بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Fahami pegangan ini dulu betul2...!
Hukum dan fatwa yang kita amalkan sekarang adalah kesemuanya hasil ijtihad Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabarah berdasarkan Al Qur'an dan Hadith Nabi.
Kesemua hukum2 tersebut yang meliputi Ibadah, Muamalat, Munakahat, Jenayat sudah dihimpunkan di dalam Kitab2 Ulama Ahlus Sunnah mengikut bab masing2.
Mereka (Ulama Ahlus Sunnah yang mu'tabar) telah ijtihad menetapkan berbagai2 hukum yang memadai bagi kehidupan orang2 beriman.
Sebahagian besar dari hujjah2 untuk menerbitkan HUKUM itu TIDAK dapat difahami oleh orang2 awam.
Kerana.... hujjah2 tersebut berkait dengan:
Dalil2 yang datang dari berbagai bagai ayat Qur'an yang berjumlah lebih 6,000 ayat
dan
dari beratus ribu Hadith Nabi yang TIDAK mampu difikir / difahami oleh aqal pemikiran manusia yang sempit.
Oleh kerana inilah kita diperintah ikut Hukum2 dan Fatwa2 yang di-ijtihad oleh Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar.
JANGAN kamu bertanya mana hadithnya, mana ayatnya, kerana kamu takkan faham cara Ulama istimbat (mengeluarkan hukum) berdasarkan ayat Qur'an atau Hadith Nabi.
Kamu jahil berkenaan Al Qur'an dan Hadith Nabi. Kamu tak tahu apa ayat Qur'an dan Hadith Nabi yang berjumlah sehingga satu juta Hadith.
Jika diberitahu pun kamu takkan faham lantaran aqal yang sempit dan ilmu kamu yang cetek.
Bagaimanakah kamu ingin mendalami ilmu2 yang sedemikian banyaknya sedangkan kamu jahil berkenaan Al Qur'an dan Hadith Nabi?
Bagaimanakah mungkin kamu faham cara2 Ulama istimbat hukum sedangkan kamu tak memahami kaedah2 menerbitkan hukum?
Bagaimanakah mungkin kamu faham cara2 Ulama istimbat hukum, sedangkan kamu tak memiliki walapun satu syarat Mujtahid?
Syarat untuk menjadi Mujtahid berjumlah 10 perkara. Menurut Imam Sayuthi 15 syarat.
Syarat terakhir Mujtahid yang PALING PENTING ialah seseorang Mujathid itu WAJIB dia itu Ahli Taqwa iaitu Ahli Ma'rifat yang tahqiq (yang penuh yakin dan tetap hatinya pada Iman). Beliau sentiasa memandang Wajah Allah dan sentiasa berhubungan dengan ruhaniyah Rasulullah ﷺ.
Kamu sudah ada berapa syarat?
Sebahagian kecil dari hujjah berkait dengan dalil2 tersebut mungkin dapat difahami oleh orang kebanyakan, tetapi kebanyakannya bersifat halus, abstrak dan rahsia yang tak mungkin difahami oleh orang2 awam...!
... bersambung اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
SUMBER:
SIRI RENCANA PILIHAN : JAWAPAN KEPADA ORANG DAKWA IKUT AL QUR’AN DAN HADITH SAHAJA
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah
🍀🌹🌹🌹🍀