diamanahkan untuk memimpin ummat kepada Allah.

Iaitu guru yang dikenali sebagai Shaikh Mursyid atau Ahli Sufi atau Ahli Ma'rifat

Mereka ini sebagai Warisatul Anbia yang siddiq (benar) dan sekaligus pemimpin Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman mulai dari Kurun Sahabat Khulafa Ar-Rasyidin dan berterusan sehingga Qiamat.

... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

SUMBER:
10 TANDA UTAMA AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah 




     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Isnin, 22 Julai 2024

ZIKIR DARJAT

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Alhamdulillah
Rasa penuh kesyukuran kepada Allah Yang Maha Esa

Ucapan penghargaan setinggi2nya kepada Tuan Guru Yang Dimuliakan lagi Dikasihi atas pimpinan dan didikan yang diberikan sebaik sahaja berbai'at.. Alhamdulillah..

Selepas mengambil talqin zikir dan mengamalkannya, timbul persoalan terhadap Zikir-zikir yang telah diamalkan selama ini. Penjelasan yang diberikan amat menginsafkan dan semakin terasa berada di dalam kejahilan. Inilah kali pertama mendengarnya...

Berikut adalah tulisan beliau di dalam Rencana Pilihan yang bertajuk:

MENJAWAB PERSOALAN MANA UTAMA : BACA QUR'AN, SOLAWAT, SOLAT, ZIKRULLAH
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah 



Petikan dari Rencana tersebut adalah seperti yang berikut:-

Ulama' bahagikan Zikrullah kepada dua bahagian besar:


1) Zikir Hasanat
~~~~~~~~~~~~


Ini adalah bermaksud zikir yang mendatangkan PAHALA (dan beberapa kebaikan urusan dunia).

Zikir ini dilakukan tanpa syarat atau kaifiyyat tertentu.

Inilah zikir yang lazim yang dilakukan oleh orang Islam pada umumnya.


2) Zikir Darjat
~~~~~~~~~~~~


Ini adalah  zikir yang bukan semata2 datangkan pahala tetapi jauh lebih dari itu bawa kepada tingkatkan IMAN dan TAQWA.

Apakah perbezaannya?

Terdapat dua unsur penting yang membezakan ZIKIR DARJAT dengan ZIKIR HASANAT  

Perbezaannya adalah:

(1) Setiap zikr DARJAT  itu  adalah mempunyai kaifiyyat (cara mengerjakan), peraturan dan syarat2 tertentu pada  menyebut dan amalkannya.

(2) Setiap Zikir DARJAT  itu diterima dari mulut Guru Mursyid @ Shaikh ( yang benar) yang dia terima secara musyafahah dari Guru Mursyid dia dan begitulah sambung-menyambung sampai Rasulullah 
. (Silsilah Rasulullah ﷺ)

Inilah bentuk Zikrullah yang banyak mendatangkan faedah pada Iman dan Taqwa.  Sebab ini juga Ulama Ahlus Sunnah mewajibkan setiap orang beriman mencari Mursyid dan ambil talqin zikir daripada beliau.


       Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

SUCIKAN HATI

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Di dalam setiap pertemuan.. semasa Majlis Zikir ataupun  kuliah pengajian..

Fokus utama tetap kepada hal ehwal HATI

Sudah tentu tiada sebab lain melainkan.. Allah Ta'ala telah perintahkan supaya pendidikan HATI  didahulukan 

Betapa pentingnya HATI.. untuk menjalani ibadah seharian dengan Ikhlas dan Khusyu' semasa menghadap Allah Ta'ala 

Biarlah ribuan kali diulang.. masih ingin dengar akan panduan dan peringatan yang diberikan oleh Tuan Guru yang Dimuliakan lagi Dikasihi. Tak pernah jemu mendengarnya kerana perasaan takut dan berdosa sentiasa ada.. Moga Allah berikan pertolongan dengan Rahmat-Nya 

Tiada Rahsia lagi apakah caranya menyucikan HATI melainkan di dalam Rahsia Zikrullah

Adalah sukar menjaga HATI sebenarnya! Pasti rasa tidak tenang apabila ada bisikan ataupun lintasan yang tiba-tiba datang menganggu...lebih2 lagi ketika di dalam Solat.. atau pada bila-bila masa...

Menjadi lebih sukar lagi jika terkena penyakit HATI yang begitu banyak jenisnya, BERBAHAYA kepada KEIMANAN tetapi TIDAK DISEDARI 

Hanya Syaikh Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq  mempunyai kepakaran di dalam bidang Kerohanian sebagai Pembimbing dan Pengasuh untuk menyucikan HATI ( batin ). Allah telah Kurniakan kepada mereka berbagai alat, ramuan ubat serta penawar..

Dengan mengikuti pimpinan Mursyid yang siddiq, seseorang hamba Allah  akan selamat sampai kepada Allah (mencapai Tauhid yang hakiki).


IMAN tidak akan berdiri melainkan pada HATI yang SUCI BERSIH.


      Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

   


Ahad, 21 Julai 2024

Bahtera Rasulullah

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



BAHTERA RASULULLAH  SEPANJANG ZAMAN


Kehidupan manusia di muka bumi bagaikan menempuh samudera luas yang tidak bertepi.  Masing2 berenang mengikut sangkaan masing2.  Masing2 berenang menuju ke arah yang mereka sangka itu destinasinya.  

Sebahagian besar manusia yang merenangi samudera luas itu hilang pedoman kerana tiada yang menunjukki mereka jalannya.  Apabila mereka tidak menemui pantainya, mereka berenang ke arah lain. Demikian mereka berulang2 arah tanpa tujuan tertentu.  

Dalam suasana demikian, sebuah " Bahtera " belayar melintasi mereka.  Pengemudi Bahtera melambai-lambai  mengajak mereka menaikinya.  Namun kebanyakan manusia enggan menaikinya kerana Bahtera tersebut "kelihatan lusuh" dan Pengemudi kapal "kelihatan seperti orang miskin".  Mereka ragu-ragu dan tidak percaya.  Hanya sebahagian kecil manusia menghampiri "Bahtera" itu lalu menaikinya. 

Bahtera terus belayar merentasi zaman.  Ia telah menempuh perjalanan selama ratusan tahun dan ia terus belayar tanpa henti sehingga kini dan akan terus berlayar sehingga Qiamat.  Itulah pelabuhan terakhirnya.

Sumber:
Rencana Pilihan
"BAHTERA RASULULLAH ﷺ SEPANJANG ZAMAN"
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


   Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Jalan Rasulullah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Jalan Makrifat ialah Jalan Rasulullah.

Hanya di Jalan Suci ini sahaja ada pimpinan Mursyid pewaris Nabi yang Siddiq. 

Di sinilah  kami Salikin (ahli jamaah kami semuanya..) belajar menyucikan HATI , menundukkan nafsu-nafsu kerendahan dan merawat penyakit-penyakit batin yang amat berat — ego takabbur, 'ujub, riya', sum'ah dan lain-lain.

Justeru, setiap Muslim wajib mencari Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar) agar mereka dipimpin kepada Allah bagi mencapai Keimanan sejati.

Mudah-mudahan kami Salikin sentiasa diberikan pertolongaan oleh Allah dengan Rahmat-Nya untuk terus istiqamah dan mujahadah  pada Jalan Ma'rifat dengan mematuhi sekalian syarat dan adab-adab-nya dengan pimpinan Tuan Guru Yang Dimuliakan lagi Dikasihi.. Mursyid pewaris Nabi yang Siddiq. 

     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Sabtu, 20 Julai 2024

Jalan Makrifat, Salikin dan Orang Awam

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Jalan Ma'rifat:

Jalan  Ma'rifat atau dikenali juga sebagai Madrasah Ahli Sufi adalah sebenar2 Sistem Pendidikan Rasulullah   mendidik para Sahabat Ridhwanullah.   Inilah Sistem Pendidikan keruhanian sebenar bersumber dari Wahyu dan Sunnah Rasulullah .    Sistem Tarbiyyah ini kemudian diwarisi oleh para Sahabat, kemudian Tabiin, kemudian Tabiit Tabiin, kemudian Imam2 dan  Masyaikh yang dipanggil Mursyid yang Siddiq.     Pada setiap zaman di serata dunia pasti ada Pewaris Nabi yang dipanggil Mursyid menyambung tradisi suci ini sampai Qiamat.  Namun bilangan mereka sangat sedikit.


Salikin:

Orang Islam yang menempuh Jalan Ma'rifat dengan Pimpinan Mursyid yang Siddiq. Iman mereka lebih tinggi dari Iman orang Awam.


Orang Awam:

Orang Islam yang hanya amalkan sebahagian Islam, iaitu bahagian Agama yang bersifat Syari'at zahir sahaja, sedangkan hal berkaitan batin hati mereka abaikan. 
 



Sumber:

PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
Penyusun:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah


      Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

SIAPAKAH MURSYID?

 

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Definisi Menurut Bahasa

Perkataan Mursyid berasal dari bahasa Arab   مُرْشِد - رَشَدَ - يَرْشُدُ (rashada – yarshudu - Mursyid) yang membawa pengertian “memimpin”, “membimbing”, “menunjukki jalan benar, menunjukki jalan lurus, memimpin kepada jalan yang di-Redhai Allah”.

 

Definisi Menurut Istilah

Menurut Istilah Syara',  Mursyid  adalah sebenar-benar Warisatul Anbiya (Pewaris Nabi ), yang di-Pilih Khusus oleh Allah Ta’ala bagi mewarisi keseluruhan Agama dari Junjungan Besar Nabi Muhammad ,  meliputi  zahir dan batin Baginda menerusi satu rantaian perpindahan Ilmu yang dipanggil Silsilah Rasulullah   dan di-Teguhkan kedudukan mereka dengan berbagai Kurnia Allah Ta’ala yang istimewa sehingga mereka mampu menunaikan Amanah Allah atas muka bumi sebagai Khalifah Allah dan Pewaris Junjungan Besar Rasulullah .

Sumber:

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR
Penyusun:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah


     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀


Jumaat, 19 Julai 2024

Majlis Tawajjuh Kali Pertama

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Buat pertama kalinya.. sudah pasti..sangat ingin tahu.. 

Apakah pengisiannya?

Di dalamnya ada Zikrullah  

Zikir Allah Allah 

Sudah pasti tertanya2 lagi di dalam hati...

Berikut adalah di antara penjelasan Tuan Guru@Syaikh Mursyid di dalam risalah beliau yang bertajuk Zikir Allah Allah :-
( ZIKIR ALLAH ALLAH
Susunan : Shaikh Sayyid Abu Tohir 
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah )

🕌 Apabila disebut "Zikrullah", maksudnya adalah " Zikir akan Allah" atau  "mengingat Allah di dalam hati berulang2"  atau dikatakan  "kamu ingat Allah terus-menerus tanpa putus".   Inilah konsep Zikrullah yang dipegang oleh Ahlus Sunnah, yang menjadi pegangan dan amalan berkurun lamanya sejak Zaman Rasulullah, turun-temurun sampai ke saat ini dan terus-menerus diamalkan oleh Ummat Islam seluruh dunia.

🕌Menurut Ahli Ma'rifat,  Kalimat "Allah" adalah Lafzul-Jalalah, Kalimat Maha Agung, Kalimat Maha sempurna, Kalimat  Maha Tinggi, Kalimat Maha Suci…. Kalimat yang membukakan pintu2 Tauhid, pintu Hadratul-Quddus dan Mukasyafah.

🕌 Zikir Allah adalah Ibadah teragung yang diwajibkan oleh Allah ke atas setiap orang beriman. Cara2 melaksanakan Ibadah Zikrullah menurut peraturan, syarat, kaifiyyat dan adab2nya dihimpunkan di dalam Kitab Tasawwuf / Toriqat oleh Ulama Mujtahid.  Barangsiapa ingin mengetahui dasar2nya, jenis2 Zikir, tingkatan Zikir dll maka wajib merujuk kitab Tasawwuf / Toriqat dengan bimbingan Mursyid yang siddiq. 

Sesungguhnya.. Zikir Allah Allah — Ibadah Teragung


     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Majlis Tawajjuh

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ahli Jamaah yang telah Bai'ah akan mengikuti 2 Program Khusus secara Bulanan di dalam satu majlis yang dipanggil Majlis Tawajjuh iaitu:

🕌Pertama : Majlis Zikir  

🕌Kedua : Kelas Pengajian untuk pengukuhan Ilmu Syari'at dan Ilmu Tasawwuf iaitu:
                    💫Fiqh
                    💫Usuluddin
               💫Tasawwuf
Kesannya...
Sudah pasti amat luar biasa di dalam semua perkara..
Terutamanya kesedaran PENYUCIAN HATI dari segala bentuk sifat mazmumah - sifat-sifat keji di dalam HATI yang merosak amal dan menjadi Dosa Besar!

Qalbun Salim..



     Nur Qalbi

🍀🌹🌹🌹🍀

Haqiqat La-Ilaha Illallah

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ringkasan Syarahan Kitab Sirrul Asrar ...